salam.
harini bolehlah di katakan sebagai hari yang malang untuk aku.. start pagi tadi dengan terbangun lambat sebab hp habis bateri so alarm ndala berbunyi. tengok jam kol 7h35, kelas pukul 8 pagi! first timelah kena macam tu, paling lambat pun aku terbangun 7h15.tapi ni.. try sabarkan hati walaupun adalah juga rasa gatal tangan tu mau humban hp tu dari tingkap bilik aku ni sampai ke bawah time tu jugak!
lepas kelas tengah hari tadi, kira mau ambil titre de sejour (tds) @ ic. pergi ke ueb ( université européenne de bretagne), sebab aku buat tds dari sana.. tunjuklah récipicée ( ic temporary) kat makcik ueb dengan harapan dia bolehlah bantu aku. then makcik tu pun cakap sambil tengok récipicée, " kamu dari Arras eh? kalo kamu dari region lain memang lambat dapat. sebab nak pindah²kan file tu yang lambat. nanti kamu pergi ke prefecture (imegresen), and cakap nak sambung balik tempoh recipicée kamu ni eh. kamu pergi minta haritu pun boleh dapat".
buat seketika, aku lega bila makcik tu cakap yang benda alah tu akan siap haritu jugak kalo aku mintak. bolehla aku melancong dengan tenangnya bulan 2 ni. tapi, how about my CAF?? dari bulan 7 lagi nda masuk² duit, sekarang sudah bulan 1. nampaknya lambat lagilah mau masuk ni :( ya, service di france ni memang macam SIPUT. yang lagi worsenya, ic tu setiap tahun kena renew. contohnya ic aku habis tempoh 30 sept haritu yang aku renew tapi sampai sekarang nda dapat². jangan² bulan 2 ni baru dapat. bayangkan 5 BULAN menunggu. then bulan 9 nanti kena renew lagi. memang sakit ati lahhhh aku ngan france nih!
okie. cool. lepastu sncf (syarikat train) ni pulak yang cari pasal ngan aku. huuu. rasa nak nangisla. siyes macam urghh!!
kbai.
No comments:
Post a Comment