salam.
fuh fuhhh..berhabuk2 sda blog ni.hehe.sowie la.malas mau mengupdate.alhamdulillah masih lagi bernyawa,masih lagi dapat kacau2 orang,tengok2 alam ni.sekarang ni musim autumn di France.I bet u,angin di sini kuattttt...kadang2 rasa macam mau melayang pon ada.nasib baiklah xterbang betol2 hehe.n then,selalu ja hujan.tula takut juga kalo jatuh sakit kan.yala,selama 2 tahun di Tours xpenah la plang demam,tapi once demam,mesti terlantar sampai xboleh bangun nih.eh sorila intro terpanjang lakss.
napa tiba2 terasa macam mau menulis di blog ni plang harini?jeng jeng jeng.tedala.sebenarnya kan,harini barulah tersedar yang sebenarnya dila ni sda tua.umo sda masuk 20 tahun.tapi bila fikir,apa ja yang dila buat sepanjang 20 tahun ni aaa?kamu semua ada terfikir x?bila2 masa pon kita boleh mati.tapi cukup sdakah amal ibadat kita?kalo dila,dila akan cakap mmg xcukup.dosa jalah yang berlambak2.tula.insyaAllah sekarang masih dalam proses membaiki diri sendiri menjadi org yg lagi baik,walaupun sebenarnya sangat2 la susah untuk berubah sebab benda tu sda sebati ngan diri kita.chaiyok to me!!!
bila cakap pasal mati ni,orang yang study di overseas ni sebenarnya amek risiko yang besar.bayangkanla,kalola tgh2 kita belajar tu,adalah orang2 tersayang kita mati,mesti rasa sedih jugak.kalo ada balik tyme summer tu ok jgk.kalo sda bertahun xbalik?xka naya.lepastu,kalolah ditakdirkan kita mati dibumi yang asing ni,xka sedih ibu bapa kita?oh ni just fikiran dila.tapi janganla sebabkan itu kita down plang xmau teruskan study di cni kan?semua nikmat yang Allah kasik ni gunakanlah sebaiknya..
okiaklaaaa..banyak lagi kerja menanti.homeworks pon xbuat lagi.tulah asyik bertenet ja...apa mau jadiiiiiiiiiii...kata mau berubah,perangai sama jugak.aish aish><
okai,jaga diri!salam~
Saturday, December 5, 2009
updated.
Posted by DLa MaTaSaN at 1:07 PM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
kongsi2
salam.
bangun2 pagi di pagi ahad yang sunyi ni,banyak membuatkan dila berfikir.kebelakangan 2 minggu ni,memang dila dihantui dilemma yang amat sangat.sebabnya:just because dila dapat the highest marks in chimie general.dila tau,itu adalah satu anugerah yang tidak pernah sekalipun dila dapat selama dila belajar di france ni.tapi sebenarnya,itu juga adalah satu dugaan daripada Allah.kenapa?
Teringat time dila di Tours setahun yang lalu.Situasi yang hampir sama.Dila dapat markah yang bagus dalam math.Tapi lepas tu,penyakit riak dan malas mula bermaharalela di hati.Konon2nya sda pandai,jadi xpayah stadi.2 bulan lepas tu,hasilnya,markah untuk suma subjek dila jatuh merundum dan dila menghadapi stress yang amat sangat.Oleh sebab stress yang xdapat dibendung2,akhirnya dila mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia time cuti februari walaupun cuti hanya 2 minggu,dan walaupun time tu dila sda pun membeli tiket ke Ireland untuk program nisa.
Sebenarnya,itulah yang cuba dila elakkan.selama seminggu,dila cuba melawan perasaan riak yang cuba mendapat tempat di hati,sehinggalah satu hari,dila rasa xdapat dikawal lagi.subhanallah,sesungguhnya Allah Maha Mendengar.Bila dila bukak al-quran,Allah memberikan teguran yang tersangat2lah lembut yang berbunyi:
[39]
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
[40]
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
[41]
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
[42]
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
[43]
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
(surah 53,an-najm)
Kemudian Allah sampaikan pula ayat yang lain,yang berbunyi:
[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
(surah 56,al-waqiah)
subhanallah.sungguh,Allah itu maha mendengar dan mengetahui.Thank you Allah.Thank you Allah.sesungguhnya,kita hanya mampu berusaha,dan Allahlah yang menentukan hasilnya.Tidak guna kita berbangga dengan hasil yang kita dapat,kerana sesungguhnya,semuanya datang daripada Allah.
Voila.Pengajarannya,janganlah diikutkan hati yang malas untuk berusaha,dan apabila sudah dapat apa yang diusahakan,jangan pula cepat melatah,jangan riak.Elakkan daripada terkena penyakit HATI ini.Apabila terkena,mintalah pertolongan daripada Allah.Kepada Allahla tempat kita bergantung.Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran.Dila kongsi dengan kamu suma pun untuk mengingatkan diri dila sendiri jugak,kerana manusia itu kan makhluk yang cepat lupa.so..
salam!=)
Posted by DLa MaTaSaN at 9:20 AM 1 comments
Friday, October 9, 2009
Tuesday, September 22, 2009
Selamat hari raya!!!!
salam.
di kesempatan ni,Dila mau mintak maaf dengan suma orang kalo ada tersilap salah,terkasar bahasa and suma yang ter ter lah.eheh.0-0 ya..:)
Raya leklok:)
Dila,Béthune.
Posted by DLa MaTaSaN at 12:29 PM 3 comments
Wednesday, August 26, 2009
good bye...
salam.
dalam masa 2 jam lagi dila akan menaiki flite AIRASIA(which i hate the most) to KL.ekceli mau naik MAS,tapi mama kata naik airasia murah lagi so ikut jalah.tapi nyampah sbb beg xblh lbh 15kg.aish.airasia yg kedekut!!
jumaat ni flite balik ke PARIS kol 11.35 malam nek MAS.sepa2 mau hantar meh la.ngeh3
doakan semuanya selamat ye:)
Posted by DLa MaTaSaN at 2:10 AM 3 comments
Friday, August 21, 2009
selamat berpuasa=)
salam.
Apa khabar?hoho.Sebulan nda mengupdate blog.Bukannya tiada cerita,banyak jer.Cumanya MALAS .huhu.Sekarang ni menghabiskan sisa-sisa masa yang tinggal berapa hari ni bersama family tersayang.InsyaAllah Rabu depan kami sekeluarga akan ke KL dan hari jumaat tu....babai msia~
Di kesempatan ini,dila mau ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam.France & Malaysia kamceng,puasa pun sama-sama hari sabtu ni.eheh.Sama-samalah kita tambahkan amal kita yee.. =)
p/s-risau memikirkan nasib di tempat baru nanti.huhu
Assalammualaikum..
Posted by DLa MaTaSaN at 4:20 PM 3 comments
Thursday, July 23, 2009
home sweet home=)
salam.
alhamdulillah sda selamat sampai 15 julai yang lalu,which means 1 minggu sudah.so sekarang ni kerja ak
-melepak
-baca novel
-merayau
-driving sbb xpandai2 pass even lesen bkn lg P
-erm makan
-tdo
-etc
hoho.oh ya,ak sda ada number baru.sepa yang mahu tu silalah ym eh(bajet hot jap).maseh.
to sayang2ku yg tgh bercuti skang ni,slamat bercuti!weh ak rindula kamu.siyes ni.sampai termimpi2 lg.hehe
ok itu saja.salam sayang dari labuan.hee=)
Posted by DLa MaTaSaN at 6:13 PM 1 comments
