Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

May 28, 2012

tayang.

time tengah cuci pinggan..

A: nanti suami kak ba mesti sayangkan kak ba
B: eh asal lak?
A: sebab kak ba rajin melaram dalam rumah
B: ohh sebab akak pakai cekak bunga² besar ni eh? ala tu sebab xleh nak tayang kat luar, tayang kat diri sendiri suda, syok sendirila orang kata


cantikkan kan kan? rasa macam princess plang pakai muahahhaa! 

kthanksbye! :p

May 24, 2012

syahdu.


lagu nasyid time form 1.. cepat ja kan masa berlalu? :)

May 23, 2012

BREF

terasa pelik bila:
-duduk bersama² dengan kelompok kita tapi terasa seperti orang asing.
-duduk bersebelahan dengan 'crush' kita yang tahu kita sukakan dia tapi menolak perasaan kita.
-kawan yang kita anggap sebagai kawan baik, yang selalu bersama² dulu di kala susah dan senang, menyepikan diri.

en bref, i'm alone di negara yang asing ni.

nasib baik ada Allah and family, kalo nda aku pun nda tau apa akan jadi.


huh. tolonglah cakap ni sebab pms. aku malas mau melayan perasaan bengong yang menjadi² nih. aaaaaaa

May 22, 2012

shopping-mopping.

salam.

sebulan lebih lagi aku akan balik Msia, iA. so sekarang ni tengah sibuk mencari hadiah untuk mama, babah, faris and nana.

nana
do know that this makcik minat gila gila sama avril lavigne. haritu time pergi ke munich ngam² perfume avril tiga² ada di jual, suma di angkut. lepastu sehari²an tu tersenyum² macam orang angau. haritu plang siap letak di fb lagi mau beli baju avril. t-shirt ni nampak ja macam berbelas² euros tapi sebenarnya capai gakla 25 euros, nda tambah lagi kos penghantaran ~ 23 euros. last² baju yang sebenarnya nampak murah ndala semurah yang disangka. mais bon. aku nda sabar mau tengok macam mana ekspresi muka dia bila aku bagi dia t-shirt ni. i hope she likes it.

faris
haritu sebelum diorang datang sini si awangku ni suda mintak belikan kasut rugby. sebab aku selalu sangat garang sama ya so aku pun belikan, jarang dia berani mau minta² sama aku ni (mesti nda kena layan oleh mama sama babah ni, brapa banyak suda kasut bola dia tu, macam nda boleh pakai jak kan). then mintak belikan plang jersey rugby france. usha² di tenet tu diaa 75 euros yuu. ampun la dik, macam nda berbaloi ja kaka tingu jersey yang nipis tu harga macam tu haha (so nda berjiwa lelaki sorilaa). last² cari punya cari dapat ni:

harga lepas offer 15 euros, harga asal 76 euros. okla ba tu kan, ada tanda nike sama tanda ayam lagi, asalkan ada haha. kejam sungguh kakakmu ini.

babah
babah jenis yang pendiam, so memang susahla mau tau apa yang babah mau. lagipun, babah jenis yang pentingkan kami anak², kesian jugakla kadang² tengok sebab kami ni berabis² shopping tengok² dia satu apa pun nda dapat. sampaikan mama kalo mau shopping barang babah selalula bebel pasal sikap babah tu, 'luan hantap mendulur anak, sampaikan diri sendiri pun nda lurih apa²'. so haritu time kami tengah holiday, aku tengah bebel @ gaduh sama faris or nana pasal ipod/mp3, tiba² babah cakap, " kak, mp3 kaka yang kaka kasi babah tahun lepastu rosak rupanya, nda dapat dipakai". tahun lepas time diorang datang melawat aku di béthune, babah ternampak mp4 pink yang ex aku kasi yang memang terdampar jalah di almari sebab aku beli suda ipod barukan, proses mau melupakan si dia la kunun, uhuk. that was when babah minta mp4 tu, aku pun kasi jalah, daripada aku buang mp4 tu mcm barang² dia yang lain, baik aku kasi babah, ada jua pahala kan cewah. but it turns out rosakla plak tu mp4. tahukah anda perasaan aku time babah cakap macamtu? rasa kesian sangat sama babah. gaji beribu², tapi beli barang untuk dia berkira sebab suma pun kasi dekat anak and bini. ok siyes aku sedih. so aku bercadang mau belikan babah ni:


ok x rasa²nya? harga dia dalam 50 euros, not badla bagi aku. ak nda mau belikan babah ipod sebab kena guna itunes suma, leceh. kalo pakai yang macam ni senang, just sambung kat pc then boleh masukkan lagu ja terus, kan? ka cari lagi yang mahal sikit? hurmm. nda cukup survey ni, nanti kena survey lagi.

mama
time kami berjalan² di pasar di amsterdam haritu, kami jumpa satu beg hijau ni, cantik bangat, memang original leather lah. tapi last² mama belikan untuk nana sebab beg tu kecik and style dia tu ngam untuk orang muda². harga pun ndalah mahal sangat, dalam 30 euros jak. tapi lepastu di munich and paris memang mama  berusaha gila² lah mau cari beg yang serupa ngan tu. susah kut mau cari warna yang serupa ngan beg nana tu, yang leather and nda mahal sangat and yang menepati cita rasa mama. so last² mama nda jumpa satu pun. so aku kira mau kasi mama handbag. tadi usha² suda, ada 4 ni yang aku suka:

99,95 euros
22,50 euros (bukan leather betul, leather synthetic)


94,95 euros



82,95 euros

kalo ikutkan warna, yang 2nd one tu lagi dekat ngan warna beg yang nana beli haritu, tapi bukan leather betul, tu yang sayang tu. tapi kalo ikut apa yang aku suka, aku suka yang the third one, then the first and last but not then the fourth one. hhehee. sebabnya mama cakap dia mau handbeg yang boleh di bawa pigi orang kahwin, so i think yang no 3 tu ok jugala. kena fikir dulu, karang mama nda suka plang. tahu ja mama tu cerewet sama jer macam i hiks. tapi kalo mama nda mau, bagi dila pun boleh muehehhee

so bermulalah dilemma aku. mudah²an malamni aku mimpi yang mana satu aku patut beli. 

till then.

May 21, 2012

kiv dulu.

salam.

alhamdulillah hari ni berlalu dengan tenangnya. habis lab kol 6 petang tadi, then pergi cv post usb iphone ipeyn (terbawa balik nda sedar uhuk uhuk), pigi beli barang sket and then makan kebab sorang². ni baru ja lepas masak mee kari untuk makan tengah hari esok. kiranya lepasni mau solat maghrib and isyak jamak terus sebab skang ni pun macam mau tertidur² suda, penat berdiri seharian harini, macam besalah. oh well, i love my work now, eventhough kadang² pagi² macam pagi tadi malas gila gilaaa la hai mau bangun. ça arrive à tout le monde, non? :D

tadi merayau² blog hopping and then ada sorang ni sebut pasal film ni. aku nda tau pun kewujudan film ni, esok malam aku pigi tengok, ni nda larat suda. tengok di youtube pun boleh juga..jom tengok sama²!


till then! :))

May 20, 2012

Besançon

salam.

untuk weekend 4 hari minggu ni, aku pergi ke Besac. hajatnya hanyalah satu, iaitu pergi memanjat Citadelle de Besançon. for more info, click here.








cantik kan? aku suka gila tengok. ekceli this is not the first time i have been to Besac, tapi tiap kali pergi mesti xberkesempatan mau naik Citadelle. maklumlah, dulu² pergi sana untuk berprogram, so xdak masa nak naik. apa² pun, bila pergi sana betul² menggamit memory lah. teringat ngan akak² Cohort 1. rindunya ngan diorang. paling last pun ak pergi sana bulan 4 2 tahun lepas, time tu kitaorg pergi berjaulah sama² pergi ke ceruk Swiss naik kereta ramai². siyes best. rindunya..


semoga diorang dirahmati Allah selalu. amin.

May 16, 2012

result sem 6.

salam.

time tengah syok² tengok cerita korea tadi, tiba² Izyan kol. fikir kol saja², rupanya kol sebab mintak teman tengok result! mulalah hati berdebar² nda menentu. cek² teda pun. skalinya scroll down nah ko itu dia result² ko!


ADM : lulus
AJ : gagal

first impression, tengok ja word AJ terus frust. napa tiba² ada menyelit satu gagal? aaa kena repeat paper la ni? :( then tengok markah average untuk UE lain (yang dibulatkan merah) and then try kira markah general rasanya macam lepas. so nda payahla repeat. ya Allah.. siyes bersyukur gila. Allah sajalah yang tau betapa banyak mainnya aku sem ni. konon mau try study last minute and nampaknya menjadi hihi okla nda buat lagi nanti :D

aku tengah hepi gila ni. alhamdulillah. Labuan will see you soon!! can't wait! :D

rasa pelik tengok word gagal. paling last gagal pun dulu time form 4 untuk subjek fizik. hurm main lagi fadhilah jangan nda main ><

May 14, 2012

update.

salam.

just a quick update about today. 
* waktu kerja harini:
   9h-12h30 then 13h30-19h00. first time balik rumah yang paling last skali. kewl.
* then went to midah's house, dia ajak makan sama. ça fait vraiment du bien bila penat² balik kerja and then ada orang masakkan. siyes xtipu.
* baik² hari ni berlalu dengan riang gembira tanpa apa² masalah, tiba² terdengar nama² yang xingin di dengar. so sekarang tengah kawal mood supaya nda nangis emo². 
* tengah try resepi baru. xtaula aku sanggup or nda mau ambil gambar karang mau taruh di blog. ponek like hell.
* oh ya buat yang menetap di France, mehlah vote untuk mereka!


* minggu ni weekend 4 hari lagi. khamis cuti sempena l'ascension, then jumaat pont. aku rasa aku memang kena keluar dari rennes la. stay di rumah sorang² boleh jadi gila. 

itu ajer. mau usha tix train untuk weekend ni. then mau tdur. take care.

May 10, 2012

lunyai.

salam.


baru balik dari labo. lunyai gila rasa. dari pagi tadi kol 9-12h then dari 13h30-18h20 buat experiment ja. kalo duduk ak xkesah, bdiri memanjang ni yang aku lemah.

nilah realiti hidup seorang chemist. aku tau ja ada yang kena lagi lama dari aku. ada yang kena buat experiment dari kol 8 pagi sampai kol 8 malam. muahhaha. terbaikkk.mudah2an ak xkena amin :p


oh merepek. so untuk stage/praktikal ak kalini ak buat nanofiltration of liquid ionics. frankly speaking, ak memang takut nak buat tajuk ni. bukan pilihan ak pun tapi ak tau ni mesti yg tbaik, walaupun kena kerja ngan pression which ak sangat fobia since iut lagi. cikgu alhamdulillah sangat membantu and sangaaattt baik. siyes. ak pulak yang segan sebab dia terangkan kat aku dengan sejelas2nya lah. sampaikn budak praktikal dia yang lain jeles, asal time kami dulu cikgu xbuat mcamni? hehehee.


tiba2 trasa mau tukar kos. jadi suri rumah sepenuh masa boleh? hee. ok laisse tomber. daaa!


Published with Blogger-droid v2.0.2

May 8, 2012

dia bukan untukmu.

aku tau dari dulu lagi yang aku x layak bergandingan dengannya.
siapalah aku. dia enggang, aku pipit.
nampak saja dekat, tapi sebenarnya jauh dari genggaman.
aku try untuk kawal perasaan aku.
tapi bila dia dekat, hati aku automaticly berdegup kencang.
cuba menidakkan perasaan yang mula bermukim di hati, tapi semakin di tolak, semakin mendekati.


aku takut dengan masa silam aku.
aku takut dikecewakan lagi.
bila aku suka ngan orang tu, orang tu mesti nda suka aku.
and aku macam rasa, aku xakan kahwin pun nanti.
sebab aku rasa aku memang ada nasib malang ngan lelaki.
lagipun, aku xcantik, xlemah lembut, xreti ngan budak², xreti mau berhias², xreti untuk beramah mesra.
ya, banyak sungguh kekurangan aku.
nampaknya memang xkahwin la aku..


down. and tiada semangat. it feels like i'm alone in this world.
but I know that I have HIM.
ya Allah, jika benar dia jodoh aku, tunjukkanlah aku ke jalan yang engkau redhai.
tetapi jika dia bukan untukku, hapuskanlah perasaan yang sudah berputik dengan mekarnya di hati ini.

May 7, 2012

St. Malo

salam.

semalam aku membebel² busan nda tau mau buat apa kan? so harini bila midah ajak aku pergi ke St Malo ngan ada sorang abang ni yang datang dari Malaysia atas urusan kerja, aku pun tanpa soal pun berstuju (walaupun kondisi tengkuk aku yang rasanya makin teruk, mau solat kalo rukuk tu siyes rasa mau nangis). oh well, better dari berkurung dari rumah kan? nanti lambat baik plang. ahaks!









siyesss best! bila tengok pantai lepas beberapa lama nda terjumpa pantai memang rasa macam mau melompat pun ada! tapi last² nda lompat pun sebab tengkuk sakit soo terpaksa kontrol ayu. uhukk. ndapa. Labuan i'm coming bebeh! wait for mee!!!

sekian saja laporan dari sayer.daaa.

p/s : rasa lama gila nda letak gambar banyak² macam ni di blog. am i getting old or something? @_@

May 6, 2012

KAMI

salam.

2 sorties in just one week. it's true dat dulu ak rasa awkward gila ngan Rennais, tapi lepas Rennes Games haritu and lepas sorties² ni, rasa macam i'm a part of them. tapi sedih. tahun depan ada yang mau pindah, ada yang mau habis study suda.. harapnya this friendship will never end.

  sortie sempena Lesley mau balik msia rabu lepas, so pergi makan couscous malamtu sama² ngan Rennais



 these 2 pics baru ja ambil tadi. buat picnik di Parc de Gayeulles..siyes banyak sangat gelak. yep, I have a lot of fun today! thanks guys! =D

ya, perempuan memang sikit dari lelaki. normal. kata amek engineering kan.. tapi ndapala, dorang ni sumanya baik ja :))

p/s: nda tau apa mau buat esok sama lusa. cuti mmangla best tapi bila kena sambut sorang² bosan lak. ada idea apa mau buat?

May 3, 2012

shopaholic.

salam.

dulu, aku jenis yang xreti shopping. baru² ni ja barulah aku belajar and kenal kebest-an shopping ni. malangnya, aku nda tahan bila kena shopping lama², fikir and decide dalam masa yang singkat mana satu yang mau dibeli is not my forté. nda sampai sejam mula lah aku rasa pening mau muntah. so passion aku yang baru ni mesti akan tergendala..

x ape. kita cari pula solution lain, iaitu, shopping online!! hurm, yang ni aku memang pandai. SANGAT pandai. dalam masa beberapa bulan ni (sejak balik france) banyakkk barang aku beli dari internet.

sofa, meja study, katil, rak buku, rak kasut (~ 500 euros)
kamera (~ 200 euros)
hp samsung galaxy s2 (~ 90 euros)
oven (~ 70 euros)
and last but not least, baru ja beli beberapa minit lalu,


marilah berdoa semoga aku akan menggunakan ebook reader yang baru aku beli ni untuk menerrerkan lagi bahasa inggeris and peranchisss aku yang sudah macam tongkang pecah ni. aminnnn.


p/s : cantik x etui dia? heee.

daaa.

ghambuttttt.

waktu peperiksaan..
me: napa aku rasa serabut niiii
izyan: haa aku tau, rambut ko tu. ko g ikat cepat
me: eh yalah, xberapa serabut suda

tadi..
serabut. malas masak. amek klip g kepit rambut terus ok.

serabut jugak tengok rambut banyak gila di atas lantai. kalo boleh jual kan bagus.

kesimpulannya : i think i better have a haircutlaa. heeee

May 2, 2012

kejutan.

salam.


currently at labo tempat aku bakal praktikal for the next 1 month. for the moment, orang2 sini sympa (baik).


kejutan budayanya? doing the thing that i always avoid since living in france : buat bisous ngan orang lelaki. hailaa. hati pun suda rasa lain macam sekarang. aishhh. tabah jalah. sebulan lebih ja fadhilah. bisous ja, bukan kena suruh buka tudung terus. huhu.


Published with Blogger-droid v2.0.2