Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Dec 5, 2009

updated.

salam.

fuh fuhhh..berhabuk2 sda blog ni.hehe.sowie la.malas mau mengupdate.alhamdulillah masih lagi bernyawa,masih lagi dapat kacau2 orang,tengok2 alam ni.sekarang ni musim autumn di France.I bet u,angin di sini kuattttt...kadang2 rasa macam mau melayang pon ada.nasib baiklah xterbang betol2 hehe.n then,selalu ja hujan.tula takut juga kalo jatuh sakit kan.yala,selama 2 tahun di Tours xpenah la plang demam,tapi once demam,mesti terlantar sampai xboleh bangun nih.eh sorila intro terpanjang lakss.


napa tiba2 terasa macam mau menulis di blog ni plang harini?jeng jeng jeng.tedala.sebenarnya kan,harini barulah tersedar yang sebenarnya dila ni sda tua.umo sda masuk 20 tahun.tapi bila fikir,apa ja yang dila buat sepanjang 20 tahun ni aaa?kamu semua ada terfikir x?bila2 masa pon kita boleh mati.tapi cukup sdakah amal ibadat kita?kalo dila,dila akan cakap mmg xcukup.dosa jalah yang berlambak2.tula.insyaAllah sekarang masih dalam proses membaiki diri sendiri menjadi org yg lagi baik,walaupun sebenarnya sangat2 la susah untuk berubah sebab benda tu sda sebati ngan diri kita.chaiyok to me!!!

bila cakap pasal mati ni,orang yang study di overseas ni sebenarnya amek risiko yang besar.bayangkanla,kalola tgh2 kita belajar tu,adalah orang2 tersayang kita mati,mesti rasa sedih jugak.kalo ada balik tyme summer tu ok jgk.kalo sda bertahun xbalik?xka naya.lepastu,kalolah ditakdirkan kita mati dibumi yang asing ni,xka sedih ibu bapa kita?oh ni just fikiran dila.tapi janganla sebabkan itu kita down plang xmau teruskan study di cni kan?semua nikmat yang Allah kasik ni gunakanlah sebaiknya..

okiaklaaaa..banyak lagi kerja menanti.homeworks pon xbuat lagi.tulah asyik bertenet ja...apa mau jadiiiiiiiiiii...kata mau berubah,perangai sama jugak.aish aish><

okai,jaga diri!salam~

Oct 18, 2009

kongsi2

salam.

bangun2 pagi di pagi ahad yang sunyi ni,banyak membuatkan dila berfikir.kebelakangan 2 minggu ni,memang dila dihantui dilemma yang amat sangat.sebabnya:just because dila dapat the highest marks in chimie general.dila tau,itu adalah satu anugerah yang tidak pernah sekalipun dila dapat selama dila belajar di france ni.tapi sebenarnya,itu juga adalah satu dugaan daripada Allah.kenapa?

Teringat time dila di Tours setahun yang lalu.Situasi yang hampir sama.Dila dapat markah yang bagus dalam math.Tapi lepas tu,penyakit riak dan malas mula bermaharalela di hati.Konon2nya sda pandai,jadi xpayah stadi.2 bulan lepas tu,hasilnya,markah untuk suma subjek dila jatuh merundum dan dila menghadapi stress yang amat sangat.Oleh sebab stress yang xdapat dibendung2,akhirnya dila mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia time cuti februari walaupun cuti hanya 2 minggu,dan walaupun time tu dila sda pun membeli tiket ke Ireland untuk program nisa.

Sebenarnya,itulah yang cuba dila elakkan.selama seminggu,dila cuba melawan perasaan riak yang cuba mendapat tempat di hati,sehinggalah satu hari,dila rasa xdapat dikawal lagi.subhanallah,sesungguhnya Allah Maha Mendengar.Bila dila bukak al-quran,Allah memberikan teguran yang tersangat2lah lembut yang berbunyi:

[39]
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
[40]
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
[41]
Kemudian
usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
[42]

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
[43]
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
(surah 53,an-najm)

Kemudian Allah sampaikan pula ayat yang lain,yang berbunyi:

[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

(surah 56,al-waqiah)

subhanallah.sungguh,Allah itu maha mendengar dan mengetahui.Thank you Allah.Thank you Allah.sesungguhnya,kita hanya mampu berusaha,dan Allahlah yang menentukan hasilnya.Tidak guna kita berbangga dengan hasil yang kita dapat,kerana sesungguhnya,semuanya datang daripada Allah.

Voila.Pengajarannya,janganlah diikutkan hati yang malas untuk berusaha,dan apabila sudah dapat apa yang diusahakan,jangan pula cepat melatah,jangan riak.Elakkan daripada terkena penyakit HATI ini.Apabila terkena,mintalah pertolongan daripada Allah.Kepada Allahla tempat kita bergantung.Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran.Dila kongsi dengan kamu suma pun untuk mengingatkan diri dila sendiri jugak,kerana manusia itu kan makhluk yang cepat lupa.so..

SAY NO MALAS!

salam!=)




Sep 22, 2009

Selamat hari raya!!!!

salam.

di kesempatan ni,Dila mau mintak maaf dengan suma orang kalo ada tersilap salah,terkasar bahasa and suma yang ter ter lah.eheh.0-0 ya..:)

Raya leklok:)

Dila,Béthune.

Aug 26, 2009

good bye...

salam.

dalam masa 2 jam lagi dila akan menaiki flite AIRASIA(which i hate the most) to KL.ekceli mau naik MAS,tapi mama kata naik airasia murah lagi so ikut jalah.tapi nyampah sbb beg xblh lbh 15kg.aish.airasia yg kedekut!!

jumaat ni flite balik ke PARIS kol 11.35 malam nek MAS.sepa2 mau hantar meh la.ngeh3

doakan semuanya selamat ye:)

Aug 21, 2009

selamat berpuasa=)

salam.

Apa khabar?hoho.Sebulan nda mengupdate blog.Bukannya tiada cerita,banyak jer.Cumanya MALAS .huhu.Sekarang ni menghabiskan sisa-sisa masa yang tinggal berapa hari ni bersama family tersayang.InsyaAllah Rabu depan kami sekeluarga akan ke KL dan hari jumaat tu....babai msia~

Di kesempatan ini,dila mau ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam.France & Malaysia kamceng,puasa pun sama-sama hari sabtu ni.eheh.Sama-samalah kita tambahkan amal kita yee.. =)

p/s-risau memikirkan nasib di tempat baru nanti.huhu

Assalammualaikum..

Jul 23, 2009

home sweet home=)

salam.

alhamdulillah sda selamat sampai 15 julai yang lalu,which means 1 minggu sudah.so sekarang ni kerja ak

-melepak
-baca novel
-merayau
-driving sbb xpandai2 pass even lesen bkn lg P
-erm makan
-tdo
-etc

hoho.oh ya,ak sda ada number baru.sepa yang mahu tu silalah ym eh(bajet hot jap).maseh.
to sayang2ku yg tgh bercuti skang ni,slamat bercuti!weh ak rindula kamu.siyes ni.sampai termimpi2 lg.hehe

ok itu saja.salam sayang dari labuan.hee=)

Jun 17, 2009

do u still remember?

salam.



2 tahun lalu,pada tarikh nilah kita mendaftar di INTEC.hari pertama perkenalan kita.semoga persahabatan kita terjalin selamanya.

Happy 2nd Anniversary FP8=)


Jun 12, 2009

special wishes..

salam

to mom n dad,selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-21!semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.amin~:)

21 tahun dulu(12 jun 1988)


sekarang=)

i love u.and i always do:*

Jun 11, 2009

finally...

salam.

2 minggu xupdte blog,sebenarnya banyak ja benda da berlaku.kemarin secara xofficialnya kami sda abis preparation di tours ni.well,sedih tu memangla.sapa xsedih meninggalkan tours yang cantik dan aman ni ngeh3.banyak ja dugaan n cabaran sepanjang 2 tahun belajar di sini.insyaAllah,semua tu akan jadi bekal untuk menghadapi masa depan:)



8 JUNE 2009.

hari di mana hampir semua org dapat keputusan IUT.oh bt yang memohon Ecole kebanyakan sda dapat awal2 lagi.akhirnya,selepas tensen2 pikir mau msuk IUT or ECOLE,ak pilih msuk IUT.bukan sebab moyenne xcukup,tpi sbb cikgu ckp ak ni timide sgt dlm kelas.so,ak pilihla mau pigi IUT Rouen ngan makcik nad,dekat ngan INSA,dekat ngan makcik mumu n makcik anati(nanti boleh merayau hehe).so 8hb tu,kami pn menunggu dgn sabarnya result kami.tgk2,xdpt.rupa2nya IUT tu greve.so dia xla bls emel2 Mme Sylvie.kesadisan sda mula terasa.bila Sylvie propose kami untuk pegi ke IUT Bethune,fes yang ak pikir,ceruk manala dia campak kami ni?tyme tu rasa mau nangis pon ada,lega pon ada.ntah.campur2.huhu.

tapi,guess what?keesokan harinya,sylvie emel kami n kata kami diterima masuk di sana.ntahla.ak rasa mcm hepi.tengoklah,sylvie br hantar permohonan kami 8 jun tu,9 jun dh dpt result.menunjukkan iut ni serius n adala ciri2 kewibawaannya tuh.ngeh3.so skang ak hepi n dpt sda terima yg ak bkl jd orang NORD.oh btw nnt kalo ak terckp ch'tis jgn heran ya ngeh3;p

skang ni tengah cari rumah.yg bestnya,responsable kami ni dia mcm cepat ja tau crikan rumah.so kitaorg just dok diam2 tunggu sylvie emel kami:)
n the best thing,kami boleh pakai tudung sepanjang cours.except kalo TP chimie,untuk langkah keselamatan tu,drg akan arahkan kami bukak.tp finela.aslkan tyme besa2 blh pki.alhamdulillah:)

satu lagi news,kak effa sda selamat melahirkan baby(excited jd makcik hehhe).kemarin call mama,mama ckp kak effa bleeding.ngam2 lg dia di johor,melawat kazen abg yan yg kawin.hhaa jd org johorla baby dia.apa2 pun,sangatla bersyukur kak effa selamat eventhough dia lahirkan baby xcukup umur( baby dia baru 6 bulan lebih dalam kandungan:))

oklah,tu ja kot.oh sori terbuat karangan plang.it just came outla.ak pn men tulis jalah apa ak rasa.till then,salam:)

May 25, 2009

alhamdulillah~

lama sungguh xmendapat markah atas 15.

harini,alhamdulillah,selepas berusaha,Allah kurniakan jugak.bukanlah niat untuk menunjuk2,tapi sekadar berkongsi kegembiraan di hati.

benarlah,bila kita berusaha,bila apa yang kita usahakan itu berhasil,terasa sangat2lah manis kejayaan itu.

pernah haritu,tyme exam math,ak dapat 13.bagi ak,itu adalah kejayaan yang manis(yalah,sebelum tu,dari markah 17,turun ke 9.madame siap panggil"rubbish" lagi).tapi bila madame hendak bagi kertas tu,dia cakap

"nurul,saya sangat kecewa dengan awak.awak tidak memberikan yang semaksimum yang awak ada".

timbul perasan jelik dan xpuas hati.namun,ak tau,aku sudah memberikan yang terbaik.why must i care?huhu.

Thank U Allah~:)

May 23, 2009

jln2 teda keja..

*perhatian.post ni aku ckp sabah brabis.so kalo takut xpaham silalah jgn baca ya.maseh*

salam..

kemarin kami pigi L'heure Tranquille,shopping complex baru dekat Tours ni.hurm..blh lah tahan.xbanyak sangat kedai bru bukak.but ok la.dekat sebelah tu tempat men boling n cinema.nnt tensen2 boleh la men boling n shopping skali uhuk3:)

p/s:sila abaikan org2 comel kat depan tu ya.hehe:p*kredit to syazwan:D*

lepas tu petang tu ke chateau chenanceaux plang.well,ni chateau ke-3 ak penah g.sebelum ni pigi chateau de blois n loches ja.tu pon trip ngan cigu2.hehe.chateau ni mmg lama sda mau pigi.sebab kalo tengok gambar dia nampak cantik ja.mcm dkt fairytale2 tuuu.hehe.so,puas ati la.nnt kalo ada rezeki mau pigi chambord plang.kak nini ckp chambord besh.mau tingu jugak...huhu



minggu depan kami ada exam math 4 jam.huhu.wish me luck.sori lama xupdte.salam~~

May 10, 2009

May 6, 2009

=)

salam.

gambar2 yang menceritakan 1001 kenangan yang manis:)








*kredit to cik anati=p







voila2=)

minggu depan akan jadi sibuk dengan exam2.exam meca,elektrik n maybe akan ada exam onde>_<

harini pulak present pasal les etoiles.wish me luck.salam:)

Apr 13, 2009

terima kasih teman:)

salam.

weekend ni adalah weekend yang sangat2 bermakna bagi diri saya.mau tau napa?
sabtu:

jalan2 bersama sayangku ipeyn n ummu.kami jumpa kedai asiatique.sempat lagi berkawan ngan akak kedai tu.oh ya,ummu belikan saya bunga!fes tyme dapat bunga ni.terharu.isk3.merci buku mumu!sayang kamu!:)

balik2 tu buat karipap pulak.hehe ni adalah 2nd tym saya penah buat karipap sendiri.dulu penah buat sama mama.lupa sda macam mana mau buat kepit2 di tepi dia tuh.huhu




jangan gelak tau.karipap kami ni spesel sket sebab buat secara tradisional.tulah macam2 bentuk:P

ahad:

piknik.really have a good time.makaseh suma:)




tu ja.mau sambung bt kerja.salam=)

setelah 2 tahun..

salam.hari ini genaplah 2 tahun nenek saya yang tercinta kembali ke rahmatullah.Rasanya macam baru semalam dila cium tangan nenek.Ketahuilah,dila sangat sangat sayang nenek. semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.Al-Fatihah~


sori saya da teremo lak.saya mau kongsi satu berita ni.dan saya rasa kita memang patut PEDULI.Semasa akhbar islami tadi,ada sorang akak ni bagitahu,khamis ni orang2 Israel mau menjalankan pembersihan baitul-maqdis.Mula-mula dengar tu,terble la.mau bersihkan apa pulak?Diorang ni dengan xrasa bersalahnya rupa2nya ingin menghapuskan orang2 islam di sana.saudara2 kita.Kejam sungguhkan mereka.Dulu bukan main lagi hak asasi.Sekarang ni falsafah2 dorang tu dorang tolak ke tepi semata2 untuk mendapatkan apa2 yang ingin mereka capai.Sesungguhnya,Allah pasti akan menolong kita,dan janji-Nya adalah benar.Firman Allah:


Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka. {13:47}


Sama2lah kita berdoa agar rencana mereka itu xakan berjaya.Amin.


Wallahualam.


sumber:


Apr 12, 2009

Result

Baru dapat result tadi.

Rasa down bila tengok kritik2 dari cikgu2.

Tapi saya da buat yang terbaik.

Alhamdulillah~:)

Apr 11, 2009

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Salam.Sekadar ingin berkongsi mengenai salah seorang tokoh yang telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin.Semoga bermanfaat=)




Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.




Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.



Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.



Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.



Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin



Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.



Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.



Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..


Menubuhkan lkhwan Muslim


Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.



Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.




Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.



Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.



Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.



Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.



lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.



Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.



Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.

Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.



Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.
Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.



Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.



Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.



Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.



Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.



Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.



Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.



Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.



Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.
Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.



Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,



Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Sumber:

http://72.30.186.56/search/cache?ei=UTF-8&p=kisah+hassan+al-banna&rd=r1&fr=yfp-t-501&u=www.iluvislam.com/v1/readarticle.php%3Farticle_id%3D1006&w=kisah+hassan+al+banna&d=Qym6uExISk5X&icp=1&.intl=fr






Apr 10, 2009

Hadis 42=)

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Allah Ta'ala berfirman:
Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.

Wahai anak
Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu.

Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.


Apa perasaan anda lepas baca hadis ni?xterasaka yang Allah tu sweet dan sangat-sangatlah baik?Tengoklah,Allah kata kita buat dosa sebanyak mana pun,tapi kalo kita kembali kepada-Nya,Allah pasti akan mengampuni kita.Janji kita ikhlas:)

Sekadar peringatan buat kita semua.Wallahuallam=)

Apr 9, 2009

Tariq Bin Ziyad.

Salam.

Alhamdulillah.Exam da habis!sekarang ni free sda.so ambil peluang ni untuk baca sikit pasal tokoh2 yang ada dalam ISK.Baru habis baca haritu sekali,tapi baca edition yang simple ja,so sekejap jalah habis(entah ingat lagi ka x.kena baca balik huhu)

Dalam banyak2 tokoh dalam ISK yang saya baca tersangat suka sorang tokoh ni.Nama dia Tariq bin Ziyad.Haaa..sapa tau sapa dia ni?hehe.ekceli dia ni salah seorang pahlawan islam yang telah menakluk bumi Andalus suatu ketika dahulu.Sebab suka dia?sebab dia ni mulanya hanyalah seorang budak barbar(kaum dari afrika) yang biasa dan lepas tu berubah menjadi seorang yang luar biasa,seorang pahlawan yang sangat hebat di zaman Umayyah.

Saya sangat suka sejarah.Meh2 mau cerita nih=)

Sebelum kedatangan Islam di bumi Sepanyol,Sepanyol ditakluki oleh seorang raja yang kejam.Nama dia Raja Gotik.Ramai wanita yang dirogol,petani dikenakan cukai yang tinggi dan banyak lagi perkara-perkara tidak berperikemanusiaan yang berlaku.So sebahagian daripada penduduk Sepanyol(yahudi dan kristian) pergi ke Afrika Utara yang ketika itu diperintah oleh Musa bin Umair untuk meminta memerdekakan negara mereka daripada raja yang zalim itu.Musa kemudiannya melakukan pengintipan di persisiran pantai Sepanyol.Pada 711 M,Tariq Bin Ziyad memimpin 12,00 tentera islam untuk menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah untuk ke Sepanyol.

Bila kapal-kapal mereka sampai di eropah,Tariq mengarahkan tentera-tenteranya untuk membakar kesemua kapal tersebut.Dia berseru,"Kita datang ke sini bukan untuk kembali.Kita punya 2 pilihan,sama ada menakluki negara ini dan menetap di sini atau pun syahid".Ramai antara mereka yang beranggapan bahawa tindakan Tariq tu kurang bijak tapi sebenarnya,perlakuan beliau membakar kesemua kapal itu telah berjaya menaikkan semangat tentera-tentera islam untuk menentang 100 000 orang tentera Gotik.menakjubkan,kan?

Tariq juga membahagikan kumpulan kepada 4 kelompok dan mengarahkan mereka ke Kordoba,Malaga,Granada dan Toledo.Semua kota-kota menyerah dengan rela hati.Tyme tu,kedatangan orang2 islam ke sana sangat-sangatlah di alu-alukan oleh penduduk-penduduk di sana sebab mereka sangat tertekan dengan penjajahan bangsa Gotik.Perilaku mulia yang ditunjukkan oleh orang-orang islam juga telah menyebabkan mereka disenangi dan disayangi oleh penduduk-penduduk di sana.

masjid cordoba di sepanyol

Kesan daripada penjajahan orang2 Islam:

#kebebasan beragama betul-betul diakui.Penganiyaan yang banyak berlaku sebelum-sebelumnya digantikan dengan toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa.

#keadilan dijalankan dengan sebaik-baiknya.Sesiapa yang bersalah akan dihukum tanpa mengira pangkat dan keturunan.

#Kordoba menjadi pusat pengetahuan dan peradaban sedangkan eropah pada zaman itu berada dalam zaman kegelapan.


Sebenarnya,Tariq hendak menakluk keseluruh Eropah,tapi dipanggil balik oleh Khalifah ke Damaskus.Beliau kemudiannya wafat di sana.


voila2.
sumber rujukan,
'Tariq Bin Ziyad Mengukir Karang Dengan Namanya'http://kisahislam.wordpress.com/2007/05/28/tariq-bin-ziyad-mengukir-karang-dengan-namanya/


Kalo ada salah dan silap,tolong betulkan ya=)


to cik ipeyn,selamat menyambut hari jadi.tau ada setengah jam lagi mau pukul 12,tapi sama jakan.hehe:)








salam.:)

Apr 4, 2009

...

salam.
di sini,saya menimba ilmu.
di sini,saya mengenal apa itu erti berdikari.
di sini,saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan.
walaupun kadang-kadang ada ja buat benda yang langgar peraturan sekolah.hehe
saya rindu..
SMS LABUAN
p/s-minggu depan ada exam Math 4 jam n exam chimie sejam setengah.doakan saya ya.salam~=)

Mar 30, 2009

saya sayang kamu:)


salam~

to 3 gorgeous.....


sorry if i ever hurt you.besala pompuan emo sket.tapi ketahuila saya sangat sayang kamu!!!^^



our candle light dinner^^

jaga diri bek2.sy pn mau demam skang ni.huhu.salam~

Mar 17, 2009

Kuasa Allah

salam.

lepas balik dari perjumpaan ngan sayang2 kat angouleme ahad tuh,sebenarnya baru ak sedar yang Allah memang telah menakdirkan aku untuk ke France untuk mengenali apa itu ISLAMyang sebenarnya.sebelum2 ni,memang aku ada pergi ke program2,tapi nampaknya tyme tu masih lagi xnampak keindahan ISLAM tu.Alhamdulillah,nampaknya perjumpaan yang lepas memang dah jadi turning point aku.

Aku dilahirkan seperti bayi2 lain.tapi bila umur mencecah 4 bulan,ada accident kat mulut n hidung.lepas tu ekceli struktur mukaku berubah.hidung ak penyek sebelah.bibir pun sumbing.lepas tu,aku hidup tanpa keyakinan diri.semuanya bermula semasa aku di tahun 3.tyme tu ada sorang cikgu ganti ni masuk ke dalam kelas.tyme tu baru lepas exam.so soklan femes tyme tu,sapa no 1,2,3 gitu lakan.so bila dia tanya sepa dapat no 3,aku pun dengan bangganya angkatla tangan.besala.budak2.tyme tu mestila inginkan pujian dari cikgu.tapi lain dengan cikgu ni.dia kata ak xlayak untuk dapat no 3 tu.tyme tu aku rasa sedih n perplexe jugak.asal cikgu cakap macam tu? tahun 4 pula masa yang sampai sekarang boleh dirasakan peritnya bila dipulaukan kawan2 sendiri.aku pun xtau apa salah aku,sampaikan tiba2 meja aku dipindahkan di belakang.guna meja buruk.duduk seorang.tyme tu sedih sangat.sampaikan aku rasakan sekolah tu neraka.tapi xpenah pulak ak bagitau mama sama babah.takut dorang risau pulak.tapi lepas tu,datang kekuatan untuk bangkit.akhirnya ak berjaya masuk ke dalam kelas Bestari n alhamdulillah dapat stret A dalam UPSR.

bila masuk ke sekolah berasrama penuh,banyak jugak orang mengeji.yang paling xtahannya tyme f1 bila aku dapat kertas math aku.ada orang jeles.tiba2 dia mengejek idung penyek2.ada kaitan ka?but in da same time aku memang trasa gila.makin2la ak xyakin.ak xbergaul sangat ngan orang.sebab ak rasakan tyme tu ak xlayak nak kawan ngan orang len.sampaila pertengahan f2,ak rasakan yang aku perlu berubah.untuk kembalikan keyakinan aku tu,aku stat stadi berabis.alhamdulillah,exam ogos ak meningkat.yang paling aku bersyukur tyme tu sains n KH yang ak anti jadi markah the highest dalam batch.hati tyme tu bersyukur.terasa keyakinan aku meningkat semula.alhamdulillah.pmr n spm ak berjaya.

bila pegi interview,xyakin sebenarnya akan dapat biasiswa jpa ni.bayangkanla sijil aku bukannya banyak(xbanyak ikut aktivitikan),huhu.yang ada cuma sijil2 sekolah,sijil beberapa kuiz yang aku ikut n sijil delf a1 n a2.tgk2 alhamdulillah aku dapat jugak pegi france.memang xdisangka2.sumanya atas kehendakNya=)

sekarang,aku tahu yang memang Allah telah takdirkan aku ke sini n aku yakin mesti akan ada kebaikannya.satu lagi yang ak dapat,walaupun aku kekurangan dari segi fizikal,Allah hadiahkan pulak bakat yang lain.Allah gantikan kekurangan itu dengan kejayaan2.Alhamdulillah~

InsyaAllah sekarang dalam proses membaiki diri.Ingin sekali membalas segala yang telah dikurniakanNya:)

Mar 10, 2009

xlama lg~

salam.

hanya tinggal beberapa hari lagi untuk membuat keputusan ecole n iut apa yang dipilih.mudah2an pilihan yang dibuat ini tepat.amin;)

cuti 2 minggu lepas memang best eventhough penat.huhu.xkesahla kan.sekarang ni sda bersemangat.harap2nya semangat tu kekal la sampai abis sekolah nanti.huhu.

gtg.salam:)

Feb 12, 2009

antara dua..

salam.

alhamdulillah.exam meka n exam radioaktif suda habis.rasa ringan ja bahu ni.tapi minggu depan ada 3 exams lagi.nampaknya sabtu ni xkluarla..huhu

kelmarin madame sylvie datang n bagi information pasal placement kami nnt.n ak sedar yang bidang chimie yang ak ambil ni mmg risiko dia besar.
-kalo masuk dalam ecole de preparation guy lussac(rennes,cf ou lille),moyenne kena tinggi n markah pn kena mantap la jgk tyme exam2.
-kalo masuk iut de chimie,kalo mau masuk ecole chimie kena jd org first di iut tu n kena dpt markah 14 ou plus.yep mmg susah gila mau masuk dalam ecole dia.

bila fikir2,ak rasa ak should pilih another bidang yang dekat2 ngan chimie,tapi lepas iut tu boleh masuk ke mana2 ecole ja.bukan macam chimie yg memang kena masuk dalam ecole guy lussac.ak belum lagi buat research,tapi ak rasa ak mau pilih biochimie.napa biochimie?sebab dia ada dekat2 ngan chimie n ak suka gak bio eventhough ak tau bio susah.dulu pun lepas spm,dapat juga interview pnb,ambil biochimie.tapi last2 xambil pnb even dapat sebab sda sain kontrak ngan jpa.jadi patut ka aa ak sambung niat ak yang xkesampaian tu di sini?hurm susah jugak ekceli buat keputusan ni.huhu

sebetul2nya,memang mau masuk ecole.tapi ntahla.rasanya macam iut lagi sesuai kot.ak xrasa aak dapat ubah terus sifat pendiam ak ni.maybe ak kena pegi iut yang kecik2 then belajar macam mana mau berkomunikasi n bersosial ngan orang len.ak cuma akan banyak cakap ngan orang yang ak sda lama kenal ja.kak sya(my ex-dormmate)cakap

"dila masih lagi tak outspoken macam dulu ke?janganla macamtu.org kat oversea slalunya outspoken"

huhu.trasa lak.xpa2.masih ada ruang lagi untuk berubah.perlahan2.hehe

ok itu saja.mau buat benda lain plang.salam;)

Feb 11, 2009

new rules

peraturan baru dalam rumah:always speak french.bm or bi words are forbidden.except for special case.hehe;p
oh saya suka rules ni.allez2!;)

Feb 10, 2009

kenapa?

kenapa ya?

sudah cuba untuk membaiki kesilapan dulu,merajinkan diri untuk belajar di rumah tapi dalam kelas ble jugak.

aih.sabar jalah.nmpknya kena tunggu n sabar.pasti ada hikmahnya.huhu

Feb 6, 2009

lalllala

salam.

akan bertolak k paris sebentar lagi.tujuan?beli souvenirs yang xcukup untuk family ngan bersiar2(xbusan2 huhu)

minggu dpn exam meka n nuklear.tabah jalah~

gtg~~salam;)

Feb 2, 2009

rahsia di hati~

sakitnya bila terpaksa bangun lepas jatuh berkali2.sakit yang hanya ak sorang yang tau.kekuatan yang dibina sedikit2,hampir musnah.dugaan yang maha hebat daripada Allah..semoga dila dapat melepasinya~amin~

Jan 23, 2009

sedih

salam.

hari ni dapat kertas exam french n elektrik.french mmg teruk,elektrik pn.xsmpi 10 markah.french tu,mmg ak mengaku,ak xbt byk latihan kalo comprehension ecrite,ak lg suka ulangkaji grammaire.sedih mmg sedih bila tgk org kt sblh markah tinggi.apatah lagi bila madame cakap patutnya kena lps moyenne sbb itu yg spatutnya kami dapat.rasa bodoh sngt.

n then,elektrik pulak.bila tgk markah tu,hati tu kan,menangis.n skali lg,bila tgk org kat sblh2,rasa INFERIEUR sgt2.cuba pujuk2 hati tu supaya bersabar sbb suma tu mesti ada hikmah.ya,mmg dila bersabar,tapi hati tu xberenti2 menangis.bila habis kelas,madame jouanne,bila dia tgk markah ak.dia cakap

-kalo kamu dapat 9markah tu xbererti kamu bodoh.sama skali x.-

the same word ngan fes2 exam fizik tahun lepas.markah ak paling rendah jgk,8.at that time,bila dia cakap mcm tu,ak rasa bersemangat semula.n alhamdulillah,lps tu exam ak jd ok.skrg?mungkin.n ak akan berusaha lagi.sayang sgt kat dia.mcm paham ja apa ak rasa.huhu

ok.tu ja.lepas ni chimie pulak.harap2 dia xckp

-yg nk ambil chimie lps ni patutnya dapat jawab soklan ni-

hopefully x.coz now,i'm not really ok n ak sgt xsuka bila org push ak.

salam.

Jan 22, 2009

:)

salam.
pic:


tO insa rouen journee porte ouverte:




merci bcp to kak mimi n kak nini.dila sgt2 puas hati dpt pi aritu.harap2 dpt smbg kat sn la ya;)





SnOW in Tours:






05 janvier,tours turun snow.fes day g sekolah jd bersemangat bila ada snow.sedap ja pegang snow.cuma licin la.huhu..

My holiday with my family:


PARIS







ZURICH:

TOURS:

holiday yang sangat best.insyaAllah,2 tahun lagi holiday sama2:)
n aussi,gambar kak effa kawen:


suka sangat.cantik:)
3 berita gembira harini:
-suriah dapat g jepun!!!alhamdulillah!:)(kena survey2 dah tiket g sn..hehe)
-alhamdulillah,duit da masuk;)
-dila tengok berita tadi.obama sudah sign satu kontrak yg cakap,dia akan ttp penjara di guontanama(xtau betul ke x),penjara yang memang terkenal ngan torture dia;tyme pemerintahan bush.sekarang sda ditutup.syukur.;)

esok g angou!hehe.salam;)




Jan 19, 2009

update!

salam.

hampir sebulan xupdate.rekod;p

insyaAllah lepas exam nnt masukkan gambar.byk gambar mau kena masukkan ni.holiday ngan family,snow in tours,rouen n maybe gambar kat angouleme nanti^^

xsabar nak jumpa sayang2ku kat angou sn.xlupa kak zati jgk;p

syukur alhamdulillah.skang ni gaza xkena serang ngan israel lg kan.sebab drg bt gencatan senjata slama seminggu.ekceli,minggu lepas,lepas tengok gambar2 baby yang mati dengan ngerinya,rasa mau nangis ja tengok.kejam.dan effectnya,dila xdapat mau konsentret sangat mau stadi.asyik pikir mcm mn keadaan drg di sana.xsanggup rasanya kalo ada lagi yang terkorban.xsanggup tengok baby mati mcm tu.xsampai ati~
dan sekarang.Allah makbulkan doa dila.alhamdulillah.biarpun sekejap drg xdiserang,itu sda cukup;)

khamis ni exam math 4 jam.ekceli xabis2 stdi lagi coz beribun ja keraja huhu.kalo dlu kat sekolah esknya mau exm mlmnya baru stadi.konon2nya lg msk la.skang?xleh2.glabah ja lbh.msknya x.so,mari kita stdi skang!:)

okai.itu saja.salam~