salam!
rasa lama gila nda update blog ni. slalunya kalo weekend adala aku membebel² kan, minggu ni exceptionnel sket.ni nak crite le ni :p
Khamis lepas,kami cuti sebab ada forum pasal kerja.that doesn't really concern us,so aku ngan kawan² french aku buatla rdv untuk jumpa buat discussion pagi tu kol 10 pagi, then kol 2 stgh petang tu ada interview gitula ngan cikgu english kitaorang. macam besala,search sket² di tenet,lepastu blah g discussion. bila balik rumah and try mau online, tiba² tengok tiada connection. bila cek² rupa²nya electrik tiada. ya Allah, rasa tensen sangat! baru ja dalam perjalanan balik tu fikir mau pegi intermarché (supermarket) beli barang mau masak ajak budak² ni datang umah, memang kena kensel la plan! dudukla aku di sofa, nangis kuat² sana. time tu satu ja aku fikir," kenapa ujian ni asyik datang dekat aku ja? kenapa?? " lama la jugak aku nangis, and then macam ada suara yang kata " everything's gonna be alrite. so just stay strong". so aku bangun dari sofa, lap airmata aku, and aku pegi amek penyapu g sapu rumah. siap ja sapu suma² tu hati rasa lapang balik :)
abis ja interview ngan cikgu, aku teruskan plan ak g intermarché, tapi bukan mau beli barang makan, tapi mau beli fuse! dulu di Béthune selalu jugak rumah aku teda karan n kebanyakan prob tu datang dari fuse. so semangatla beli fuse kan. balik² try ganti xjadi gak. last² terfikir mau call electricien walaupun time tu sda 16h15 and aku rasa kemungkinan orang tu mau tolak permintaaan aku tu sangat tinggi, yalah mau abis waktu kerja sdakan. and alhamdulillah, bila call, pakcik tu tengah dalam kereta, so in 15 min dia sampai umah.muka pun berseri² balik.tengok² bila pakcik tu datang dia cek xda prob apa² pun. so it must be the electricity la prob nya! ok, DOWN.
tryla kol pakcik EDF.
pakcik: elektrik yang kamu guna sebelum ni ekceli guna contract penyewa sebelum ni punya nih.
me: tapi pakcik tiap² bulan duit saya kena potong dari akaun.
pakcik: eh xdala, ni bukan contract atas nama kamu ni, penyewa yang lama punya.
me: tapi saya guna contract saya dari bethune dulu, saya sda tukar alamat ke alamat saya yang lama ni sebelum pindah bulan 7 haritu, sepatutnya sekarang ni elektrik tu guna contract saya lah kan.
pakcik: ehh bukan bukan. penyewa lama punya nih! pegi kol **** and buat kontrak baru. bukan kontrak kamu ni.tapi jangan harap sangat ngan elektrik kamu akan disambung minggu ni jugak, kena ambil rdv dulu and dalam beberapa hari barulah dapat elektrik.
and time that, siyesly I really wanted to cry.aku tryla kawal suara aku yang memang sda serak² sebab tahan nangis and kol no tu buat contract baru n fix rdv. nasib bek akak tu baik. bila mau fix rdv tu tengok² availablity technicien yang paling awal pun 25hb!!! and that time, memang rasa nak nangis gila laaa.cakap la ngan akak tu,minta tolong dptkan rdv yang awal sket. last² dapatla 18hb,tu ja yang paling awal, tu pun kena cas 30 euros, xpala, aslkan sumanya baik² aja. bermula lah hidup aku dengan environment yang baru. susah tau sebenarnya teda karan ni.mau masak nda boleh (sebab aku guna plak elektrik untuk masak), air panas untuk mandi teda, no internet, mau cas hp and pc nda boleh, nda boleh letak barang di frigo, basuh baju guna washing machine pun nda boleh!(ouh sorry, xmenla nak basuh guna tangan yer haha ngada gila :p) so, banyak kan nda bolehnya? and I managed to survive despite all that obstacles! :)
-masak and cas hp, aku guna plug di luar ni. hihi.kadang² tu mcm tersentapla jugak bila dengar ada orang keluar. pelik juga tu di koridor tempat orang lalu lalang tiba² ada cerek or rice cooker kan kan kan? haha! hantamla kamu, asalkn aku hidup :p
-barang² basah di frigo banyak kena buang :(
-lampu? guna lah lilin!!! ^^
-sejuk? xda heater? pakaila sweater, or berselubung la dalam comforter kan kan kan? =D
-teda air panas mau mandi? nah baru ko rasa! mandi sekejap ja sebab ya rabbi sejuk !!!! rasa mau demam mandi, tu baru sekejap, kalo lama nda taula apa jadi~~
bukan teda orang yang ajak aku stay kt umah dorang, adaaaaa.orang² rennes ni concern² ye.jangan xkata xconcern lak. ni haaa, miss nurul fadhilah matasan ni yang mengada² tolak. kononnya sumanya baik² aja. cewah bajet cool la kan :p tapi betullah, bila lagi mau dapat pengalaman ni, lagi pun, aku mau tau sangatla apalah hikmah disebalik ujian ni. nak sangat! so kalo mau tau kenalah stay, barulah dapat jawapannya ye dak? :)
bila aku fikir², ni mungkin satu teguran yang Allah mau kasi kat aku.I received my new camera last tuesday, lepastu my new hp plak sampai hari khamis. tengok² pap! khamis tu xda karan! so bagi aku Allah mau tegur aku supaya jangan membazir sakai sangat beli barang aa. tengokla, bila xda karan suma pun kena berjimat, guna hp/ kom pun jarang sebab xmau bateri habis, air tu memang berjimat sgtlakan sepa mau mandi ngan air sejuk :p, lepastu jimat² gak pakai lilin sebab malas mau beli baru di kedai. ironic kan? :)
alhamdulillah, after 5 days of suffering, akhirnya selasa tu aku ada karan balik. memang xdapat digambarkan dengan kata² bila tengok ada lampu,lepastu boleh masak, boleh cuci kain, boleh mandi dengan air panas dengan bahagianya, ya Allah memang bersyukur gilalah!waktu aku tengah mengaji malamtu I found this:
Janganlah sekali-kali kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan hidup yang telah kami berikan kepada mereka (orang kafir),dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah hatilah engkau terhadap orang yang beriman. (16:88)
ekceli ayat ni sangat bermakna bagi aku sebab apa yang ayat katakan ni memang apa yang aku rasakan minggu tu. kenikmatan hidup? blackout tu la :p. jangan bersedih hati terhadap mereka? haa!ni pun masalah gak. siyesly aku rasa mau eskep ja kelas hari rabu tu sebab kena g lab, and aku group ngan budak french ni yang memang urghhhhhhh fikir she's so perfect and so on so on. bila dapat ayat ni, i was like, ok, walaupun hampir tiap hari rabu lepas keluar dari lab aku akan nangis sebabkan dia, I'll try to bear it tomorrow, tegur dia macam dia xpenah sakitkan hati aku, xpenah bung aku and xpenah jadi reason aku nangis tiap² kalo lab sama dia.
rabu tu, bangun² tidur aku doa sangat yang haritu everything's gonna be alrite, sumanya akan baik² aja and at the end of the day aku xakan nangis macam hari² rabu sebelum ni.and guess what? haritu tiba² xda apa² krisis ngan dia! apa² jawapan or kira² yang aku buat dia tanya aku, sebelum buat keputusan dia diskas gak ngan aku, and aku pun try gakla untuk respon ngan dia, try gak tanya² kalo aku xpaham, try kasi idea cemana mau siapkan soalan eksperimen. and by 16h44, we already left the lab eventhough we're supposed to finish at 17h30!!! haha on est trop fortes! :p nilah fes timenya aku keluar dari lab sambil tersenyum and tanpa lekang mulut aku mengucapkan syukur alhamdulillah berulang kali. and once more, Allah gives me another ayat for me yesterday:
Dan sungguh, kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu antara orang yang bersujud (16:97-98)
Subhanallah! memang rasa sayu jalah bila baca ayat² ni.it was like, He was always there listening to my doa all these times, bila aku katakan yang aku xsanggup lagi berdepan dengan budak nih, sebab siyesly, u feel like u're being humiliated, underestimated, macam ko sangat bodoh tau! dan tengoklah, hari rabu yang aku mau sangat² avoid sebelum ni, menjadi hari yang sangat bermakna untuk aku.Thanks Allah! :')
ouh ya, pengajaran yang aku dapat haritu; jangan jadi pesimist, be optimistic :) and xlupa jugak, apa² pun yang terjadi, be strong, because everything happens for a reason! mungkin apa yang terjadi tu bukan kehendak kita, tapi mungkin ianya akan bawa kebaikan kepada kita. who knows? :)
apa² pun aku harap aku dapat kongsi something dengan korang dalam post ni. sorilah, post aku kali ni is a little bit meleret (hehe) , so thanks for ur time for reading this! take care kamu² suma!! ^^