Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jan 1, 2012

Sejarah melayu.

salam.

Sempena masuk tahun baru ni, aku mau kongsi pasal sejarah melayu. Dari mana asalnya nama melayu? ada orang kata melayu sebab orang melayu ni selalu 'layu', ada lagi pendapat kata sebab "melayukan diri depan Tuhan", ada pulak pendapat yang kata asal usul nama melayu ni berasal daripada sungai Melayu yang wujud di Palembang.


Bilakah sebenarnya sejarah melayu ini bermula?

Ada dua pendapat:
1) First, ada pendapat mengatakan melayu ni berasal daripada Empayar Srivijaya, kurun ke-6 or ke-7, yang terletak di Sumatera, dipisahkan dengan selat Melaka. If we were to look back, time tu Kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin or zaman nabi. Rasulullah lahir pada 571/572 M and wafat pada 600+ M. Memang cool gilalah! Tapi time tu orang melayu masih lagi beragama hindu.

2) Lepastu ada satu lagi empayar yang lagi tua dari tu, Empayar Langkasuka yang berpusat di Kedah. Kalau tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa itu ekceli cerita tentang penubuhan Kerajaan Langkasuka lahh. Bila diperhatikan, Raja first dia Raja Merong Maha wangsa, sampailah ke keturunan dia yang bernama Merong Maha Pulisat (bunyi siam² sket sebab Kerajaan dia meliputi bahagian siam juga).Kenapa Langkasuka? sebab di sana orangnya suka bersuka ria (hahaha ok yang ni memang comel :D ) Kemudian sampailah ke keturunan yang rajanya masuk islam, nama Langkasuka tu ditukar menjadi Kedah Zamin Turan. Dulu, pusatnya adalah Gunung Jerai. Zaman kurun ke-2 M, Gunung Jerai tu bukannya gunung ye, tapi pulau. Which means, melayu ni wujud dari zaman 2M lagi, time tu Nabi Isa baru meninggal, baru diangkat ke langit. Mantapkan??

Tapi kenapa kalau kita cerita pasal Melayu kita akan cerita pasal Kerajaan Melaka? sebabnya Melaka nilah yang memberikan impak yang besar dan kuat terhadap sejarah melayu, sebab ia adalah empayar melayu islam yang sangat kuat. And empayar dia ni bukan Melaka ja eh, sila tengok gambar di bawah.



If we were to take petikan daripada  Lopez de Sequira, orang Portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1509, 2 tahun sebelum kejatuhan Melaka, beliau ada mencatatkan,
"Melaka terletak di sepanjang pantai siam, di permukaan sebuah sungai yang kecil. Ia berjauhan dengan sebuah liga (?) bersebelahan dengan sebuah pantai. Ia panjang dan tidak terlalu sempit. Melaka mempunyai populasi sebanyak 30,000 orang. Terdapat kebun yang mewah, dan air yang segar. Bahan-bahan lain di import. Ada sebiji buah yang sama seperti artikoq (?) sama seperti citron dan ia dipanggil durian. Rasanya sangat sedap. Sehingga ramai orang luar yang menetap di bandar itu hanya kerananya. (LOL). Bandar itu di bahagikan kepada dua, dan dihubungkan dengan sebuah jambatan kayu. Terdapat banyak rumah batu. Rumah yang lain diperbuat daripada kayu, dan bumbungnya beratap. Sultan dan orang tempatan adalah orang islam. Terdapat juga istana-istana yang cantik. Rakyat di situ adalah melayu, yang berkulit warna coklat gelap. Bahasanya senang dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan tertib. Mereka suka lagu (sampai sekarang kut lol), dan hidup dengan gembira. Mereka juga merupakan tentera yang bersedia mati di medan petempuran"

Ada jugak orang portugis yang mencatatkan sifat² orang melayu as:
" Lelaki-lelaki melayu adalah merupakan orang yang segak. Kemudian perempuan-perempuannya pula, adalah merupakan perempuan yang jelita"

Sebenarnya, kalau ikutkan melayu memang hebat. Tengoklah, Lopez sendiri yang catatkan yang dulu di Melaka ada banyak rumah batu and istana-istana yang cantik. Rumah bukannya suma rumah kayu, tapi rumah batu. Istana pun bukan satu, tapi banyak okehh. And then kenapa diorang boleh jadi hebat? Sebab diorang menguasai sepanjang selat Melaka, which is I think, diorang ambil daripada zaman kegemilangan Islam dulu. Kenapa dulu Islam hebat? Sebab Islam menguasai Lautan Hindi. Sehinggakan suatu ketika dahulu, Melaka diakui oleh orang portugis dan orang cina, sebagai satu kuasa yang kuat. (okeh wow di situ><)

For me, apa yang kita belajar di sekolah menengah itu menarik, tapi aku belajar banyaknya untuk exams, walaupun aku minat sejarah. buktinya, aku xla ingat semua peristiwa² sejarah yang aku belajar dulu tu, sebab kita just belajar apa yang tersurat, tetapi bukan yang tersirat. Kalaulah aku belajar sejarah macamni, dengan lebih mendalam, kenal asal usul aku dengan baiknya, I think dat aku akan ingat semua² yang aku akan belajar. Because bila sda besar ni, aku suka betul mahu cari siapa aku. dari mana asal usul aku, les choses comme ça la. And bila tengok video ni, semangat balik. Aku orang islam and orang melayu, dan aku mesti boleh buat macam apa yang datuk moyang aku buat dulu. What about you? Jom kita sama² semangat! ^^

Sumber:


rasanya kalo tengok video lagi besh kutt. hehe. till then! :D


No comments: