Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jan 30, 2012

suri rumah.

salam.

baru lepas tengok movie Julie & Julia. dua orang wanita dalam cerita ni bekerjaya, tapi suka memasak. ada husband yang loving and memang support apa ja yang diorang buat. tiba² aku terasa mau jadi suri rumah sepenuh masa and masak sedap² ja untuk my husband and my children in the future.. possible tak rasanya?

Jan 27, 2012

Isteri.

me: mlat aku rasa mau kawinlaaaaa

mlat: haaa kawinla

me : susahla mau cari.aku ni cerewet.aku hanya akan terima lelaki tu kalo aku respect dia and percaya dia boleh bimbing aku,ko tau jugakkan aku ni cemana.macam dalam filem KCB,dia cakap pilih suami kenalah pilih bagus2,sebab melalui suamilah kita masuk syurga.then lepastu kalo nda silap ak ustaz azhar idrus ada cakap,kalo perempuan better cari laki yang boleh membimbing,nanti dengan dia2 skali terikut2 laki dia lost.

mlat : tapi aku tak setuju sangat. Bagi aku perempuan ni ada influence yang besar gak kepada suami dia. Kalo suami dia nampak dia solat,walaupun dia tak solat nanti dia solat sebab nak jadi baik macam isteri dia. So tak semestinya kalo dapat suami yang xbaik tu kita pun akan terjebak.

me : tapi tu pun kalo laki dia sayangkan bini diala.kalo dia xsayang mana dia nak ikot.

mlat : haah tulah..


So..

Pendapat kamu pula macam mana?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jan 24, 2012

Result exam.

salam.

akhirnya setelah dari minggu lepas lagi menunggu, harini keluar jugak result exam final sem 5 bulan 12 haritu. guess what? kali ni result aku xla seperti yang aku jangkakan. voilà result saya sem lepas:


alhamdulillah sem 5 lulus.. bersyukur, walaupun sedih bila tengok subjek kegemaran, atomistique dapat 10, chimie orga and séparation yang confident jawab time exam dapat 10.

kecewa. try untuk xnangis, walaupun rasa hati tu rasa sedih sangat.so tegur seorang kawan di skype, cerita betapa xpuas atinya aku ngan result aku. sedang aku tengah ss nangis sorang², tiba² dia cakap macamni:

sungguh la x bole tenang kwn ak
ape la big deal sgt
huhuhu
maaf, tu dlm kepala ak berkata
kepuasan ku belajar subjek tak terletak pd exm
barangkali, tu psl ak x kesah sgt markah exm bila msuk uni

terasa macam kena tampar² ja muka tu bila kena cakap mcmtu. ahaks.thanks kawan atas sindiran membinamu itu :)

back to work! 

Jan 18, 2012

speechless.

Salam.

tadi macam besalah tengok news feed kat facebook, tiba² tertarik pasal berita bakal isteri ally iskandar. yang paling catchy pastinya nama bakal isteri dia. dalam hati aku, " napa aku macam pernah nampak ja eh nama bakal bini dia ni? study di korea? hurmm"

aku pun dengan perasaan ingin tahu @ menyebok pon bukak la link yang di kasi tu. pandang lama² muka perempuan tu. cantik. comel. siyesss macam pernah tengok. so taipla nama dia di facebook. profile picnya bertulis AF,ally and farah, macam kad kahwin jugak bila diteliti lama². 22 mutual friends? mesti aku kenal ni.

so aku pun bangunla pegi cuci pinggan bekas sungkai tadi. tiba² terlayar di mata aku wajah perempuan tu dengan hanbok. ya, aku kenal dia. dia sama² preparation ngan aku di INTEC dulu! and aku pernah tengok dia dari dekat time dia menggayakan hanbok masa Intec Games 2007. masyaAllah..speechless dengan memori diri sendiri..speechless jugak bila fikir betapa keciknya dunia ni...


apa² pun aku doakan yang terbaik untuk pasangan ni. semoga berbahagia hendaknya :)

p/s: berharap agar nda ditimbak oleh budak² lelaki yang rapat ngan geng² "korea" hihii

Jan 17, 2012

Geram.

salam.

harini bolehlah di katakan sebagai hari yang malang untuk aku.. start pagi tadi dengan terbangun lambat sebab hp habis bateri so alarm ndala berbunyi. tengok jam kol 7h35, kelas pukul 8 pagi! first timelah kena macam tu, paling lambat pun aku terbangun 7h15.tapi ni.. try sabarkan hati walaupun adalah juga rasa gatal tangan tu mau humban hp tu dari tingkap bilik aku ni sampai ke bawah time tu jugak!

lepas kelas tengah hari tadi, kira mau ambil titre de sejour (tds) @ ic. pergi ke ueb ( université européenne de bretagne), sebab aku buat tds dari sana.. tunjuklah récipicée ( ic temporary) kat makcik ueb dengan harapan dia bolehlah bantu aku. then makcik tu pun cakap sambil tengok récipicée, " kamu dari Arras eh? kalo kamu dari region lain memang lambat dapat. sebab nak pindah²kan file tu yang lambat. nanti kamu pergi ke prefecture (imegresen), and cakap nak sambung balik tempoh recipicée kamu ni eh. kamu pergi minta haritu pun boleh dapat".

buat seketika, aku lega bila makcik tu cakap yang benda alah tu akan siap haritu jugak kalo aku mintak. bolehla aku melancong dengan tenangnya bulan 2 ni. tapi, how about my CAF?? dari bulan 7 lagi nda masuk² duit, sekarang sudah bulan 1. nampaknya lambat lagilah mau masuk ni :(  ya, service di france ni memang macam SIPUT. yang lagi worsenya, ic tu setiap tahun kena renew. contohnya ic aku habis tempoh 30 sept haritu yang aku renew tapi sampai sekarang nda dapat². jangan² bulan 2 ni baru dapat. bayangkan 5 BULAN menunggu. then bulan 9 nanti kena renew lagi. memang sakit ati lahhhh aku ngan france nih! 

okie. cool. lepastu sncf (syarikat train) ni pulak yang cari pasal ngan aku. huuu. rasa nak nangisla. siyes macam urghh!!

kbai.

Jan 14, 2012

Dekat.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

Jan 13, 2012

Bara.

salam.

buat budak² malaysian yang tinggal di france, panggilan bara ni kira sangat sinonimla untuk orang² arab. napa bara? sebab selalu sangat mengumpat diorang, so memandangkan diorang ni di mana² ja, nama arab tu pun di tukar jadi bara :p

tadi kami halaqah jap, terkeluarla cerita pasal bara ni. not a positive one la, mostly cerita pengalaman kena kejar ngan pakcik bara. menakutkanla jugak ekceli, tapi xpala, boleh masukkan dalam kamus experience aku kan. so version aku pulak macamni:

time tu aku masih di béthune. kena pergi ke mana ntah weekend tu, so amekla train jumaat malam sorang². time mau keluar daripada gerabak tu, (tengah tunggu pintu kena bukak sebenarnya), adalah 2 orang mamat bara ni asyik pandang² aku dari atas ke bawah. aku perasan ja, tapi buat dek. bila suda keluar tu aku pun jalanla cepat². bukannya apa, aku kena tukar railway station (gare) untuk amek tren ke destinasi yang ingin dituju. tiba² pakcik dua orang ni block aku dari depan. aku pun blur la. sdala baru bangun tidurkan, memang teda moodla mau melayan. mula² dorang bawa ak cakap arab, aku balasla in french, cakap i speak french, i don't speak arab. then diorang pun tanyala, cik ni dah kahwin ke belum? hamboi..kenal pun x, baru first time jumpa, terus tanya dah kahwin ke belum? gila gatal. so aku pun tunjuk jalah tangan aku. nasib bek ada pakai cincin. and alhamdulillahla, lepas tengok cincin tu terus ekspresi muka diorang berubah and cepat² blah. ahaks.

macam ni ler. tapi xpayahla sampai berinai and gedik² letak cincin kat jari manis. letak kat jari tengah sudaa 

kesimpulannya:
pakaila cincin. nanti selamat dari pakcik bara. and of course, mintalah perlindungan daripada Allah. itu yang paling penting :)

Jan 10, 2012

stage.

salam.

masuk tahun baru, macam²lah kena pikir. salah satunya ialah stage / praktikal. fortunately, tahun ni nda payah susah² taip CV and lettre de motivation mau hantar ke company, sebab tahun ni buat praktikal di lab uni ja. kira mantap gakla diorang boleh keluarkan sampai 70+ tajuk untuk suma student Licence 3 ni untuk stage tahun ni. aku baru tau uni aku ni banyak lab rupanya. ahaks.

how does it works?
mula² tu kena hantar 3 pilihan yang kita berkenan daripada 70 lebih tajuk tu. and then nanti cikgu akan kasi kita tajuk yang kita pilih tu. kalo nda satu, dua, kalo nda dua, tiga. ikut brapa ramailah yang pilih tajuk tu kan. kalo ramai orang pilih tajuk yang first tu maybe dapat tajuk yang no 2. so on so on.ni list yang aku pilih:

1) 23: Traceurs de pollution fécale diffuse des zones conchylicoles : suivi des marqueurs chimiques dans les coquillages.
2) 22: Matières Organiques des Sols : à la découverte de la Terra Incognita moléculaire.
3) 38: Développement de nouvelles réactions de type Friedel-Crafts compatibles avec une chimie respectueuse de l?environnement

tapi..
kemarin dapat jawapan daripada cikgu. 

Nanofiltration de liquides ioniques en procédé batch ou continu - MATASAN Nurul Fadhilah

first impression : blurghhh.
tapi bila di cek² balik apa dia nanofiltration ni, macam menarik jugak.so, I
think that I'll give it a try :)


*sila gunakan khidmat google eh. malas mau translate. hihi



Jan 6, 2012

cahaya.

salam.

alhamdulillah, for the first timenya untuk tahun ni dapat ber'bulatan gembira' bersama temen² kesayangan ^^ usrah yang memang ringan² ja, duration sejam, tu pun aku mintak sebab kalo terlebih nanti aku tidur lak uhuk². sangat suka dengan sesi first kami harini !! so mau kongsi kat blog di samping nanti bolehla aku baca balik kann. sebab aku perasan selama ni apa yang aku salin di buku usrah nda pernah berbaca pun ehehe :D

harini kitaorang buat TnT (tafsir and tadabbur) surah annur ayat 35-43. at first bila bukak ja page tu terus ak teriak : wahhh kita mau buat pasal kahwinka ni? (excitednyaa lah hai kalo pasal kahwin :p ) sebab aku ada lekat kat ayat 35 tu, tulis NIKAH. xsedarla plak itu ayat 32.ceh hampes :p

dalam² banyak² ayat tu, cik mumu paling tekankan ayat 35. ayat ni ayat hafazan time sekolah menengah dulu. tapi napa aku nda ingat? dush² >< berikut adalah terjemahan bagi ayat ni:

Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalamnya tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yng diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (24:35)


Dalam ayat ni, Allah mengumpamakan cahayanya seperti pelita yang dinyalakan dengan minyak zaitun dalam satu bekas kaca di dalam satu bilik yang gelap. Apa yang boleh kita kaitkan perumpamaan di atas ni dengan kita?

kaca : hati
minyak zaitun : Al -Quran

Bayangkan kita blackout, mesti kita akan rasa lost, mesti kita akan rasa mahukan someone to be with us kan (aku pernah melalui saat² itu selama 5 hari so aku tau perasaannya macam mana >< ) Samalah jugak macam perumpaan di atas. Kita tidak mungkin akan dapat hidup tanpa cahaya daripada Allah. Rasa macam lost, gundah gulana suma² lah, terutamanya time examkan memang hebatla tekanan emosi tu kan.Tapi bila kita terai untuk menerangi hati kita dengan Al-Quran, iA, mesti kita akan rasa tenang, rasa confident, rasa macam ada suatu semangat balik yang datang kepada kita :)

Lagi satu, Allah ada menyebut bahawasanya cahaya yang Allah berikan nilah yang akan menjadi torchlight untuk kita time meniti jambatan sirat di akhirat nanti. bestkan?

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Quran) yang telah kami turunkan. Dan Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan (64:8)

Sebagaimana kita berusaha untuk mengekalkan cahaya² di rumah kita, jom kita berusaha untuk mengekalkan cahaya Allah ni di hati kita jugak! macam mana? firman Allah:

(Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang (24:36)


bak kata cik mumu: jadikan cahaya itu sebagai tenaga and semangat untuk kita. (osemnya siap pakai rumus Einstein lagi tu hahaha :p)


till then.

cuti.

salam!

baru berapa hari sekolah dah start fikir pasal cuti? hihihih *senyum comel :D 

kalo diizinkan Allah, iA cuti bulan 2 dan bulan 4 ni aku akan bertemu dengan orang yang aku sayang sangat²! orang jauh ni. dari malaysia sama dari jipun :D mudah²an jadi. amin.



London and Amsterdam bersama yang tersayang.. ouh mesti best! nda sabarnya!^^

take care and bon weekend! :)

Jan 4, 2012

hari yang..

salam.

harini hari rabu. esok hari khamis. persamaan antara 2 hari ni ialah : aku tiada kelas langsung. best x? bagi aku x.

mau tau napa?

sebab bila aku sorang² mulalah emo aku datang. lepastu stalk orang sana² sini. merepek xtentu hala. hailaaa. perempuan. tapi kalo ada siapa² yang boleh cadangkan aku history documentary yang menarik untuk aku tengok aku sedia untuk tengok. bahhahaha. ntahla. susah mau cari di youtube. tulah jadi bosan tu.

tapi, jangan suruh aku study. bukan aku benci mau studyka apa, tapi sebab aku baru ja start semester 2, so apa ja aku baru belajar? kemarin pegi tutorial jap, then kelas komputer. tuu jeee. tu pun balik² pegi buat balik latihan time kelas komputer sebab bosan tahap gaban. boleh bayangkan x kebosanan aku tu? aku yang nda suka apa² pasal info pigi buat  balik latihan dialaaa. kagum aku. haha.

saya taula saya ni comel, tapi janganla pandang lama². malulaa hahha :p

pesanan gadis comel:
buat yang sudah start bersekolah, selamat bersekolah! and buat yang menghadapi exams minggu ni, courage et bonne chance! ^^

kbai.

Jan 3, 2012

nak kopi pes!!

worth nurul
insyaAllah, Dia akan balas sesuai dgn pengorbanan kamu
ak yg ak view life ni, adalah ada benda kita kena bekorban
banyak sikit tu Allah tentukan
but Allah will 'pay' it back

contoh mcm Mas Azam dlm ayat2 cinta kan
die korban keinginan dia  dlm blaja utk family
die bekorban utk kwl nafsu
nk contoh lg elok, tgok je sirah nabi
Nabi rasa un easy duduk dkt makkah
nabi lari ke gua hira'
just to search the ans for
'who am i?'
who is my lord

trimas kawan. *senyum balik dengan mata panda :D

Jan 2, 2012

Membesar.

salam.

selalunya bila aku busan aku akan buat benda² nih (disusun ikut kebiasaan) :
-tengok movie/tengok drama
-buat projek masak
-stalk blog orang
-baca novel/buku
-tengok history documentary
-buat cross-stich
-and last but not least, pegi tengok gambar and video time muda² dulu.

malamni, memang sampai tahap bosan gaban suda. so pegila tengok gambar and video zaman dulu. and tiba² rasa macam helpless bila duduk sorang² macamni. macam mana aku mau hadapi 2 tahun lebih lagi berseorangan macamni? huaaa. bestnya bila ramai², ada kawan². and bestnya kalo dapat di ulang kembali masa² dulu..

masuk 2012 sdakan sekarang ni? sedar nda sedar 4 tahun lebih sda aku di France ni. rasa macam baru semalam ja aku sampai di sini. tup tup, jadi kakak sda kyaaaaaa. rasa macam pelik lak bila pergi program ada yang menyangka aku ni first year di sini. and I was like, woahhhh. umur saya 22 tahun dahla, ahaks. terasa tua la plak. nak petua x? petuanya senyumlah selalu macamni:


bahahhaha poyo gila rasa. silalah jangan menyampah dengan saya yeee makaseh :p

ni salah satu video feveret aku time preparation dulu. sila abaikan kegedikan aku dalam video ni yeee meghhsii ^^ *aku paling suka part paling last vid ni. punyala lawak :p 



ehh tadi mode taching² ni jadi mode gedik lak. ahaks. sowiee. tandanya kena tido la suda ni. bonne nuit! 




*credit to encik amin for the video.

Jan 1, 2012

Sejarah melayu.

salam.

Sempena masuk tahun baru ni, aku mau kongsi pasal sejarah melayu. Dari mana asalnya nama melayu? ada orang kata melayu sebab orang melayu ni selalu 'layu', ada lagi pendapat kata sebab "melayukan diri depan Tuhan", ada pulak pendapat yang kata asal usul nama melayu ni berasal daripada sungai Melayu yang wujud di Palembang.


Bilakah sebenarnya sejarah melayu ini bermula?

Ada dua pendapat:
1) First, ada pendapat mengatakan melayu ni berasal daripada Empayar Srivijaya, kurun ke-6 or ke-7, yang terletak di Sumatera, dipisahkan dengan selat Melaka. If we were to look back, time tu Kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin or zaman nabi. Rasulullah lahir pada 571/572 M and wafat pada 600+ M. Memang cool gilalah! Tapi time tu orang melayu masih lagi beragama hindu.

2) Lepastu ada satu lagi empayar yang lagi tua dari tu, Empayar Langkasuka yang berpusat di Kedah. Kalau tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa itu ekceli cerita tentang penubuhan Kerajaan Langkasuka lahh. Bila diperhatikan, Raja first dia Raja Merong Maha wangsa, sampailah ke keturunan dia yang bernama Merong Maha Pulisat (bunyi siam² sket sebab Kerajaan dia meliputi bahagian siam juga).Kenapa Langkasuka? sebab di sana orangnya suka bersuka ria (hahaha ok yang ni memang comel :D ) Kemudian sampailah ke keturunan yang rajanya masuk islam, nama Langkasuka tu ditukar menjadi Kedah Zamin Turan. Dulu, pusatnya adalah Gunung Jerai. Zaman kurun ke-2 M, Gunung Jerai tu bukannya gunung ye, tapi pulau. Which means, melayu ni wujud dari zaman 2M lagi, time tu Nabi Isa baru meninggal, baru diangkat ke langit. Mantapkan??

Tapi kenapa kalau kita cerita pasal Melayu kita akan cerita pasal Kerajaan Melaka? sebabnya Melaka nilah yang memberikan impak yang besar dan kuat terhadap sejarah melayu, sebab ia adalah empayar melayu islam yang sangat kuat. And empayar dia ni bukan Melaka ja eh, sila tengok gambar di bawah.



If we were to take petikan daripada  Lopez de Sequira, orang Portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1509, 2 tahun sebelum kejatuhan Melaka, beliau ada mencatatkan,
"Melaka terletak di sepanjang pantai siam, di permukaan sebuah sungai yang kecil. Ia berjauhan dengan sebuah liga (?) bersebelahan dengan sebuah pantai. Ia panjang dan tidak terlalu sempit. Melaka mempunyai populasi sebanyak 30,000 orang. Terdapat kebun yang mewah, dan air yang segar. Bahan-bahan lain di import. Ada sebiji buah yang sama seperti artikoq (?) sama seperti citron dan ia dipanggil durian. Rasanya sangat sedap. Sehingga ramai orang luar yang menetap di bandar itu hanya kerananya. (LOL). Bandar itu di bahagikan kepada dua, dan dihubungkan dengan sebuah jambatan kayu. Terdapat banyak rumah batu. Rumah yang lain diperbuat daripada kayu, dan bumbungnya beratap. Sultan dan orang tempatan adalah orang islam. Terdapat juga istana-istana yang cantik. Rakyat di situ adalah melayu, yang berkulit warna coklat gelap. Bahasanya senang dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan tertib. Mereka suka lagu (sampai sekarang kut lol), dan hidup dengan gembira. Mereka juga merupakan tentera yang bersedia mati di medan petempuran"

Ada jugak orang portugis yang mencatatkan sifat² orang melayu as:
" Lelaki-lelaki melayu adalah merupakan orang yang segak. Kemudian perempuan-perempuannya pula, adalah merupakan perempuan yang jelita"

Sebenarnya, kalau ikutkan melayu memang hebat. Tengoklah, Lopez sendiri yang catatkan yang dulu di Melaka ada banyak rumah batu and istana-istana yang cantik. Rumah bukannya suma rumah kayu, tapi rumah batu. Istana pun bukan satu, tapi banyak okehh. And then kenapa diorang boleh jadi hebat? Sebab diorang menguasai sepanjang selat Melaka, which is I think, diorang ambil daripada zaman kegemilangan Islam dulu. Kenapa dulu Islam hebat? Sebab Islam menguasai Lautan Hindi. Sehinggakan suatu ketika dahulu, Melaka diakui oleh orang portugis dan orang cina, sebagai satu kuasa yang kuat. (okeh wow di situ><)

For me, apa yang kita belajar di sekolah menengah itu menarik, tapi aku belajar banyaknya untuk exams, walaupun aku minat sejarah. buktinya, aku xla ingat semua peristiwa² sejarah yang aku belajar dulu tu, sebab kita just belajar apa yang tersurat, tetapi bukan yang tersirat. Kalaulah aku belajar sejarah macamni, dengan lebih mendalam, kenal asal usul aku dengan baiknya, I think dat aku akan ingat semua² yang aku akan belajar. Because bila sda besar ni, aku suka betul mahu cari siapa aku. dari mana asal usul aku, les choses comme ça la. And bila tengok video ni, semangat balik. Aku orang islam and orang melayu, dan aku mesti boleh buat macam apa yang datuk moyang aku buat dulu. What about you? Jom kita sama² semangat! ^^

Sumber:


rasanya kalo tengok video lagi besh kutt. hehe. till then! :D