Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jun 28, 2012

result.

salam.


alhamdulillah.
markah average untuk dua² sem : 11,891. 
prestasi : agak baik
ranking : 19/78.

thank you Allah~~

Jun 26, 2012

da cuti!

salam.

kemarin soutenance/presentation. yang lawaknya time soal jawab ngan jury, yang sorang jury ni asyik cakap, une question (one question). tapi ekceli banyak soklan dia tanya. aku rasa adalah dalam 8 soklan gitu. ahah. but i've tried my best to answer his questions. nasib bek jury lagi sorang tu mentor aku, so soklan dia 2 ja :p and tepat pukul 14h26 berakhirlah sudah sesi persekolahan aku bagi tahun ni. iA, 2 more years to go! =D

3 hari lagi akan balik Malaysia. bosan xtau mau buat apa. mayb malamni akan start packing beg, balut² hadiah suma cewah. esok plang ada ni:


dan ini:


ehem. so esok g shopping kat braderie and g tgk wayangla eh nampaknya? ehee.

take care.

Jun 24, 2012

sabtu.

kol 11 pagi keluar kol 4 pagi baru sampai umah. am i really changing?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jun 21, 2012

syukur.

salam.

harini 21/06, in 9 days i'll be going home!! iA esok hari last stage/praktikal, cikgu plang teda, esok pagi mayb akan buat répétition (practice) depan thésards (orang² phD) then petang tu memang weekend sudala. isnin depan plang presentation. amin, doakan.

seminggu yang lalu, aku selalu berdoa, cepatlah masa berlalu. n Allah pun rupanya makbulkan doa aku, sampaikan aku plang yang kelam-kabut bila buat slides. tapi apa² pun alhamdulillah. aku tau banyakkk sangat yang Allah kasi kat aku:
-aku mau sambung study di bandar, Allah tempatkan aku di Rennes.
-mau rumah besar dkt ngan uni, dapat rumah 5 min ja ngan uni.
-minta diberikan kekuatan and kejayaan lalu Dia pinjamkan kekuatan dan kejayaan yang bagi aku impossible untuk aku dapat tanpa bantuannya.
-mau travel banyak², nah amek, sejak 6 bulan lepas, merata suda aku pergi: Prague, Dublin, London, Manchester, Liverpool, Amsterdam, Munich, Salzburg, Paris, Besançon, Marseille, Saint Malo, Carnac.. iA akan pergi Seoul,Korea seminggu lepas raya  and mayb jugak Turkey n Greece bulan 12 ni.

jauhkanlah aku dari kufur nikmat ya Allah. sebab aku rasa aku ni makin lama makin teruk. haih.

buat yang suda bercuti, bonnes vacances aku ucapkan. buat yang masih ada stage/praktikal n exams, bon courage pour la suite. 


take care!

Jun 18, 2012

:)

salam.

sori lama suda nda update. hari jumaat tu aku ada makan² ngan kawan² di lab, then kol 2 aku sda balik rumah, eskep nda pigi kerja petang tu ehee. baru beberapa jam merenung komputer,suda aku kebosanan tahap gaban. nasib bek budak² ni ajak minum petang di columbus. bagus betulla timing. aku pun pergila. and this is the first time ak rasa ak terlebih banyak cakap dari diorang sebab selalunya aku diam ja. ni mesti kes tensen pasal report. nasib bek hantar suda :D so lepas minum² tu pigi jalan² di parc du thabor :)


sabtu tu plak malamtu ada makan² ngan diorang. so petang tu sibukla aku masak sebab diorang ni bising² kunun ak xpenah masak pun untuk diorang. padahal selalu ja aku buat kek. ndapala. memandangkan ramai yang bakal pindah tahun depan so untuk kali ni jalah aku masak sedap².

lasagna + ayam masak lemak cili padi + udang butter :)

ahad plak time tengah syok² tengok drama korea tiba² fahmi msg. oh rupanya dia ada rennes, so dia ajak aku kuar. oleh sebab aku pun bosan jugak duk sorang², aku kuar la. ada drg ainaa and mimi skali. kitaorang g subway then g main game kinect ><  last² lepas 3 jam lebih baru sampai umah. sampai umah da malas mau masak. so macam besalah eh. makanan rutin aku la lagi jadi menu. then sambung tengok cerita korea. and last² aku xbuat pun slides untuk presentation aku miahhaa. ok patutnya aku kena sambung buat ni, tapi aku melencong sebab malas :p

oklaaa daa bai!



Jun 12, 2012

:)

buat mama and babah tercenta,


selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-24!!!!

dila sayangggggg sama kamu!! can't wait to see u both!! muahh

Jun 11, 2012

ehem.



cantik x aku lukis? heeeeeeeeeeee :D

 *mode bengong buat report lama²*

Jun 9, 2012

lain macam.

salam.

aku kat marseille skang ni (peaceee ^^ v) so bila da jumpa kawan lama mesti akan keluar cerita yang femes lagi sensasi yakni topik kahwin. biasala, umur sda 23 memangla masing² cakap pasal tu kan. summer ni pun ramai ja budak france yang kahwin. dari batch aku fp8 zul kahwin sebelum posa ni. then lepas raya ada gak dua orang  akhawat yang kahwin. tapi aku xpergi sebab da ada plan pergi cuti² ke luar negara :p apa² pun selamat pengantin barulah. semoga bahagia ke anak cucu :))

doakan aku bertemu dengan jodoh aku jugak. malas da carik. kalo suka orang pun mesti orang xsuka aku so skang ni aku just biarkan jodoh ak datang sendiri. rasanya macam budak² ni sumanya akan kahwin n ak ja yang tinggal sorang² nanti. nauzubillah. suka cakap bukan². iA, kena yakin mesti Allah sda tetapkan yang terbaik untuk kita.. :)

semoga aku tabah summer ni. amin.

p/s: sila kira brapa byk kali aku sebut word kahwin. lol fail kalo buat karangan bm :p

Jun 8, 2012

salam.

ehem.

selamat hari jumaat semua!!! wah hepi berabis kan aku harini. padahal report sama slides presentation belum siap lagi. oh well, yang pentingnya weekend mesti enjoy, xmau da tensen² :D but actually tadi pagi aku tensen. siap nangis² macam orang gila. sebabnya aku mau tukar tiket balik msia, tapi hajatku yang suci murni untuk menemui familyku dengan lebih awal xkesampaian.. 

kemarin baru dapat jadual untuk presentation. ça y est, aku present 25hb kol 2 petang. kiranya antara yang terawalla jugak. budak² ni topek ngan izyan dua²nya pass 26hb. so dengan semangat yang membara², aku pun kol mama mau tukar tix. mintak tolong tanyakan auntie ming (makcik aku yang kerja kat mas) cemana procedure dia. brapa penalty kena bayar etc. so bila dapat jawapan dari mama tadi pagi, memang badmood trus la. n aku termengamuk skali. ntah. sakit hati. aku betul² mau tinggalkan negara ni. malaisie me manque bcp.. (i know i'm being a spoiled brat mais bon, i am pun).

so dengan mood yang nda baik tu ak pun pergilah kerja. sepatutnya pagi ni aku akan discuss ngan cikgu pasal report aku, tapi last² dia cakap dia busy so hari isnin baru discuss. memandangkan aku memang da takda mood, nda sampai sejam pun di office aku pun blah. balik rumah then tidur. bangun² tu rasa best lak tengok awan biru. and serta-merta aku teringatkan esok!

ada apa dengan esok? jeng jeng jeng!!! 


i'm going to marseille wehoooo! kalini bukan trip besa² ja tau, sebab slalunya naik train 6 jam gitu baru sampai sakit punggung dok lama². kalini naik kapal terbang uuu haha sakan! so this is the first timenya aku akan pergi travelling dalam france naik kapal terbang. slalunya merayau naik train tapi harga lebih kurg ja kan baik ak ambil flite, satu jam setengah suda sampai. unfortunately ahad tu aku akan naik train so 6 jam gitu baru sampai rennes. mudah²an aku tabah. uhukuhuk.

lepasni mau pergi ke kedai (bandar) mau tengok wayang sorang² then pergi sephora then pergi mcd beli délifrapp then pergi beli barang rumah. kalo sempat malamni aku sambung buat slides n report. kena tdur awal ler. esok kol 5 pagi da kena gerak :D

till then, have a nice weekend everyone!! 

Jun 7, 2012

masa.

kebelakangan ni, aku selalu jadi emo bila tengok gambar baby.
bila tengok gambar kawan² aku yang bertunang or yang berkahwin.
sedih. aku pun mau jugak.
aku slalu cakap ngan diri aku, nanti masa ak akan tiba jugak.
tapi kdg² aku rasa macam aku nda dpt mengecapi saat² itu.
ka itu sekadar perasaan aku ja?
ntahlah. hanya Allah saja yang mengetahui segalanya.

Jun 6, 2012

comel.

salam.

tadi kolling² mama..
me: ma dila ada kasi belikan mama handbag ma
mama: ehh knapa kaka bli handbag.. nda mahalka? brapa?
me: harga dia sebenarnya *** euros tapi lepas less dapatla ** euros. baru jua sampai tadi. suda dila try² pakai. lawa ni. memang ngamla kalo kan pigi ke conference or meeting. kalo pergi orang kahwin tu dila nda pasti. tapi kalo mama nda mau mama kasi dila aa hahhaha
mama: eeeee buruk siku!!! mama merajukla. kaka ambilla beg tu
me: eee minta puji mau mrajuk² plang. karang rugiii. payah ni dila ngunjar beg ni, susah mau cari warna hijau yang cantik macamni
mama: ba yalah, thank uuuu aa kak kasi belikan mama handbag~~

jual mahalla plang kan mama ni? ehhe comel. skurang²nya ndala aku stress sangat harini, ada juga orangkan dikacau :p

till then.

Jun 4, 2012

me.

kebelakangan ni, ak perasan that a part of me has changed.


- ak sgt xsuka bila rumah bersepah. xsuka bila banyak habuk n rambut atas lantai. mmg rasa mau mengamuk pun ada. padahal sendiri yg buat. klo org len? mmg sianla ak makan hati.xpun kena skali ngan ak. ito pun boleh.

- aku sgt xsuka org suruh2 ak. fin klo benda yg bek okla, ni klo bnda yg ak rs apa yg aku bt tu lg btul, sori man, mmg xkanla ak ikut.

- klo time abc, i tend to be sgt sensitif. siyes ak pn xtahan. tgk baby, gmbr org kawin, gmbr family pun boleh nangis. blm lg tgk drama sedih2, mmg banjirla. klo dulu jgn harap, hati batu betul.

- ak suka fikir negatif psl org. yg ni mmg paling manang.

- shopping bukanlah benda yg asing bagi aku. cooking too. ak sangat suka buat 2 benda ni skang berbanding dulu


banyak yang buruk dri yg baik ja ak rasa haha. matai.


till then.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jun 3, 2012

dur dur dur.


fikirku, aku sudah melupakanmu.
rupanya aku silap.
engkau masih bertakhta dalam hatiku.

wahai hati, jangan degil sangat boleh x?

remplit.

salam.


tengah hari tadi ada makan2 kat rumah seorang phd ni. sedap gila kut nasi ayam yang bini dia masak. then g amek periuk kat umah budak laki. balik ja rumah kluar balik g cv, nak tgk mp4 kat fnac and nak temankan danial pi sephora cari perfume untuk dia n gf dia.


so harini lepas makan2 ak shopping gak. mp4 and pallette eye shadows. best kut. budak2 ni suma suka. oh lps g cv tu ak lepak kat umah budak laki. nasib bek ada ainaa and mimi gak, xdakla awkward sgt. tgk muvee and then main game. skang ni mau dkt kul 4 pgi and ak baru ja sampai rumah. tau ja bahaya tapi td drg hantar sampai rumah so xpa ja.


mungkin ada org akan fikir bukan2 g merayap kat umah budak laki smpi pagi, tapi sebenarnya ni lagi baik dari berperap kat umah emo2 duk sorang2. just plis, kalo mau judge aku silalah berada di posisi ak terlebih dahulu ye.


nak tdo dl. esok kompom bangun lambat. bonne nuit!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jun 1, 2012

yeayy!!

salam.


aku pernah ceritakan dulu aku pernah mau naikkan berat badan aku, kalo boleh mau naikkan lebih dari 50kg sebab berat aku slalu constant ja kat 49kg.. guess what? lepas hampir sebulan lalu aku consume herbalife balik berat aku naik sikit!


fin bref taula naik 1 kg ja tapi sangat boleh buatkan aku hepi kut! akhirnya alhamdulillah. tapi aku xamek shake frequent pun, slalunya minum pagi ja sebab muak. rasa2nya kalo ak amek lgi frequent mesti naik lagi kan? and makan banyak2 lagi, setiap 3h macam blue cakap. minum air banyak2 tu xplak ak buat sbb nda suka ( suka hatinya ja kan haha). ndapala, plahan2la orang bilang.nnt biasala tu :D


bon weekend semua, tc :)


p/s: ada petua x supaya xmuak minum shake?


Published with Blogger-droid v2.0.2

I hate them.

why do you always act like ur so almighty and so great as if all the foreigners are rubbish?

I've tried my best ok.. aku berusaha macam² just supaya aku boleh mengekalkan prestasi aku di sini. supaya aku boleh balik Malaysia cepat².supaya aku boleh tinggalkan this stupid and good for nothing country.

ko apa tau? tau memprovok orang ja kan. merendah²kan orang. as if asians ni bodoh sangat. rubbish. padahal kalo ko tu pergi ke malaysia, negara aku yang tercinta, ko kena layan baik² tau. xdala kena jeling², kena sindir², kena provok. 

harini, lepas beberapa lama aku tahankan, akhirnya pecah jua..entahla, sedih. susah. susahhh sangat. semangat aku betul² jatuh merundum. plan aku untuk buat report harini berkecai macamtu saja. and aku tau, susah untuk aku kembalikan semangat tu. sebab luka yang aku pendam ni memang terlalu dalam..

ma, dila mau balik. nda sanggup rasanya mau teruskan 2 tahun master di sini ni. nda guna pun kalo dila dapat no 1 or top ten dalam batch, they still look down at me. and now, j'en peux plus. how am i suppose to go thru another 2 years dans ce merde?

nangis sorang² dalam lab. macam siut.