Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Mar 31, 2012

pot pet pot pet

salam.

baru create satu blog baru untuk bebel² in english and french. buat yang terrer bahasa tu silalah tegur kalo ada tersilap grammar ka apa eh. uhuk.

silalah berkunjung ke sini: bon ben d'accord

bon weekend! hiks! :D

Mar 28, 2012

kasih sayang.

salam.

harini aku mau cakap pasal kasih sayang. a friend of mine said this to me, " perempuan ni banyak sangat kasih sayang dia, sampaikan xtau nak kasik kat siapa".

aku sedar jugak sebenarnya, lebih² lagi bila tengok drama korea ni.. tapi bukan cerita yang saja² ok, cerita ni memang selalu terjadi jugak dalam kalangan masyarakat kita. pasal apa? pasal anak perempuan mengandung anak luar nikah time high school. sedih nda kalo ko jadi mak dia? kalo aku, aku sedih gila, kecewa pun ada. tapi bila tengok macam mana mama dia berkorban tu suma, siyes aku nda boleh tahan air mata. lagi² bila lama suda nda jumpa mama kan, lagilaaa. tapi, itula wanita. bila dia kata dia dah sayang, dia akan buat apa saja demi orang yang di sayang. memanglah bagus, tapi ada jugak keburukan dia. keburukan dia? hurm. rasanya kamu boleh fikir sendiri kut? :)

itu kalo kes lain. kalo duk sorang macam aku ni, dengan siapa aku mau berkasih sayang? kol mama selalunya 2 hari sekali. itu pun sian jugakla sebab mama kena dengar aku bebel or gedik² sana mau bermanja. siyes nda membesar betul. kelas skang ni pun jarang suda, banyak suda silibus suda abis, lagi² minggu depan mau abis sem 2 suda, so jarang jumpa kawan². haaa, kahwinla kalo macam tu! hurm. jangan kata aku nda pernah cuba ke arah itu, pernah. tapi herannya kalo aku yang suka orang tu mesti nda jadi. let see, adalah dalam 6 or 7 orang gitu. maybe aku ni nampak macam tahi kut, xlayak untuk suka orang ( opss sori bahasa kasar sikit). but shhhhhh. skang ni aku suka sama orang lain suda. cumanya, bezanya ngan yang sebelum ni, aku nda kasitau orang tu. sebab, fobia mungkin, kena reject face to face. haha. siyes macam bangang. memendam rasa macam apa ja. tapi bila aku fikir ja pasal orang tu or tengok fb dia, aku macam makin bersemangat ni. hati pun senang. mau study pun cepat ja masuk :) maybe ada orang kata bila kita bercouple, or kahwin time muda, boleh ganggu study. tapi bagi aku nda. buktinya, aku boleh dapat first dalam batch aku time IUT masa aku semangat bercintan-cintun dengan ex dulu. so, that statement is totally not for me lah.

lagu peberet i sekarang ni. bila dengar selalu terbayangkan si dia. hiks. angau! :p

so last² aku pun masak². bosan² pegi rumah midah, kalo banyak makanan tu kasi budak² laki. oh and aku realise something, bila hati ni macam kurang kasih sayang dari orang lain, aku tend buat jahatla pulak. macam, erm, rahsia? ahaks. so kesimpulannya nanti bila ada anak, kasila kasih sayang yang secukupnya eh, nanti dia buat jahat. huhu.

ok dah abis merepek. sekian terima kasih.

Mar 26, 2012

drama queen.

salam.

harini aku jumpa definisi baru untuk kawan:
kawan adalah orang yang kita perlukan hanya bila kita susah, bila kita sunyi, bila kita bosan.

first time aku rasa sedih dan kecewa sangat. bukannya apa, kawan yang aku anggap kawan baik aku, yang aku rasa akan buat semuanya untuk aku, nda seperti yang aku sangkakan. mungkin aku terlalu meletakkan harapan yang tinggi barangkali. dan mungkin juga aku yang terlalu ikutkan perasaan. mungkin.

tapi benda ni lama suda aku perhatikan. bukannya aku buat kesimpulan just based on this one situation. nda.

so lepasni, nda payah layan kawan macamla dia kawan dunia akhirat. sebab semua kawan adalah sama. tiada  lagi istilah kawan baik or best friend forever. cause all those things are just a piece of crap.

Mar 25, 2012

List.

minta mama bawa:
Baju kurung
Spek mata di kereta nana
Udang kering
Sambal belacan
Lengkuas
Serai
Cili padi
Maggi kari and tomyam
Secret recipe beli di klia
Roti cream and coklat dekat klia
Novel Akhirnya aku kahwin karya Herna Diana terbitan Alaf 21

A réviser:
Cinétique
Chimie Quantique
Element D
Magnetisme
Organométallique
Electrochimie
Polymère

A faire:
convenction de stage
plan vacances avril
print hotel
beli barang mama suruh

Mar 21, 2012

gedik!

salam.

kol mama tadi.
mama: ba nanti kaka bawakan beras aa, tapi mama mau yg beras wangi, nda mau beras biasa
me: sama jua rasanya tu, beras jua namanya
mama: ehh nda mau, mau jua beras macam selalu mama beli tu.
me: ee minta puji!


ada rasakan melatuk nda? hee. menghitung hari. 18 days more! ^^

Mar 20, 2012

setahun.

salam.

harini 20/3. setahun sudah rupanya peristiwa tu berlaku. aku pun nda taula napa aku nda boleh lupa. mungkin itu first time orang layan aku macam t*** kut? hurm kut. harapnya esok exam ndala seteruk aku buat time tahun lepas 21st tu.. doakan eh!

oh btw esok start suda springggg!!! sukenyee~~

Mar 18, 2012

malu.

salam.

tadi aku post pasal sambal telur di fb. siyes mau kongsi ngan orang. tapi bila tengok ramai yang datang tengok kat blog terus rasa malu gilaaa. pipi tu rasa hangat ja. padahal bukan apa pun. oh tolonglah jangan malu nda bertempat dila oi.

aku rasa aku ada social phobia la. takut orang akan judge apa yang aku buat. sebab tu kut? for more info, tengok video kat bawah ni eh. aku buat pasal phobia untuk english class minggu depan. so bila aku baca pasal general types of phobia, trus aku macam rasa aku tergolong dalam orang yang social phobia. maybe ni kesan daripada time aku kecil dulu kut. aih. ndapala, mari kita buat nda tau malu ja cakap apa yang kita rasa. jangan malu² der fadhilah!



ouh btw aku fikir macam mau ambil master in englishla nanti. sebab tadi aku buat summary pasal presentation minggu depan tapi fikir macam fikir masalah dunia. siyeslyla, english aku makin teruk! :(

doakan aku exam TP inorga and atomistique selasa and rabu depan! :D

bai!

Mar 16, 2012

hurm.

salam.

harini habis kelas awal. tedala awal sangat, kol 3 setengah. balik² umah tu merayau² dekat internet. tapi by 6 pm aku busan suda nda tau mau buat apa. haihh. bukak bukula jawabnya malamni. gila nerd aku malam jumaat pigi study haha :p

bila busan² ni, mulalah teringat rumah. rindu Labuan. kalo perasan aku tukar pf fb aku gambar 2 tahun lebih lepas, gambar aku ngan arwah nenek. ntahla, rindu betul ngan arwah. ok better aku stop skang sebelum aku teremo lebih² plang uhuk uhuk.

baru ja lepas mengaji. and aku buang tebiat g amek vid sambil ngaji. bukan bajet terrer ngaji or apa, ntah. bila pasang webcam tu terasa macam aku nda sorang². macam ada teman. and oleh kerana aku tau ja teda org yg tengok, aku kasi korg tengok. korang kan kawan aku. kan kan kan?? :D ok asal aku trasa aku macam forever alone ni? tettt.

video

bon weekend korang². profitez-en bien! ^^

Mar 15, 2012

spring!

salam.

alhamdulillah, minggu ni memang boleh dikatakan hari² ada matahari. sangatttt suka! bila pergi ke kelas time pagi² rasa bersemangat ja. yalah kalo dulu pergi kelas kol 8 masih gelap lagi, balik kelas kol 5 petang pun gelap jugak. sekarang ni plang maghrib kol 7 setengah soooo siyesly heaven! :D

yang atap grey tula umah sayer! :D

menghitung hari dorang mama sama babah mau datang. and exam final jugak. aih. malasnyaaa mau studyyyyy ><

Mar 13, 2012

alhamdulillah!

salam.


harini ada 2 TP, pagi dari kol 8-12, petang dari kol 1h30 sampai kol 5. yang peliknya nda rasa penat pun. tapi happy. ya, mungkin sebab aku mula merasakan aku sudah ada teman untuk bergelak ketawa time kelas. and I thank you Allah for that! :')

esok aku exam TP orga 4 jam, doakan akuuuuuuuuuuuu!!! ^^

till then :)

Mar 10, 2012

macam².

salam.

semalam time tengok movie, mama kol. it was kinda weird la jugak mama kol time malam sebab time tu baru kol 5 pagi. subuh baru ja masuk di Labuan. then aku teringat yang diorang akan ke KK harini sebab ada kazen aku mau kawin. lepas merepek² dengan mama minta puji mau manja² suma, berikut adalah pengakhiran perbualan kami.

mama: kak nanti kaka kol mama aa. tapi mun nda dapat kol babah.hp mama ni kadang² baik, kadang² nda
me: beli hp baru ba ma, beri kesian jua eh.
mama: ada suda babah bagi usin suruh beli hp baru, tapi nda maula. mama kan beli handbag baru.
me: ya rabbi kan diapa jua kan handbag banyak², beli hp lagi bagus.
mama: eeehhhh biarla ba, pandai²la ba berhidup.
me: (speechless nda tau sda mau cakap apa)

and sekarang aku tau suda dari mana aku waris pandai berhidup tu bahahaha:p

okla, nanti lagi aku merepek. daa. :D

Mar 8, 2012

bangga.

salam.

aku bangga dengan diri aku harini. kenapa? sebab pagi tadi aku malas gila mau pegi kelas. mau eskep suda kelas first tu, tapi lepastu nda jadi. pegi jugak akhirnya dengan tergesa² bersiap sebab 7 suku barulah tergedik² mau bangun.

lepastu, walaupun aku tensennnn and nda sukaaaa and rasa tepu gila otak bila sampai TD yang second yakni TD cinétique, aku stay jugak TD atomistique sampai kol 1. tapi kul 12h55 suda bising² sama josé menghitung waktu mau habis masa haha. 

lepastu pigi prefecture amek tds @ ic. bila ambil no dia cakap ada 15 orang lagi sebelum ak. so i was like, okla ni, mesti nda lama. tapi tengok² 1h10 jugakla aku menunggu. aish. time² ni mulalah aku rindu mau balik malaysia bila tengok service di sini macam ****.

baru lepas makan 'lunch' aku. budak² ni ajak pegi makan sushi. tapi bila mengingatkan diri aku yang mau berjimat cermat and makan sushi tu mahai, aku pun membatalkan niat aku mau merayau and beramah mesra ngan rennais malam ni. nanti² je la yer. 

till then.

Mar 6, 2012

otak tersumbat.

salam.

xtaula apa yang kena dengan aku harini sampaikan aku nda paham satu apa pun yang aku baca :( sedih. rasa bodoh gila. baca banyak kali, baca perlahan², baca laju², sumanya xmasuk. last² aku pergi ja lab dengan xpaham apa yang kena buat harini, tawakkal ja dengan Allah, usaha mahu fahamkan tadi ada suda kan.nda paham² cemana jua huu.


fortunately binôme (partner) aku yang baik and hensem sudi menerangkan sumanya dekat aku. bukan satu, tapi SEMUA. dari apa yang kena buat, apa maksud soklan² tu sampaila cemana mau jawab soklan tu. terharu gila. aku tanya juga dengan dia, dia xrimas ka aku asyik tanya dia ja? dia pun jawab, aku no prob ja. huwaa ni yang rasa terharu gila ni isk isk.

esok ada dua lab, yang pagi punya aku nda suka gila² sebab complicated. harap² bila aku baca malamni aku paham. yang petangnya pula aku sda tengok tadi, ok ja kut, walaupun lambat sikit mau tangkap. siyesly la kepala hotak aku suda mereng huwaaa. doakan aku jadi normal balik malamni.

till then.

Mar 5, 2012

saya suka telur! :D

salam.

aku baru perasan yang aku suka sangat sama telur. kalo boleh hari² mau masak scrambled eggs ngan roti bakar (isk sedapnya aku lupa aku posa harini ). yang xmenahannya dari hari khamis sampaila pagi tadi tu jalah menu sarapan aku, oh except hari sabtu tu aku buat roti telur (tapi ada telur jugakkan eheh).

lepastu aku baru discover yang kita boleh buat facial muka free dengan telur. interesting right??



baru ja lepas cuba (sementara menunggu kelas pukul 2 petang ni kan). believe me, it works! :D

Mar 4, 2012

elle.

salam.

semalam mimpikan arwah nenek lagi. kalini bukannya sekadar tengok dari jauh, kalini aku mimpi aku peluk dia, nangis di bahunya. di sana kusandarkan kesedihan dan kesunyian yang kurasakan selama ni.. nenek, dila rindu nenek. moga roh nenek bahagia di sana. amin.




al-Fatihah.

Mar 3, 2012

randomness.

salam!

finally it's weekend! siyes lega sangat. banyak sangatla benda yang berlaku minggu ni. dengan nda mau balik sekolahnya, dengan bad moodnya, dengan konflik dirinya, dengan berita² yang xberapa enak mau dengar.. haih. lupakan sebentar suma tu, let's wikeng²!

bangun lambat tadi. ndala lambat sangat. kol 8 gitu. ya fortunately cuti kalo nda memang melompatla aku bangun sebab terlepas subuh hikhik. tapi lepastu lepak² lagi atas katil. last² 9 setengah baru bangun mandi. lepastu buat sarapan. oleh sebab weekend, bolehla aku masak sarapan. masakla sangat, roti telur ja pun :p sambil² tu pegi usha video sama blog maria elena. thanks to her, mood lemau aku pagi tadi bertukar jadi mood happy² eheh. 


baru ja lepas kol rumah. yang xmenahannya berita aku malas masak weekdays haritu sampai makan masakan 2 hari lepas satu family suda tau. omaigod T.T  kalo mama sama babah ja xpa, ni makcik² pun tau. sampaikan bila aku cakap ngan diorang pun suma pun tanya tengah hari ni makan apa? jangan makan masakan dua hari lepas lagi tau~~ and i was like, whattttt?? ni mesti kerja mama ni. lipus bining jua banar (nasib mama nda baca blog ni kalo nda mati kena latuk kepala suka² hati ja panggil ya bining eheh). so aku pun dengan bangganya jawab, oh dila masak ayam masak merah semalam, dila nda makan masakan yang 2 hari lepas, so dun worry. and diorang pun macam waaa ayam masak merah! hoyeah, nasib bek berjaya kaver disitu :p sekarang ni tengah fikir mau buat projek apa. blog masak aku nda tergerak² sejak 2 minggu lepas sebab aku berjalankan haritu. any idea? :D

and, berita ni pasti akan menggembirakan sesetengah pihak. terutamanya cik rahmah :p sebabnya saya yang minta puji ni stat consume herbalife balik ihik! kenapa tiba² mau consume balik? hurm. sebabnya sekarang ni aku cepat sangat penat. malam lak mesti tidur awal, bangunnya lak lambat. sangat xproduktif ok. and then aku teringat tahun lepas bila aku stat consume herbalife, aku xcepat penat, lab dari kol 8 sampai kol 6 pun, bila aku balik aku xrasa penat sangat. in brief, aku makin bertenaga la. and then berat aku nek 3 kg and maintain sampai sekarang. ahaks. satu sajalah masalah aku, aku nda suka sangat minum shake ni sampai 3 kali sehari sebab aku ni jenis yang cepat muak. so, aku just minum sehari sekali. okla kan, asalkan ada usaha di situ :D

rasa shake ni siyes macam rasa susu perisa strawberry yang selalu kena distribute time tahun 1 di sekolah dulu. sedap! :D

oh ya got another great news from lesley. buka sekolah tahun depan 10hb 9 !!! sorilah sakai sikit sebab selalunya buka sekolah 1hb eheh. bolehlah merayau ke korea lepas raya ni. tapi sumanya bergantung sama usin. mun nada, ndapala. tapi kalo babah kan sponsor kan best ehee. bila² difikir², nda lama lagi mau habis licence @ degree. akhir bulan 4 final exam, awal bulan 5 sda stat praktikal, akhir bulan 6 sda abis sekolah. and then tahun depan master suda oh myyy >< ndapala kita tabah² jakla uhuk². cerita pasal praktikal, aku ada jumpa ngan cikgu yang akan conduct aku time praktikal nanti. he's so sweet and sangat baik :D i even told him that the part that i hate the most is to write the report ngeh². and dia pun cakap, ouh xpa², nanti kita buat sama² keh. kyaaaaa. ok aku rasa aku akan suka dengan praktikal aku tahun neh. nanti bila sda stat aku kestau in detail apa yang aku buat keh :p

tu jalah kali. tadi pikir mau shopping, tapi bila fikir kena shopping sorang² (isk²) and ramai orang di cv, macam nda jadi ja. pigi atau nda? ntah. eheh. 

bon weekend! ^^ 

Mar 2, 2012

semangat.

salam.

semalam pergi bertandang melawat midah yang baru operate rabu lepas. lepas makan² suma tuh, tiba² terkeluar topik pasal 'semangat'.

A: asal eh aku rasa kalo kat France ni macam takde semangat? susah gile nak study. lepastu exam bukan target nak dapat result gempak², tapi target asal lulus je, padahal kita bukan xpandai, kita kena pilih antara yang terbaik kut.

B: ko tengok aa budak french kat sini camne. kat Msia competition tu tinggi kut. kat sini budak² ni pun bukan semangat nak belajar. time exam pun boleh selamba ja xpergi, bila tanya kata terbangun lambat, pastu selamba je cakap, xpela nanti boleh rattrapage (repeat paper) balik, kalo kita memang nak elakla kena rattrapage tu suma. lepastu prob kita sekarang ni bahasala, normalla kita baru belajar beberapa tahun kut, sedangkan belajar in English pun kadang² xpaham, apa lagi bila kena blajar di tahap tinggi and in French lak tu

A: tu aa, kadang² satu ayat tu pun baca 12 kali barulah paham. time exam lak, sebab xtahu nak buat ayat cane, gi memorise je ayat yang cikgu bagi time kelas. tu pun xingat sebab panjang.

C: haah selalu ingat keyword je tapi nak sambung ayat tulah yang xreti..

B: sebenarnya kita belajar somethingla jugak kat sini, iaitu belajar untuk menerima kegagalan..