kadang² aku terpikir,napa aku mau sangat pergi ke France aa?
adakah sebab bahasa french yang romantis seperti yang orang ura²kan?
atau sebab Paris yang terkenal sebagai kota kasih sayang bagi pasangan yang bercinta?
sekarang ni:
bila orang excited cakap pasal Eiffel Tour , aku cakap " itu besi buruk jaklaaa"
bila orang cakap "bestnya dapat pergi ke Paris!". aku senyum ja.
Don't get me wrong.bukan aku sombongka apa.it's just that..bila benda tu ko sda selalu tengok and pergi,benda tu jadi satu benda yang normal bagi ko.macam bila ko nda pernah pergi ke KL.mula² tu excited,tapi bila lama² tu rasa macam biasa jak.
and in the end,aku pun nda tau napa aku mau pegi sini.
kadang²kan, aku terfikir jugak napa biasiswa kami boleh mencecah sampai 1000 euros sebulan?
dulu bila first² time tahu tu memang rasa seronok.yalah nda pernahla plak pegang duit banyak² macam tu sekali kan.tapi lama²,aku rasa aku tau sda napa.sebabnya:
1) bahasa
orang kata bahasa french ni salah satu bahasa yang susah di dunia.dulu time sekolah menengah,bila orang cakap macamtu,aku senyum jak.tidak percaya mungkin.yalah tiap tahun dapat jadi pelajar terbaik bahasa peranciskan.kunun pandai sangatla tu. tapi bila sampai sini? everything's in mess. time preparation dulu xkesah sangat.sebab bila cikgu ajar diorang guna french simple² jak.masuk DUT,bila kena bercampur dengan budak french lain,cikgu² ajar guna bahasa standard diorangla.Ya Allah rasa mau nangis jak mau kasi fahamkan apa yang cikgu ajar.bahasa french pun nda pass lagi,apatah lagi mau kasi fahamkan subjek chemistry guna bahasa ni.
2) kelas
bagi kami di sini,fenomena kelas dari pukul 8 pagi sampai 6 petang adalah fenomena yang biasa.kalau budak DUT macam aku,khamis petang tu teda kelas.so dalam seminggu adalah dalam 35 jam kami kelas.balik rumah lepas kelas,masak and tidur.kalo larat bolehla study sket.macam aku pulak tambah lagi exam tiap minggu.lagilah.memang kena pandai²la bahagi²kan masa.
3) asing
pengalaman aku time mula² masuk DUT ni pahit sket.kalo lalu jak sebelah,budak² ni pandang pelik.aku nda kesahla kalo mau pandang pelik yang macam aku selalu kena kalau dekat luar,tapi ni pandang yang macam cakap " ni mesti bodoh ni".GERAM ok.tapi aku puas hati bila first exam aku dapat full mark.time tu barulah diorang buka mata sikit.ya,aku bangga bila aku dapat tunjukkan yang aku,orang asing yang menumpang negara dorang untuk belajar lagi maju dalam pelajaran dari dorang.but the fact that aku dapat kalahkan dorang dlm pelajaran tu xakan ubah pun yang aku ni orang asing di sini.
4) administration
kalau mau tau, orang french ni sangat 100x lah complicated.contohnya,kami student sini kena buat IC lepas visa mati.yang menyusahkannya,tiap tahun kena renew.kalau renew sehari sudah siap baik jua.ni paling laju pun sebulan.kalau siap sebulan tu memang kira efficace sudahla tu.lepastu dengan insurans² nya..ya rabbi banyak kuts.aku pun nda taula napa kena ada banyak² insuran ni.ntahla.aku men buat jak.kegunaan dia aku pun nda tahu.huhu
jadi memang berbaloila kalau kerajaan bagi biasiswa banyak².
with my classmate,2010/2011
tapi apa² pun,walaupun susah macam mana pun,aku kena jugak teruskan.3 tahun jak lagi.walaupun aku penat,rasa macam kena pandang pelik,rasa macam kena underestimate,rasa macam²,aku kena jugak tabah.sebab aku tahu suma ni untuk kebaikan aku jugak nanti.iA,aku akan berusaha lagi untuk jadi yang terbaik.doakan aku yaaaaa :)