Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Dec 31, 2011

Bonne Année!

salam.

alhamdulillah, syukur sebab masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup sampai penghujung tahun ni. sedar nda sedar, masuk tahun 2012 sda kan? ekceli, harini nda perasan pun sda 31st dec. bila tengok fb ramainyaa yang wish Happy New Year! time tu barulah teringat esok sda masuk tahun baru. 2012. 

tadi pergi ke intermarché. macam biasa, pergi sorang². time tu hujan renyai², langit pun gelap, angin bertiup sepoi² bahasa. walaupun macamtu, ndala sejuk pun. warm ja. and I was reminiscing all those time that I have gone through all these years. dari tahun mula² datang ke France dulu, 1st Oct 2007, sampaila sekarang. and teringat macam mana kami sambut tahun baru 2008 bersama² for the first time di perantauan.



time tu, I was watching Nodame (sepa yang belum tingu tingula best haha :p) . tiba² ada orang ketuk pintu. ouh ya time tu kitaorang tinggal di Residence University. satu corridor tu ada 10 bilik, sumanya budak malaysian ja. dapur kongsi, tandas pun kongsi. and I was like, napa tiba² ada orang kacau lak ni? eheh. rupanya budak² laki ada bakar ayam! wahh! ketarala budak pompuan malas masak hahhaa. ingat betul that very moment.sebab, ntah. macam sangat special. lebih² lagi bila dok sorang² ni kan. rindunya mau kembali ke zaman dulu²..

apa² pun, 

Selamat Tahun Baru
Bonne Année
and Happy New Year uolsss!! ^^






credit to encik syazwan for the video.

Dec 30, 2011

Azam tahun baru?

salam.

ramai sda orang yang bising² pasal azam tahun baru di fb. hurm, terpikir juga , apa azam aku untuk tahun ni aaa? aku pun lupaaa. so kenapa kena berazam² suma² nih?

ada orang cakap, kena berazam sebab itulah yang akan menentukan hala tuju hidup kita. hurm. betul jugak. kalo kita berazam untuk lebih cemerlang tahun depan dengan hati yang tulus ikhlas and berusaha untuk mendapatkannya, iA apa yang kita azamkan tu will come true. maybe aku berazam dengan hati yang separuh² kut time tuh. sebab tulah aku pun lupa . ahaks (senyum² kambing). ka aku sda menua? (nooooooooooooooooo)

eventhough aku ndala percaya sangat ngan azam² ni (sebab aku tau azam aku ni berubah², well people change, what can i say) aku tetap jugak mau buat. ekceli suda buat pun, lepas balik dari kembara ke RDH di La Chaise Dieu, Prague and Dublin sepanjang 2 minggu ni. xperlu tunggu tahun baru barulah mau berazam². cukuplah kita sendiri yang mau berubah betul dak? :)

apa yang aku semangat sangat mau capai tuh?jeng jeng jenggg :B
-first, aku mau tingkatkan amal ibadah aku untuk tahun ni. tambahkan solat sunat, mesti baca al-quran sehari sekali, getting to know Allah and try untuk isi hati dengan bahan² rohaniyah sekurang²nya seminggu sekali. as you know, aku sda keluar dari usrah and tinggal seorang². so I know that I really need these to stay strong. and aku suka sangat tengok diorang² ni yang berakhlak baik, lemah lembut,tinggi ilmu agama. I really want to be like them.iA. doakan :)

- secondly, this one is kinda merepek tapi bagi aku xsalah hihi. I want to prepare myself to be a good wife and mother (ok kaver malu hahahhaha). in other words, jadi wanita sejatila cewah! :D meaning : rajin²kan memasak, mengemas rumah, try to be more friendly with kids (yeah aku xreti mau bermesra ngan budak² xtaula napa >.<), baca lagi banyak cerita nabi, beli baju baby. ehh. yang tu xpenting sangat. tapi qmeme ada sda beli bahhahaha. apa² pun, jangan salah paham. aku belum mau kawin. xda calon pongg. ni suma adalah persediaan untuk masa hadapan cewah! :p

 baru beli time pegi Ireland haritu. comey x comey x? :D

- Trying my best untuk berjaya dalam akademik. Make mama ngan babah proud. Like the first time in IUT tu. susah. but I'll try :)

ok sda. malu sebenarnya tapi oleh sebab yang baca blog ni teman² rapat ja soo xpala. kalo macam gedik ka apa just diam²kan jalah aa hahahha :p

till then :p

Dec 27, 2011

Campur-baur.

terharu - sedih - gembira - keliru - kecewa - enggan 

Ya Allah hanya kepadamu sahajalah hambamu berserah..

Dec 23, 2011

1st trip.

salam.

kemarin pukul 1 pagi barulah aku sampai di rumah. sepatutnya sampai pukul 9 malam, tapi macam besalah SNCF, sukalah buat mogok time orang tengah sibuk mau holiday. so terpaksala ambil train kol 6 setengah petang, tu pun sampai Rennes kol 00h46. ouhhh penat jangan cakapla ><

kalo mau tengok gambaq² yang di amek sepanjang di Lyon and RDH di La Chaise Dieu haritu, tengokla di FB aaa. aku share gambar yang paling aku suka ja di sini. jeng jeng jengggg



yeayyyy akhirnya dapat jugak peluk c buntal ni geram geram!!!!

okla mau sambung packing untuk berjaur esok plang. where to? ahaks. rahsia. cewah! :D

Dec 18, 2011

The holidays start now!! ;)

Salam.


Curently in Lyon.esok akan ke RDH selama 4 hari. Mudah2an best. Can't wait! ^^


Tengah dalam apartment tunggu makcik mumu n mlati sampai hihi.nanti update lagi! ;)


Bonnes vacances!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 15, 2011

alive again.

salam.

hai uolssss!!! alhamdulillah, setelah seminggu berhempas pulas exam 7 paper, harini, tepat pukul 9h40 pagi, I'm free! memang senyum xingat duniala time kuar dari exam tuh. hoyeah. mari kita berholiday² plang ^^

so, kerja aku tadi balik² tu, makan megi, lepastu sakai pigi dl movie. almaklumla, time exam aku terpaksa restricted diri aku dari pegang komputer lama². sebab kalo suda terpegang tu memang payahlaa mau berenggang. ahaks. tiba² terasa mau beli desktop baru. diorang cakap, ada peruntukan sebanyak 1000 euros untuk student jpa yang suda 3th year university => termasuk aku la tu hihi. tapi aritu kawan aku tanya makcik Sylvie dia kata result untuk semester ni kena bagus. ouhhh aku harapla sangat result aku ok. mau beli mau beli! boleh dl movie banyak² n laju. lepastu buat rumah macam home theatre. xpayah susah² keluar  pigi cinéma mau tingu movie. tingu di rumah sudaa. siok lagi. boleh ronggeng² segala. ahaks.

setelah seminggu xmakan dengan proper, sebab seminggu ni 2 kali ja aku masak, yang len tu kol delivery or makan megi or makan nasi kering ngan ayam panggang yang men berpanaskan tu ja, harini siyesly aku terasa mau masak balik. lama bangat nda buat projek masak² nih. haa kejap lagi adala tu aku update blog masak aku. hiii kalo rajinla :) time pegi merayau mau cari resepi apa kan dimasak malamni, aku ternampak ni:

p/s: sila ignore tabs aku di atas tu. time ni aku masih sakai lagi mendl movie uhukkk


ada resepi aku laaaaaaa sob sob sob terharu uuuu. kat home page lagi tu :') ouh ya ekceli aku ada kongsi resepi kat website ni. bestla website ni sebenarnya, macam² resepi ada. siyes best. ok aku promote brabis suda ni. nanti lawat laa (jangan lupa cari resepi aku jugakkk hahhaa :p )

and tiba² terasa macam mau ambil kelas memasak lepas habis belajar nanti. aku tedala kata masak ni senang dari belajar chimie nih, tapi hurmm senang la jugak kalo compare haha :p persamaan antara dua² ni: dua² pun macam buat eksperimen. kena sabar. and mencabar. best tau. i loikkeeeee!!!

ouh okehla itu sajala. nanti i membebel lagi. adios! ;)

BONNES VACANCES ET JOYEUX NOEL!  ^^

Dec 11, 2011

Tunang.

picture taken from the bride-to be's fb :)

congrates abang dandan dengan tunangnya! alhamdulillah selamat sudah bertunang harini. iA akan bernikah bulan 7 nanti. harap² xkena repeat apa² paper akhir bulan 6 tahun depan so dat aku boleh balik labuan awal and attend his wedding!

minggu depan final exam.. 7 paper.will update as soon as the exam finish. can't wait!

doakan aku keh! ;)

Dec 6, 2011

worst exam TP ever.

Salam.

harini aku exam TP (eksperimen). lepas study dari minggu lepas lagi, aku pun pergila exam dengan yakin dan senang hati. and alhamdulillahla dapat TP yang senang. tapi bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! ya, memang TP tu senang, tapi mesin dia yang bangang! 4 kali aku try barulah jadi.tu pun termenangis sebab tensennnn sangat. orang lain bila guna skali ok ja tapi bila aku guna dia buat hal plang. siyes rasa macam mau humban ja menatang alah tu sambil mencarut². nasib bek harini posa. memang sabaw jalah.

lepastu bila buat kira² result macam salahla plang. hailaaa. sdalah cikgu and technician² lab ni bercerita di sebelah aku. siap sindir lagi sebab aku yang paling lambat. macam mana xlambatnyaa mesin kamo tu yang bengong! uhukk. so last² aku pon fed up, biarkan jalah result yang bengong tu and cuci suma perkakas² tuh and then balik tros.

memang bad dayla today. haish.

Dec 4, 2011

weekend~~

salam.

alhamdulillah. akhirnya habis jugak semester yang first ni. cuma kena study untuk exam seminggu lebih lagi. yang bestnya, minggu depan teda kelas sebab study week! bon, xdala completely teda kelas sebab selasa aka lusa aku ada exam lab (yep again....) wish me luck!

as u can see, aku sda tukar layout blog aku. tedala berubah sangat pun. tukar gambar kartun dia tu pun senang ja mau tukar. download di tenet then upload then siap! ^^ yang pentingnya aku sukala heee.kononnya harini mau study, tapi tulah. liat tu datang lagi. instead of revising for the exams, aku pegi tengok cerita koreala, tidurlaa, merayaulaa. ouh ya jumaat tu aku pegi tengok wayang. tengok puss in the boots and the lady. dua² pun best! tapi aku lagi suka tengok the ladyla. sepa² yang belum tengok, tengokla! gerenti akan insaf lepas tengok sebab dia based on true story, bukan yang dicipta² okeh. and yang pentingnya, michelle yeoh yang berlakonnn! bha pa lagiii, berabis suda promote ni hahha :p


hurm.. semenjak dua menjak ni kan, aku selalu mimpi yang ganjil².mula² tu aku mimpikan arwah nenek hajah, and bila aku mimpi tu, dia mengangun aku (jadi mak andam aku).ertinya aku mimpi aku kahwinla. I had this kind of dream on the day she died, and tiba² mimpi tu datang lagi... and then, aku mimpi aku pregnant. bukan sekali, tapi berkali² .dulu aku pernahla mimpi aku pregnant gak, tapi ni macam banyak kali, so aku macam pelik. mimpi is just a permainan ja bha kan? korang rasa napa eh? ka ni sebab aku selalu sangat usha baby comel²? and bukan tu ja, ada benda lain lagi yang menggangu aku. i tried to tell myself that it's just a dream, tapi bila aku bangun aku mesti akan terfikir jugak. ntahla. abaikan.

tu jaklaa. till then :)

Nov 29, 2011

harini.

berikut merupakan perbualan antara aku and mama aku pagi tadi:

mama: (cerita pasal vietnam bla²).. tapi banarla kak, c chai yang tourist guide kami tu hensem eh.macam pelakon korea ni banar.
me: eee mama ni terpaksala dila ke korea ni haha
mama: sepa jua danganmu? usin?
me:  sama nanala nanti bulan 7 ni kaa. lepas abang dandan kawin. ikut pakej.mama bayarkan tiket sama pakej, dila sponsor duit shopping ja hahhaa
mama: macamla tah babah suruh
dila: ndapa tu nanti pandai²la pujuk babah hee.

ouh sebenarnya teda apa sebab pun aku letak perbualan kami tu. saja ja. haha. tadi pagi, bangun kol 5 setengah, guling² atas katil sampai kol 6 setengah aku bangun, mandi. sementara tunggu subuh (kol 7h10 pagi ye baru masuk subuh kawan²), aku pun bergayutla sama mama. lama sda nda bergedik² sama mama. sepa laa lagi mau layan kegedikan aku ni kan. kawan² aku pun xsanggup. nasib bek mama layan. haha. mcm desperate ja bunyinya :p lepas solat suma, misi aku pagi tadi ialah STUDY! hoyeah,study. pagi tadi teda kelas, so oleh kerana 2 minggu lagi mau exam, terpaksala merajinkan diri aku yang pemalas ni untuk study. kol 8 duduk sda di meja study tu. tapi ngantukkkk! last² lepas menyebok pegi merayau di fb n yang seumpama dengannya kol 8 setengah aku start,sedar² kol 12 sda. patutla rasa lapo.

kol 1 setengah, TD atomistique. (TD stands for kelas khas untuk buat latihan). lepastu TD organique kol 3h15. yang xmenahannya time orga ni, cikgu masuk² ja, cikgu sda tanya sepa yang mau ke papan hitam buat soklan. n seperti yang dijangka suma org tunduk. tiba² dia pandang kat aku, " hah kamu. pegi depan, buat soklan ni". semangatla aku menggeleng², tapi dia tetap gak suruh. last² terpaksala ke depan, n aku dapat rasakan suma orang lega xkena sebab soklan tu susah gak. alhamdulillah. dapat gak buat. aku pun nda tau la asal aku takut mau ke depan skang ni. kalo di IUT dulu, xdala takut pun. kalo xtau, pegi ja dpn, nanti cikgu ajar. lagila masuk apa yang di ajar. pernah satu kali tu, cikgu tanya, sepa yang xpaham? and tiba² aku pegi angkat tangan padahal soklan tu senang ja sebenarnya. tapi sebab aku bosan ngantuk² aku pun angkatla tangan. apa salahnya pegi depan kan, boleh kasi pahamkan lagi. n ofcoz, boleh ilangkan ngantuk. hihihi :D

and finally finally, kol 7 malam kelas aku abis. masuk isyak sda pun. kepala aku pun berdenyut² ja. penat kot sehari ja study. wahhh. poyo lak rasa haha. tu aa tiba² trasa mau membebel di sini. ouh ya, esok manteau/ kot aku sampai! lawa x lawa x?


mau beli boots sama sarung tangan lagi ni. aaaa should i or shouldn't i bought them? uhukkk

till then :D



her day.






 





HAPPY BIRTHDAY. I LOVE YOU SO MUCH!

dari anakandamu yang jauh.

Nov 23, 2011

Allah.

salam.

pegi usha page facebook kazen aku tadi. and ternampak gambar ni:


astaghfirullahalazim..teruk jugak dorang accident. nasib baikla abang boi, kak lina and irfan teda apa², fracture bones ja. tapi xla seokay yang aku sangka.. irfan alhamdulillah sihat, just muka dia ja luka², kepalanya kena botakkan sebab banyak kaca. abang boi, alhamdulillah still boleh berjalan. kak lina? tulang rusuk dia sampai 8 patah, plus tulang di punggung dia lagi yang ada complications, aku pun nda pastila apa.. ya Allah, mudah²an tiada apa² terjadi sama kak lina. dia sangat, sangatlaa baik. ambillah masa sebanyak²nya pun, tapi pulihkan dia ya Allah, supaya dia boleh bergerak dan berjalan seperti sedia kala. amin. amin. amin.


gambar raya 2010. abang boi, kak lina and irfan di paling kanan gambar.

jom ambil pengajaran daripada accident ni. berhati² memandu. pakai safety belt. cek tayar, enjin suma sebelum memandu. mama cakap dorang accident maybe sebab tayar tu tiba² time memandu tu meletup. nasib baik abang boi xpecut laju, and dorang pakai safety belt. kalo nda memang terpelanting keluarla. huhu.

doakan mereka keh.till then.

Nov 22, 2011

cuti.

salam.


alhamdulillah, selesai sudah sesi membeli tiket kapal terbang untuk winter ni semalam. where to? Prague and Dublin! :) well, ekceli aku xrasa aku shud be that excited pun. kalo ikutkan hati dan perasaan aku mau balik msia, lagi² lepas dapat tau kazen aku accident. alhamdulillah just cedera ja, tapi qmeme bila mama cerita yang dorang suma akan berkampung di KK, bergilir² jaga kak lina and abang boi, rasa macam bersalah pulak xbalik. tapi last² aku xbalik jugak, sebab mama nda suruh (ya mama kasi warning sda haritu jangan slalu sangat balik rumah uhuk uhuk).and lagi satu tahun depan maybe aku akan balik msia. bulan 3 mungkin. sebab kazen aku mau kawin :) hanya doa aku titipkan dari sini,mudah²an sumanya selamat. amin. amin.

alhamdulillah irfan sihat. muka dia habis luka² sebab terkena kaca kereta time accident tu.

so, this will be the first timenyalah aku travel sorang² ni. kalo balik msia tu sorang² aku besa sdaa. xdinafikan yang ada juga perasaan takut tu. bila aku cerita ngan kawan² aku, mesti dorang akan cakap "beraninya ko. bahayalah perempuan jalan sorang²". ahaa. lagilaa xsedap ati. doakan jalah sumanya baik² aja keh?? :) napa xjalan ngan kawan? well, kalo mau jalan ngan kawan sebatch aku, perempuan kami 8 orang ja, 24 orang lagi lelaki. oleh sebab babah nda suruh jalan ngan lelaki SAJA, so memang aku kena jalan ngan pompuan la. kalo mau jalan ngan budak laki boleh, tapi mesti ada budak perempuan.dalam batch aku ada yau, dia slalunya ada program travelling dia sendiri. the rest, 5 orang daripada tu sibuk dengan program usrah, sorang lagi angosh aku sda ajak dia haritu, tapi dia xcukup bajet so xpela. and last² je me retrouve toute seule la jawabnya voila voiluu. kadang² sedihla jugak. sebab aku rindu mau jalan² ngan dorang, rindu sangat. tapi tula, sumanya pun scattered di pelusuk france ni.dengan aku sorang di Rennes, Yau di Laval, Angosh and Ipeyn di Besançon, Mlat and Ummu di Rouen, Nad di Toulouse and Farah di Marseille, plus lagi masing² suda busy dengan hal ijazah dan xlupa jugak ramai yang busy dengan program² usrahnya. xpala. aku paham. sebab aku pun pernah melalui zaman² aku busy dengan program² tu. skang ni, biarla aku teruskan impian aku. travel banyak². travel sorang² pun jadilah kan.



iA akan bertemu dengan budak² nih time RDH di Lyon ni nanti. ahaa. the first program yang aku attend tahun ni. kalo tahun lepas rasanya minggu² pun pegi berprogram, berdaurahla, berusrahlaa. so, excited mau jumpa suma orang! n lepastu, kita bawa diri kita sendiri sorang² yee :)

okla tu ja. petang ni aku ada presentation. berbelit² lidah prektis haha. doakan aku!

Nov 20, 2011

benci.

salam.

I started my day today with revising RMN, which I think was wrong. sebabnya aku jadi bad mood n tensen ngan menatang alah ni! orang kata, benda alah ni senang, tapi untuk aku x. sebab aku xjumpa n xpaham cemana cikgu tu boleh jumpa macamtu. oh and hell yeah, siyes aku dah benci cikgu tu. boleh x boleh x?

nilah RMN. tujuan dia adalah untuk menganalisis stucture chemical substance. contohnya, kita buat eksperimen untuk synthesis satu substance ni, so kalo mau cek kita dapat substance yang betul ka x, salah satu cara untuk cek is guna RMN ni lah, voila voiluuu. ya principenya aku paham.tapi bila mau analisis tu ya Allah tuhan sajalah yang tau. masalahnya cikgu xbagi pun cukup clue untuk dapatkan maklumat tu, tapi cemana dia boleh dapat? xkanla salin jawapan yang dia dapat ja kut? kalo macam tu aku pun boleh buat.lepastu bila orang tanya dia pun xtau cemana dia dapat. wth kan? arghh. 

now aku teda mood sda mau study yang lain. terima kasih RMN. esok confirm² la aku xpegi kelas dia. pegi kelas dia lagilah aku xpaham! sekian terima kasih.

Nov 19, 2011

sejarah.

salam.


tadi stalk page sekolah aku di facebook. lepastu ternampak gambar ni:



kuiz sejarah. betul² menggamit memory aku. dulu time sekolah aku ada jugak ikut kuiz sejarah ni, wakil sekolah kuiz sejarah antara sekolah² di Labuan.dengan sepa sda aa? rasanya sama Dahziela, Suriah and sorang lagi aku nda ingat hee ampunnnn! excitednya Tuhan saja yang tahu. yalah, aku jarang kot dipilih wakil² ni. yang pernah aku wakil pun, Kem Integrasi di Labuan, Hari Kebudayaan Perancis di STF,Johor, kuiz koperasi di Labuan, kuiz sejarah ni and last but not least, Perfect Score di SMESH. ya, itu ja. so, bila kena pilih wakil sekolah, plus lagi subjek ni memang subjek kegemaran aku, memang semangat gilalah study! walaupun kena baca nota dari form 1 sampai form 5, semangat untuk menang tu memang membara², lebih² lagi pertandingan tu dibuat di dewan sekolah. 

time pertandingan tu berlangsung, siyes suasana hot gila. sebab kena lawan ngan SMK Labuan yang merupakan pencabar terdekat kami.part yang paling sweet? time dapat jawab soklan and budak² ni sumanya bertepuk tangan dengan semangatnya :) siyes, part tu memang sangat xboleh lupa. tapi bila kuiz tu mau habis, aku asyik dapat soklan yang susah ja. and ya, bila xdapat jawab tu, aku rasa down, sebab rasa aku rasa macam aku sda menghampakan harapan suma orang. n mine too :(

apa² pun, waktu sekolah memang xboleh dilupa.kalo lah dapat rester ja jadi budak sekolah menengah kan bagus? haha. dalam mimpi jalah fadhilah oi.

till then.



Nov 18, 2011

nangis.

Salam.


akhirnya, habis jugak kelas untuk minggu ni.yeay, finally it's weekend! tapi tapi tapi tiba² terasa macam weekend ni xakan jadi best. sebab aku homesick. campur lagi dengan sensitif aku yang datang sebulan skali neh, memang terbaiklah. teda mood sepanjang masa. tengok gambar family rasa mau nangisss ja. tengokk video or baca cerita sedih même happy mau jugak nangis. homaigod, boleh x just cut it out? penat kut. 



orang kata perasaan tu boleh di kawal. tengah try kontrol la ni.kalo boleh xmau nangis.tapi rasa macam hati tu dicucuk² tau. sakit. pedih. and last² mata ni pun berair² and then u knowla kan, nangisla jawabnya. padahal, kalo time² besa, no feeling pon. tengok drama or movie sedih, i still can tahan my tears. tapi kalo time² ABC ni mak aaiiii. aku pun xtahan. menyampah pun ada sebenarnya. siyes rasa macam budak² cengeng, sensitif xtentu pasal.

apa boleh buatlaaa. sda Allah ciptakan kamu macamtu, terima jalah seadanya, eh, fadhilah? :) memang tabah sajalah aku minggu ni.

till then, bon weekend! ;)

Nov 16, 2011

sayang.

salam.

tadi time ngaji, i found this.

73: Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) baharulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.


74:Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.

75:Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seseorang penolong pun terhadap hukuman Kami.

(17: 73-75)

i know, ayat² ni ditujukan kepada aku for what I did minggu lepas yang memang orang xakan sangka aku akan buat begitu.ya, aku pun xpecaya. time buat tu xda perasaan, bila sda lepas menyesal plak. lepastu bila terbaca ayat ni, I was like, napa aku indifferent sangat buat dosa ni?? hati aku sudah jadi keras kah??

so aku pun baring atas sejadah, kepala atas Al-Quran. suddenly air mata aku mencurah² keluar, dan mulalah aku meraung² menangis sana. it's just that tiba² aku rasa aku sangat² lonely,i don't feel like i have friends here, aku rindu sangat² mama belai rambut aku time baring di peha mama, i miss my family, and i think that makes me a bitch here. aku try mau ikut arus dorang di sini, sebab aku lonely. aku mau kawan. tapi nature dorang lain, aku lain. mungkin bila aku buat tu, aku just mau impress drg, tapi bila lepas buat tu aku rasa bersalah. and that makes me so angry of myself, helpless and selalu ja teda mood tiba².

a friend of mine kata, mungkin kita rasa tiada orang pun yang peduli ngan kita di sini, tapi Allah kan ada? sapa kata Allah xsayang? rasanya setiap benda yang aku xsuka or benda yang aku suka or benda yang aku buat salah mestiii akan ditegur. yeah, Allah LOVES me. and it feels like u're being comforted by Allah bila nangis di atas sejadah, dengan Al-Quran menjadi bantal ko, rasa macam baring di peha mama plang! 

and suddenly, I feel like I'm loved once again :)



Nov 13, 2011

nikmat.

salam.

cakap pasal nikmat ni, tiba² harini nikmat aku ditarik.leher + bahu aku sakit! ni bukan sakit men², ni sakit sampaikan kalo tergerak sket urat tu memang menyengat sampai nak nangisla. ni pun menaip dengan lemah lembut. huuu siyesly laa mouvement pun jadi limited.


risau ni. aku ada lab selasa ni and exam lab rabu ni. camna mau buat eksperimen kalo mau gerak pun susah? doakan aku cepat sembuh eh! lepasni xmau sda tidur ganas²!

till then.

Nov 11, 2011

xsukee.

salam.

aku cuti stat dari hari rabu lagi. tapi tapi tapiiii aku baru stat study harini hiihi jangan tanya apa aku buat 2 hari tu aku pun nda tau :D so bila dua hari sda bersenang-lenang, lepastu paksa plang study harini, menyerangla balik sakit kepala aku tuh. aish. kacau daunla.orang tengah semangat² mau study saja ja kacau cewah :p last² tutup nota and latihan, simpan suma dalam file. sekurang²nya 3 subjekla jugak aku study harini, lebih produktif dari 2 hari yang lepas uhuk².

belajar chemistry ni, macam² ko jumpa.kalo ikutkan aku, bukan semua benda aku suka pun hoho.contohnya aku nda suka thermo and complexe sebab thermo banyak kira² and complex plang kena pandai tengok 3D! pernah satu kali tu, time di IUT, aku meluahkan perasaan meluat aku ngan nad ngan complexe nih:

aku: aku nda sukala complexe. nda nampak cemana cikgu boleh dapat jawapan.
nad: yeke? aku suka. semua yang melibatkan kira² macam thermo cinetique complexe ni aku suka.
aku : huuu. suma subjek yang ko suka tu aku nda suka nad T.T

tapi tapi tapi, benda yang susah aku mau dapat tulah yang aku rasa mencabar sebenarnya. memangla awal² tu susah sebab benda ko nda suka, lepastu ko kena jugak bukak and try pahamkan walaupun ko nda paham gila gila.macam complexe time IUT tula, aku berabisla benci subjek tu, tapi paksa jugak kasi suka. last² tengok² time exam complexe markah aku paling tinggi :D and I was like, ok, lepasni kalo ada benda² yang susah kena jugak buat!yah yah!

kasi gambar yang berwarna-warni, barulah menarek kan kan :D

and sekarang ni,bila masuk Licence, campur lagi satu subjek aku nda suka; atomistique. siyesly berbeza dengan apa yang kami belajar time di IUT dulu. patutla cikgu cakap " ala senang ja yang kamu belajar ni, nanti bila sda belajar tahap tinggi baru kamu rasa yang apa yang kamu belajar sekarang ni kacang ja". tanyalah budak² msian sebatch ngan aku, suma pun nda suka atomistique. sebabnya:



sebabnyaaaa banyak bahasa purba!!!! I swear you, bukan ini ja, banyaakkk lagi bahasa purba dia. entahla asal drg excited sangat invent bahasa² purba camni. pening i :p ouh siyeslyyyyyy la aku kalo bukak nota and latihan atomistique mesti akan lost haha. tapi tula, sebab risau punya pasal, exam xlama lagi terpaksala membiasakan diri tengok bahasa² purba neh. and sekarang ni tengah try nak hadam suma. aku ndala mengharapkan sampai dapat markah tertinggi ka apa exam nanti, aku just harap aku leh jawab exam dengan gembiranya. sepa² yang  dapat jawab exam mesti terasakan nikmat dapat jawab exam tu? memang xboleh diungkapkan dengan kata² :D

okla itu sajeee.mau download moviela mau tengok malamni haha. nanti busan² aku membebel lagi. daaa :D

Nov 10, 2011

Amazon.

salam uolsss!

harini mau cakap pasal amazon. ni bukan amazon yang banyak ular tu aa, ni website untuk beli barang di tenet. aku start beli barang di amazon ni bulan 2 lepas time beli ipod aku. bila try, service dia sangat bagus sebab delivery dia memang speed. so lepastu aku continue guna amazon untuk beli buku, kamera, case untuk hp and even oven kemarin! cerita pasal oven ni, kemarin aku teringinnn sangat² mau makan poulet roti (ayam panggang) and cheese tart. tapi masalahnya, oven moulinex aku yang aku baru beli 2 bulan lepas and baru guna 2 kali ja sda rosak. mmg wth laa. 



so terpaksala beli oven baru, kali ni xmo sda beli jenama moulinex, konon ja jenama mahai tapi quality tarak!yaa anda sda diban dari hidup saya! survey² di amazon, kira ada promotionla, kalo beli sebelum 2 petang kemarin harini sda sampai. aku try jalah , kira mau testla service amazon ni cemana. dulu aku beli barang kecik² memangla delivery dia express, kalini kalo beli barang yang besaq² tengok service dia sama ka x. and jeng jeng jenggg, kol 10 setengah tadi oven aku sampai! siyesly, mantapla amazon! gua tabik sama lu!!


ouh btw hasrat mau buat poulet roti nda kesampaian, sebab aku terlupa beli ayam tadi. sakan beli barang² cheese tart kan apa nda. hihiih. till then, selamat bercuti kepada budak² france yang akan menyambut cuti besok and bon weekend kepada anda² suma! ;)

Nov 8, 2011

Study.

salam.

balik dari kelas kul 6 setengah tadi, time tengah terkejar² mau balik solat magrib, tiba² aku terpikir something.kenapa ya sekarang ni bila aku abis kelas petang kol 5 setengah or 6 setengah macam harini aku rasa macam penat gila²? bila dicari² jawapannya, barulah aku tau napa; sebab time ni aku dengar apa yang cikgu cakap, salin apa yang cikgu cakap, and try untuk pahamkan dan buat synthesis terus time cikgu mengajar. 4 perbuatan yang diulang²untuk 5 kelas macam kemarin and 2 untuk harini. and aku baru sedar yang 2 bulan aku yang fes di sini, ekceli aku macam budak² yang pegi ke sekolah ja, salin nota and then blah. xpaham apa² pun, zéro. kiranya memang terbuangla masa aku pergi ke kelas, sebab aku xprofite betul². sekarang barulah terasa rugi.hmm.

tapi bagusla kalo aku sedar apa yang aku buat dulu sia², sekurang²nya aku try untuk berubah. i feel like i'm on the right track skang ni, so i'm gonna do the best for my final exam sebulan lagi. doakan eh! :)


Nov 6, 2011

KAWAN.

aku pun nda taula napa, tapi aku rasa aku sangat pandai menyakitkan hati kawan.tapi siyesly, aku xsengaja...

aku, bila awal² berkawan,aku xbanyak cakap. tapi bila sda lama berkawan, sudah kenal hati budi suma, personaliti aku yang gedik² tu pun keluarla.tapi bukan itu saja, aku boleh lakukan apa ja untuk kawan aku tu, walaupun maybe benda tu menyusahkan aku ka, but yes, aku sanggup.and satu jalah yang aku minta, aku mahu dia pun begitu dengan aku. tapi bila apa yang aku cakap pun xdengar,apa² pandangan aku pun kau pandang enteng,mulalah aku terasa macam aku dipijak² kepala.so, bila macamtu, mulalah keluar perkataan² yang tidak enak didengar.tapi tapi tapi, aku just mau kau tau yang aku kecewa, cumanya mungkin aku xpandai mau convey apa yang aku rasa.jadi apa salahnya kalo ko just dengar apa yang aku rasa? tak salahkan? :)

ya, aku tau nda suma orang nda dapat terima cara aku, and aku pun, bila kali kedua aku buat ni, barulah aku rasa menyesal, sebab aku tau apa consequencenya bila aku buat macam tu dengan kawan baik aku dulu. sampai sekarang, langsung nda contact.and aku nda maula benda yang sama ni terjadi ngan buat kali kedua... hurm,jahat benarkah aku ni?

ntahla. down ngan diri sendiri.

Nov 3, 2011

ouh ouh ouh.

salam.

selepas seminggu nda update blog, baru harini ada mood mau update blog.bukan malaska apa, cumanya minggu lepas sebok bercuti + tengok drama + trying to study for exams 6 minggu lagi. malamni asal plang nda study? hihih. rehat kejap bhaaaa :p 

kalo ditengok post² aku tahun² lepas, tahun nilah yang post aku paling banyak. paling sikit tahun 2009 sebab almaklumla time tu suma crita kat ex so malasla mau crita di blog. so hipotesis kita boleh buat sini: semakin  aku teda kawan mau cerita, semakin banyakla aku membebel di blog ni :p aku ada ja kawan, tapi nda suma yang suka dengar aku membebel, lebih² lagi bila datang gedik aku memang suma pun geleng² jalah kepala nda tau mau cakap apa. nda pun, trus bagi kata² yang siyes² sebab aku ni sensitif, bila orang cakap mcmtu aku mulalah nda sedap hati, so aku pun akan stopla bergedik²an.lagipun aku tau ja sekarang ni kita bukan di tahap sekolah menengah lagi, ramai yang di tahap university, so mestila busykan, so gedik itu mesti dikurangkan! yah yah!ok cut all the merepekss plis.

4 tahun lebih sda aku di France ni, 2 tahun lebih lagi to go. ya memang mau abis sda study, tapi  bila datang mood aku rebelling nda mau study macam tadi mulalah aku fikir bukan² macam:
-apasal aku boleh terpikir mau ambil program 7 tahun ni dulu haaa??
-study study study. penatla!

tapi memang betulla, penat.kadang² tu aku paksa juga study walaupun hati aku kata nda mau, sampaikan mau nangis ja study sebab aku nda mau study tapi aku paksa and aku xpaham menatang apa pun nota aku and then I'll start feeling like I'm going to cry (tapi xnangis ye, harap maklum). macamtulah selalunya, tapi last² tu rasa srnok lak bila dah paham apa cikgu ajar, tu punnn berjam mau paham. n then bila datang balik perangai rebelling aku nda mau study tu memang payah la. mau paksa² pun aku nda mau. so last² buang masala buat ntah apa² sana. ouhhh siyesly selekeh.

ouh ya, tengokla drama ni best gila² kotttt!!! ni lah fes time yang aku memang jatuh hati betulla ngan drama. pelakon²nya memang berbakat! yalah kadang² ada ja drama yang heroin dia buat suara or muka comel, hero dia prasan kacak, yang tu memang aku trus rejectla. haha suka ati ja. kalo bosan² tengokla. guarantee best! :)


Bu bu jing xin

till then :)



Oct 26, 2011

sakit.

salam.


huaaa akhirnya dapat jugak aku mengupdate blog neh. ekceli dari hari sabtu tu lagi mau update tapi nda terupdate² sebab rumah aku ada tetamu so macam besa aa mestila menggedik² ngan tetamu kan hihi, lepastu ada kerja rumah lagi.begitula ceritanya voilà voiluuu.


kebelakangan ni kan aku slalu terasa pening, sakit kepala, kadang² mau muntah pun ada.macam kemarin,pagi tu lab dari kol 8 sampai kol 12, then kol 13h30 sampai 16h45 kelas, balik tu ulangkaji + buat kerja rumah. by 10 malam kepala aku sda berdenyut², terutamanya dekat bahagian dahi tengah² antara mata tuh. aku pun tanyala diri aku, aku stress sangatka harini? penat sangatka? mungkin. harini plang lab dari kol 8 sampai kol 4 setengah petang, then aku kemas rumah lebih kurang sejam gitu and sekarang kepala aku sda mula denyut². padahal baru kol 8 setengah malam. huaa ok aku sda takut. dulu time di iut lebih kurang ja corak sehari²an aku, kelas seharian, then malamtu buat kerja. xda pun pernah kena sampai kepala berdenyut² nih. paling kurang pun kalo aku penat aku akan tidur awal.ada problem ka eh? ka it's a part of ageing? T.T




 apa² pun alhamdulillahla aku xdemam. aku jarang kena demam panas di France ni, paling² pun selsema and batuk.normal la tu, tu la malas mau makan ubatkan hikhikhik. tapi kalo sda aku demam tu memang terlantar jalah di katil tu nda bangun². huu mintak dijauhkan.


doakan teda apa² eh. aku risau lak.till then ;)

Oct 22, 2011

Cheese cake.

salam.

aku bukan mau kasi resepi cheese cake ka apa, dun worry, aku xtersalah blog :p kemarin kemarin aku tryla buat cheese cake mama sebab tiba² teringin mau makan. tapi sebelum tu kenala mintak resepi dekat mama dulu.tapi bila buat tiba² kek aku jadi bantat! aku pun bengangla sebab rasanya aku sda buat ikut resepi mama.so tadi aku pun kol la mama;

dila: ma, napa cheese cake dila nda jadi? betulka tu kena masukkan 1kg tepung?
mama: iya betulla, 1kg. kakak beli tepung yang untuk buat sponge cake ka?
dila: iya dia tulis sana tepung untuk buat sponge cake. 1kg banarka? 1000 g tepung?
mama: eh banyak jua tu mun sampai 1000 g!
dila: ??? 1 kg kan bersamaan ngan 1000g?
mama: nda mun ko timbang 600 g saja tu.
dila: hah? kalo 1kg, 1000 g la. napa plang jadi 600 g plang? len jua.
mama: salah ko tu, 600 g saja tepung tu.
dila: huh??
mama: bha ndapala, nanti kakak buatla saja kek batik aa. bla²... (pandai betulla tukar topik, tau sda aku mau marah sda kan ish²)

so in the end, aku nda dapat makan cheese cake and bengang sorang². how come 1kg tepung = 600g tepung? ni pakai formula apa plang ni? aih. sabo jalah. nasib bek mama, kalo adik memang kena ketukla kepala oleh aku. uhuk uhuk.

okla, nanti lagi aku membebel²,bon weekend! :)

Oct 20, 2011

Dugaan.

salam!

rasa lama gila nda update blog ni. slalunya kalo weekend adala aku membebel² kan, minggu ni exceptionnel sket.ni nak crite le ni :p

Khamis lepas,kami cuti sebab ada forum pasal kerja.that doesn't really concern us,so aku ngan kawan² french aku buatla rdv untuk jumpa buat discussion pagi tu kol 10 pagi, then kol 2 stgh petang tu ada interview gitula ngan cikgu english kitaorang. macam besala,search sket² di tenet,lepastu blah g discussion. bila balik rumah and try mau online, tiba² tengok tiada connection. bila cek² rupa²nya electrik tiada. ya Allah, rasa tensen sangat! baru ja dalam perjalanan balik tu fikir mau pegi intermarché (supermarket) beli barang mau masak ajak budak² ni datang umah, memang kena kensel la plan! dudukla aku di sofa, nangis kuat² sana. time tu satu ja aku fikir," kenapa ujian ni asyik datang dekat aku ja? kenapa?? " lama la jugak aku nangis, and then macam ada suara yang kata " everything's gonna be alrite. so just stay strong". so aku bangun dari sofa, lap airmata aku, and aku pegi amek penyapu g sapu rumah. siap ja sapu suma² tu hati rasa lapang balik :)

abis ja interview ngan cikgu, aku teruskan plan ak g intermarché, tapi bukan mau beli barang makan, tapi mau beli fuse! dulu di Béthune selalu jugak rumah aku teda karan n kebanyakan prob tu datang dari fuse. so semangatla beli fuse kan. balik² try ganti xjadi gak. last² terfikir mau call electricien walaupun time tu sda 16h15 and aku rasa kemungkinan orang tu mau tolak permintaaan aku tu sangat tinggi, yalah mau abis waktu kerja sdakan. and alhamdulillah, bila call, pakcik tu tengah dalam kereta, so in 15 min dia sampai umah.muka pun berseri² balik.tengok² bila pakcik tu datang dia cek xda prob apa² pun. so it must be the electricity la prob nya! ok, DOWN.

tryla kol pakcik EDF.
pakcik: elektrik yang kamu guna sebelum ni ekceli guna contract penyewa sebelum ni punya nih.
me: tapi pakcik tiap² bulan duit saya kena potong dari akaun.
pakcik: eh xdala, ni bukan contract atas nama kamu ni, penyewa yang lama punya.
me: tapi saya guna contract saya dari bethune dulu, saya sda tukar alamat ke alamat saya yang lama ni sebelum pindah bulan 7 haritu, sepatutnya sekarang ni elektrik tu guna contract saya lah kan.
pakcik: ehh bukan bukan. penyewa lama punya nih! pegi kol **** and buat kontrak baru. bukan kontrak kamu ni.tapi jangan harap sangat ngan elektrik kamu akan disambung minggu ni jugak, kena ambil rdv dulu and dalam beberapa hari barulah dapat elektrik.

and time that, siyesly I really wanted to cry.aku tryla kawal suara aku yang memang sda serak² sebab tahan nangis and kol no tu buat contract baru n fix rdv. nasib bek akak tu baik. bila mau fix rdv tu tengok² availablity technicien yang paling awal pun 25hb!!! and that time, memang rasa nak nangis gila laaa.cakap la ngan akak tu,minta tolong dptkan rdv yang awal sket. last² dapatla 18hb,tu ja yang paling awal, tu pun kena cas 30 euros, xpala, aslkan sumanya baik² aja. bermula lah hidup aku dengan environment yang baru. susah tau sebenarnya teda karan ni.mau masak nda boleh (sebab aku guna plak elektrik untuk masak), air panas untuk mandi teda, no internet, mau cas hp and pc nda boleh, nda boleh letak barang di frigo, basuh baju guna washing machine pun nda boleh!(ouh sorry, xmenla nak basuh guna tangan yer haha ngada gila :p) so, banyak kan nda bolehnya? and I managed to survive despite all that obstacles! :)

-masak and cas hp, aku guna plug di luar ni. hihi.kadang² tu mcm tersentapla jugak bila dengar ada orang keluar. pelik juga tu di koridor tempat orang lalu lalang tiba² ada cerek or rice cooker kan kan kan? haha! hantamla kamu, asalkn aku hidup :p
-barang² basah di frigo banyak kena buang :(
-lampu? guna lah lilin!!! ^^
-sejuk? xda heater? pakaila sweater, or berselubung la dalam comforter kan kan kan? =D
-teda air panas mau mandi? nah baru ko rasa! mandi sekejap ja sebab ya rabbi sejuk !!!! rasa mau demam mandi, tu baru sekejap, kalo lama nda taula apa jadi~~



bukan teda orang yang ajak aku stay kt umah dorang, adaaaaa.orang² rennes ni concern² ye.jangan xkata xconcern lak. ni haaa, miss nurul fadhilah matasan ni yang mengada² tolak. kononnya sumanya baik² aja. cewah bajet cool la kan :p tapi betullah, bila lagi mau dapat pengalaman ni, lagi pun, aku mau tau sangatla apalah hikmah disebalik ujian ni. nak sangat! so kalo mau tau kenalah stay, barulah dapat jawapannya ye dak? :)

bila aku fikir², ni mungkin satu teguran yang Allah mau kasi kat aku.I received my new camera last tuesday, lepastu my new hp plak sampai hari khamis. tengok² pap! khamis tu xda karan! so bagi aku Allah mau tegur aku supaya jangan membazir sakai sangat beli barang aa. tengokla, bila xda karan suma pun kena berjimat, guna hp/ kom pun jarang sebab xmau bateri habis, air tu memang berjimat sgtlakan sepa mau mandi ngan air sejuk :p, lepastu jimat² gak pakai lilin sebab malas mau beli baru di kedai. ironic kan? :)

alhamdulillah, after 5 days of suffering, akhirnya selasa tu aku ada karan balik. memang xdapat digambarkan dengan kata² bila tengok ada lampu,lepastu boleh masak, boleh cuci kain, boleh mandi dengan air panas dengan bahagianya, ya Allah memang bersyukur gilalah!waktu aku tengah mengaji malamtu I found this:

Janganlah sekali-kali kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan hidup yang telah kami berikan kepada mereka (orang kafir),dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah hatilah engkau terhadap orang yang beriman. (16:88)

ekceli ayat ni sangat bermakna bagi aku sebab apa yang ayat katakan ni memang apa yang aku rasakan minggu tu. kenikmatan hidup? blackout tu la :p. jangan bersedih hati terhadap mereka? haa!ni pun masalah gak. siyesly aku rasa mau eskep ja kelas hari rabu tu sebab kena g lab, and aku group ngan budak french ni yang memang urghhhhhhh fikir she's so perfect and so on so on. bila dapat ayat ni, i was like, ok, walaupun hampir tiap hari rabu lepas keluar dari lab aku akan nangis sebabkan dia, I'll try to bear it tomorrow, tegur dia macam  dia xpenah sakitkan hati aku, xpenah bung aku and xpenah jadi reason aku nangis tiap² kalo lab sama dia. 

rabu tu, bangun² tidur aku doa sangat yang haritu everything's gonna be alrite, sumanya akan baik² aja and at the end of the day aku xakan nangis macam hari² rabu sebelum ni.and guess what? haritu tiba² xda apa² krisis ngan dia! apa² jawapan or kira² yang aku buat dia tanya aku, sebelum buat keputusan dia diskas gak ngan aku, and aku pun try gakla untuk respon ngan dia, try gak tanya² kalo aku xpaham, try kasi idea cemana mau siapkan soalan eksperimen. and by 16h44, we already left the lab eventhough we're supposed to finish at 17h30!!! haha on est trop fortes! :p nilah fes timenya aku keluar dari lab sambil tersenyum and tanpa lekang mulut aku mengucapkan syukur alhamdulillah berulang kali. and once more, Allah gives me another ayat for me yesterday:

Dan sungguh, kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu antara orang yang bersujud (16:97-98)

Subhanallah! memang rasa sayu jalah bila baca ayat² ni.it was like, He was always there listening to my doa all these times, bila aku katakan yang aku xsanggup lagi berdepan dengan budak nih, sebab siyesly, u feel like u're being  humiliated, underestimated, macam ko sangat bodoh tau! dan tengoklah, hari rabu yang aku mau sangat² avoid sebelum ni, menjadi hari yang sangat bermakna untuk aku.Thanks Allah! :')

ouh ya, pengajaran yang aku dapat haritu; jangan jadi pesimist, be optimistic :) and xlupa jugak, apa² pun yang terjadi, be strong, because everything happens for a reason! mungkin apa yang terjadi tu bukan kehendak kita, tapi mungkin ianya akan bawa kebaikan kepada kita. who knows? :)



apa² pun aku harap aku dapat kongsi something dengan korang dalam post ni. sorilah, post aku kali ni is a little bit meleret (hehe) , so thanks for ur time for reading this! take care kamu² suma!! ^^

Oct 10, 2011

boleh diulang kembalikah detik² kejayaanku dulu?

salam.


okeh aku tau tajuk post aku ni nda boleh blah sebab agak kesasteraan (ka kebm-an?) lol :p tapi hentam² jalah kan. eh kan termerepek sda.critanya start macamni:

tadi time di amphi, Lesley tanya aku:

Lesley: ko tahun lepas major(top) eh kat iut?
me : (fikir jap). haah untuk sem 1 la, yang sem len no 3 gitu ja
Lesley: moyenne (average) ko untuk setahun tahun lepas brapa?
me: 14. tapi sem 4 aku punya moyenne turun sebab aku amek PE.
Lesley: 14! mak aii tinggi nya.

frankly speaking, time tu aku teda rasa bangga pun sebab aku nda mengamalkan cara aku belajar time aku di IUT dulu (kes nda consistent la neh).dulu lepas balik sekolah kol 6 petang, kelam-kabutla mau masak, solat suma. then kol 8 mesti study apa yang cikgu ajar haritu, kalo boleh baca jugak untuk kelas esok. kalo nda sempat, esok paginya sanggup bangun awal sebab mau baca nota untuk kelas haritu. Lepastu lama² makin malas. study pun time weekend ja, kalo bosan barulah study malamtu. 

Skang ni plak, aku pun nda tau lagi cemana corak study aku. konon mau study weekend, siap buat list apa homework and apa yang mau direvise, tapi last²nya nda abis pun study. so kesimpulannya cara study yang berkesan ialah macam aku study time sem first di IUT dulu, apa nda boleh jadi top kan hikhikhik. tapi tulaaa, aku kalo study aku nda suka study diam², aku suka study sambil bercerita , so bila dok sorang² ni bila nda brapa masuk study sebab sunyi sangat mula lah g merepek kacau orang di fbla, usha lagu di youtube la, lepastu banyakla masa yang terbuang. memang paling manangla! 

ndapala, try perlahan², nanti² besalah tu kan? yahhhh aja² fadhilah!!