Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jan 24, 2012

Result exam.

salam.

akhirnya setelah dari minggu lepas lagi menunggu, harini keluar jugak result exam final sem 5 bulan 12 haritu. guess what? kali ni result aku xla seperti yang aku jangkakan. voilà result saya sem lepas:


alhamdulillah sem 5 lulus.. bersyukur, walaupun sedih bila tengok subjek kegemaran, atomistique dapat 10, chimie orga and séparation yang confident jawab time exam dapat 10.

kecewa. try untuk xnangis, walaupun rasa hati tu rasa sedih sangat.so tegur seorang kawan di skype, cerita betapa xpuas atinya aku ngan result aku. sedang aku tengah ss nangis sorang², tiba² dia cakap macamni:

sungguh la x bole tenang kwn ak
ape la big deal sgt
huhuhu
maaf, tu dlm kepala ak berkata
kepuasan ku belajar subjek tak terletak pd exm
barangkali, tu psl ak x kesah sgt markah exm bila msuk uni

terasa macam kena tampar² ja muka tu bila kena cakap mcmtu. ahaks.thanks kawan atas sindiran membinamu itu :)

back to work! 

Jan 18, 2012

speechless.

Salam.

tadi macam besalah tengok news feed kat facebook, tiba² tertarik pasal berita bakal isteri ally iskandar. yang paling catchy pastinya nama bakal isteri dia. dalam hati aku, " napa aku macam pernah nampak ja eh nama bakal bini dia ni? study di korea? hurmm"

aku pun dengan perasaan ingin tahu @ menyebok pon bukak la link yang di kasi tu. pandang lama² muka perempuan tu. cantik. comel. siyesss macam pernah tengok. so taipla nama dia di facebook. profile picnya bertulis AF,ally and farah, macam kad kahwin jugak bila diteliti lama². 22 mutual friends? mesti aku kenal ni.

so aku pun bangunla pegi cuci pinggan bekas sungkai tadi. tiba² terlayar di mata aku wajah perempuan tu dengan hanbok. ya, aku kenal dia. dia sama² preparation ngan aku di INTEC dulu! and aku pernah tengok dia dari dekat time dia menggayakan hanbok masa Intec Games 2007. masyaAllah..speechless dengan memori diri sendiri..speechless jugak bila fikir betapa keciknya dunia ni...


apa² pun aku doakan yang terbaik untuk pasangan ni. semoga berbahagia hendaknya :)

p/s: berharap agar nda ditimbak oleh budak² lelaki yang rapat ngan geng² "korea" hihii

Jan 17, 2012

Geram.

salam.

harini bolehlah di katakan sebagai hari yang malang untuk aku.. start pagi tadi dengan terbangun lambat sebab hp habis bateri so alarm ndala berbunyi. tengok jam kol 7h35, kelas pukul 8 pagi! first timelah kena macam tu, paling lambat pun aku terbangun 7h15.tapi ni.. try sabarkan hati walaupun adalah juga rasa gatal tangan tu mau humban hp tu dari tingkap bilik aku ni sampai ke bawah time tu jugak!

lepas kelas tengah hari tadi, kira mau ambil titre de sejour (tds) @ ic. pergi ke ueb ( université européenne de bretagne), sebab aku buat tds dari sana.. tunjuklah récipicée ( ic temporary) kat makcik ueb dengan harapan dia bolehlah bantu aku. then makcik tu pun cakap sambil tengok récipicée, " kamu dari Arras eh? kalo kamu dari region lain memang lambat dapat. sebab nak pindah²kan file tu yang lambat. nanti kamu pergi ke prefecture (imegresen), and cakap nak sambung balik tempoh recipicée kamu ni eh. kamu pergi minta haritu pun boleh dapat".

buat seketika, aku lega bila makcik tu cakap yang benda alah tu akan siap haritu jugak kalo aku mintak. bolehla aku melancong dengan tenangnya bulan 2 ni. tapi, how about my CAF?? dari bulan 7 lagi nda masuk² duit, sekarang sudah bulan 1. nampaknya lambat lagilah mau masuk ni :(  ya, service di france ni memang macam SIPUT. yang lagi worsenya, ic tu setiap tahun kena renew. contohnya ic aku habis tempoh 30 sept haritu yang aku renew tapi sampai sekarang nda dapat². jangan² bulan 2 ni baru dapat. bayangkan 5 BULAN menunggu. then bulan 9 nanti kena renew lagi. memang sakit ati lahhhh aku ngan france nih! 

okie. cool. lepastu sncf (syarikat train) ni pulak yang cari pasal ngan aku. huuu. rasa nak nangisla. siyes macam urghh!!

kbai.

Jan 14, 2012

Dekat.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

Jan 13, 2012

Bara.

salam.

buat budak² malaysian yang tinggal di france, panggilan bara ni kira sangat sinonimla untuk orang² arab. napa bara? sebab selalu sangat mengumpat diorang, so memandangkan diorang ni di mana² ja, nama arab tu pun di tukar jadi bara :p

tadi kami halaqah jap, terkeluarla cerita pasal bara ni. not a positive one la, mostly cerita pengalaman kena kejar ngan pakcik bara. menakutkanla jugak ekceli, tapi xpala, boleh masukkan dalam kamus experience aku kan. so version aku pulak macamni:

time tu aku masih di béthune. kena pergi ke mana ntah weekend tu, so amekla train jumaat malam sorang². time mau keluar daripada gerabak tu, (tengah tunggu pintu kena bukak sebenarnya), adalah 2 orang mamat bara ni asyik pandang² aku dari atas ke bawah. aku perasan ja, tapi buat dek. bila suda keluar tu aku pun jalanla cepat². bukannya apa, aku kena tukar railway station (gare) untuk amek tren ke destinasi yang ingin dituju. tiba² pakcik dua orang ni block aku dari depan. aku pun blur la. sdala baru bangun tidurkan, memang teda moodla mau melayan. mula² dorang bawa ak cakap arab, aku balasla in french, cakap i speak french, i don't speak arab. then diorang pun tanyala, cik ni dah kahwin ke belum? hamboi..kenal pun x, baru first time jumpa, terus tanya dah kahwin ke belum? gila gatal. so aku pun tunjuk jalah tangan aku. nasib bek ada pakai cincin. and alhamdulillahla, lepas tengok cincin tu terus ekspresi muka diorang berubah and cepat² blah. ahaks.

macam ni ler. tapi xpayahla sampai berinai and gedik² letak cincin kat jari manis. letak kat jari tengah sudaa 

kesimpulannya:
pakaila cincin. nanti selamat dari pakcik bara. and of course, mintalah perlindungan daripada Allah. itu yang paling penting :)

Jan 10, 2012

stage.

salam.

masuk tahun baru, macam²lah kena pikir. salah satunya ialah stage / praktikal. fortunately, tahun ni nda payah susah² taip CV and lettre de motivation mau hantar ke company, sebab tahun ni buat praktikal di lab uni ja. kira mantap gakla diorang boleh keluarkan sampai 70+ tajuk untuk suma student Licence 3 ni untuk stage tahun ni. aku baru tau uni aku ni banyak lab rupanya. ahaks.

how does it works?
mula² tu kena hantar 3 pilihan yang kita berkenan daripada 70 lebih tajuk tu. and then nanti cikgu akan kasi kita tajuk yang kita pilih tu. kalo nda satu, dua, kalo nda dua, tiga. ikut brapa ramailah yang pilih tajuk tu kan. kalo ramai orang pilih tajuk yang first tu maybe dapat tajuk yang no 2. so on so on.ni list yang aku pilih:

1) 23: Traceurs de pollution fécale diffuse des zones conchylicoles : suivi des marqueurs chimiques dans les coquillages.
2) 22: Matières Organiques des Sols : à la découverte de la Terra Incognita moléculaire.
3) 38: Développement de nouvelles réactions de type Friedel-Crafts compatibles avec une chimie respectueuse de l?environnement

tapi..
kemarin dapat jawapan daripada cikgu. 

Nanofiltration de liquides ioniques en procédé batch ou continu - MATASAN Nurul Fadhilah

first impression : blurghhh.
tapi bila di cek² balik apa dia nanofiltration ni, macam menarik jugak.so, I
think that I'll give it a try :)


*sila gunakan khidmat google eh. malas mau translate. hihi