Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Oct 23, 2012

rintih

salam.

penat sungguh harini. kol 8 tadi da terpacak depan labo, sebab pk TP (lab) stat kol 8, rupanya kol 9. oleh sebab malas mau balik stay jalah di bilik depan labo tu. abis kol 5 setengah petang tadi, singgah ke library mau cari buku. alhamdulillah, jumpa dengan buku yang diperlukan. lab untuk tahun ni sangatlah berbeza dengan tahun lepas. teda lagi disuap protocol experiment oleh cikgu macam tahun lepas, analysis apa kena buat, so on, so on, semua cari sendiri. and mau cari tu, ndala sesenang mana. tadi lps jumpa buku, pergi ke bilik komputer kat library tu sampailah kol 8 suku. nilah first timenya aku balik dari library time malam. selama ni mana ada stay sampai malam, sekejap ja pun rasa mau tidur suda haha. merasalah jugak perasaan kecewa nda jumpa apa yang dicari. buat research selama lebih kurang 2 jam lebih tapi jumpa sikit ja. apa boleh buat, sekurang²nya kami suda cuba kan? :)

belakangan ni aku macam berlawan dengan diri sendiri. aku tau aku ni ndalah sebagus and sehebat mana, so aku terai untuk 'lawan' kelemahan tu. datang pula ujian Allah, kala aku cuba untuk bertahan, makin ramai pula orang yang cuba mempertikaikan dan memperkecilkan keupayaan aku. susah, memang susah. sampaikan macam haritu aku betul² rasa hilang semangat and nda percaya dengan diri aku. and i really think i should stop here. cukuplah sampai degree saja. kenapa mesti sambung sampai master kalo tau keupayaan ko sampai sini saja? but then, mesti ada sebab napa aku dihantar di sini. dan aku hanya akan diuji dengan apa yang bersesuaian dengan keupayaan aku ja. itu kata Allah. mungkin aku rasa aku nda mampu, tapi sebenarnya dengan izinNya, aku boleh.


doakan aku mampu melalui minggu ini dengan tenangnya.take care :)

Oct 22, 2012

rindu.

salam.

dulu aku pernah jadi salah seorang author blog ni. baca balik macam nda percaya ja aku yang tulis. bila dibandingkan sekarang dengan dulu, err, banyak sungguh bezanya hehe. apa² pun, sepa² yang mau baca, silakan. teraila cari i yang mana satu :p

http://superheroes-10.blogspot.fr/

take care.

Oct 21, 2012

Busy

salam

sepatutnya aku suda busy pigi buat kerja siapkan itu ini, tapi kenapa teda betul semangat tu aa? apa jadi dengan angan² aku beberapa hari lepas, mau jadi a good chemist kunun?

benci ngan diri sendiri;
sebab nda mampu mendisiplinkan diri sendiri.
sebab nda mampu menahan diri dari rasa sunyi, dari rasa sedih.
sebab rasa nda berguna. rasa nda layak menerima semua ini.

Allah, aku lemah..

we.

salam.

kadang2 bila naik bus malam and ternampak couple duduk sama2, mesti aku akan teringat that one moment when we took a late night bus back to our residence, 4 years ago.

time tu aku tengah cerita kat ko yang aku mau kawin ngan orang labuan, kerja kat labuan, tinggal kat labuan when suddenly ko potong cakap aku and said to me, " aku mau kawin sama kau."

maybe tu aku masih ingat sampai sekarang sebab that was the first time ever seorang lelaki cakap dia mau kahwin ngan aku (senyum sedih). tapi kita tiada jodoh. aku cuma boleh mendoakan yang ko akan berjumpa dengan seorang perempuan yang lebih baik dari aku.

dan aku berharap kau juga akan mendoakan yang terbaik untuk aku.

nite :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Oct 19, 2012

weekend!

salam.

hai kamu². minggu ni boleh dikatakan minggu yang sangat menyerabutkan kepala otak aku. gilos makin banyak jerawat tumbuh kot! kes terlebih stress la ni, sebelum ni xpenahla pulok macamni. alhamdulillah, semuanya kira da settle. so sekarang nih rasa macam mau weekend sepuas²nya, bole? :D

so kemarin aku tarak kelas, sebab satu hari forum kerja, kiranya ada banyak syarikat yang datang buat booth then kita boleh nyebok and tanya apa² soklan kat drg. tak pun nak apply intern or kerja pon bole. aku memang xberminat mau buat intern kat france tahun ni, tapi terai la pergi booth satu ni utk consult pasal CV french aku. mai aii tu dia banyak gilos salah haha tak kesahla pong. yang tak menahannya bila makcik tu komen pasal gambar aku.

"sepatutnya awak tak payah letak gambar awak ni. lagipun awak pakai tudung kiranya macam menunjukkan benda yang religious, kalo CV sepatutnya bebas daripada religion, politic etc. lagipun nanti kalo awak letak gambar ni, nanti bila HR tu tengok mesti dia akan tolak awak awal² sebab nanti dia xnak masalah ngan orang  yang bakal bekerja ngan awak, manala tau diorang xnak terlibat ngan orang yang terlebih religious. that's their choice, like u, who have choosen to wear hijab".

here, she's actually telling me that I have to bow to their choice to not to accept me wearing tudung coz that will be a great disturb to them. if I can respect whatever decision or act they do, eventhough if it is something that I actually disagreed, why can't they do the same? hah!

then we met our classmate. nda brapa nak suka ngan dia ni. sebab cakap tinggi, fikir dia saja yang hebat! contohnya haritu dia cakap macamni: 

" I applied for the training placement in Japan. For me, the asians should be honoured that I have come there to save them".

bayangkanlah keadaan kami kalo dia tiba² tegur kami and bawak bercerita. houlaaa, mau berdarah telinga dengar dia cakap. memang tabah sajalah.

apa² pun malasla mau layan kan. bila dilayankan bikin sakit hati ja. sepa juga yang rugi? aku jugaa hihi.

kbye bon weekend! :))

Oct 17, 2012

interview.

salam.

tadi aku ada "interview" kerja in english. kira untuk practice la ni. bila terpaksa cakap english ni barulah aku terasa yang english aku makin hangkang. ayat aku berterabur. sampaikan bila nampak muka cikgu yang berkerut mau fahamkan apa yang aku cakap tu terasa macam makin low self-esteem plang.

so abis suda semua, aku pun tanyala cikgu." how was my interview? what do you think about my english? since i arrived here 5 years ago, i barely spoken any english, so i think that my english is seriously deteriorating."

dia jawab, "yours is excellent. you didnt make many grammatical mistakes. usually malaysian students are excellent in english". 


excellent? tapi tadi asal time interview berkerut²? aku cakap perlahan sgt ka dia xpaham? hurm.

then dia sambung lagi," if you want to practice english, do visit O'connell pub at Rue ******* every Monday's night. you can meet three native speakers to practice ur english and make friends there".

hurm suggestion yang nda membantu langsung. baik aku masuk master international tahun depan ya tak? confirm hari² cakap english. no more french.

take care. 

inspired.

Her name was Joyce Yong. 
Alhamdulillah, a week ago, she officially becomes a muslimah. She's now Siti Nur Mardhiyah. 

Kami jarang bertemu face to face, paling last aku jumpa dia pun time RDH (Pertemuan Musim Sejuk) tahun lalu. Lepastu kami mula join halaqah kecil²an dengan teman seusrah aku dulu. Then terputus hubungan sejak cuti summer and bila dia balik ke Malaysia for good. Tengok², 10 October lalu, dia post video ni. Alhamdulillah. semoga dia menjadi muslimah yang berguna (xmacam senior dia yang mengong² ni hihi). 



Jauh di sudut hati, teringin menjadi muslimah yang baik di pandangan mata Allah. 

wassalam.

Oct 16, 2012

:)


bila berjauhan terkenang², bila difikirkan itulah sayang..

Oct 15, 2012

kerjasama.

salam.

haritu, aku kena buat test pasal personaliti diri aku. ni bukan untuk saja², test ni kiranya salah satu langkah untuk mengetahui potensi dan kelemahan aku, lepastu dari situ aku boleh tahu pekerjaan apa yang sesuai ngan aku. tahun ni kami ada kelas macamtu, believe me, memang bosan. nasib bek ada test² macam ni hihi. so untuk personaliti aku, yang kriteria yang paling bawah is bergaul - bekerjasama - bekerja dalam kumpulan. frankly speaking, memang aku bukan orang yang bole kerja dalam group, kecuali kalo orang tu bole masuk ngan aku.

last week, kami ada TP organometallic (lab). untuk TP ni kami kena bekerja berdua. then adalah satu group ni, sorang chinese girl dari china (A), and sorang lagi french pompuan (B). yang si gadis A ni baru sampai di France, so french dia ndala sehebat mana. yang B ni aku tengok dia tahu yang A ni ndala paham semua, so dia tryla membantu and explain semua teknik and cara² eksperimen. memangla A ni kesian, tapi dia macam nampak nda berusaha. and bagi aku yang buat kerja semuanya B. dari buat eksperimen sampailah bila kena analyse product tu. fin, ya aku tau dia ndala paham semua, tapi sekurang²nya sebelum pergi TP tu revisela apa yang B tu ajar, tengok video ka pasal cemana mau buat TP tu. ni, dahla B buat eksperimen suma, dia g tengok saja, then bole pulak balik awal. binôme aku pulak nda bersetuju. dia cakap B tu jahat, selalu tinggalkan A tu sorang², tapi dia nda nampak macam mana penatnya B tu mau buat eksperimen sorang². sedangkan kami yang berdua ni pun buat eksperimen sama², apatah lagi dia.

bukan niat untuk mengata, tapi bila aku perhatikan pasangan tu aku macam tereflect kat diri aku sendiri. kita mungkin nda dapat pilih sepa group kita, tapi terailah untuk bekerjasama and pahami pasangan kita tu. fin, aku kira bernasib baik sebab dapat binôme yang aku memang da kenal lama, tu pun bila kena marah aku still merajuk haha. tapi jauh di sudut hati, aku cuba untuk fahami dia, mungkin time tu dia tengah penat or stress, or itu mungkin cara dia menegur orang. dan dari situ, aku cuba untuk belajar dari kesilapan. sebab aku tau bab² praktikal ni aku memang careless, kelam-kabut, hentam keromo ja bila buat kerja hihi.

so pengajarannya apa kawan²?

belajar untuk memahami pasangan kita, jangan mudah kecik hati bila ditegur dan ringan²kanlah tulang untuk bekerjasama dalam kumpulan.

meow. take care :3

Oct 5, 2012

sibuk.

ko da penah kapel?
dengan sepa ko kapel?
asal putus?
skang ni ko suka sepa?
budak rennes ka?

heran aku. napa bila personal life aku diorang ni sibuk mau tau aa? aku xsibuk pun mau tau kamu punya. ka memang ekceli budak laki ni terlebih gosip dari budak perempuan? je commence en a avoir marre là. plis la stop. nanti aku main kasar kang ada yang terasa hati kang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Oct 2, 2012

Allah..

salam.

tadi pagi mama kol. walaupun perbualan kami singkat, tapi berita yang mama khabarkan kepada aku bisa membuatkan aku tidak tenang sepanjang harini.

kak *** and kak **** mengandung.

tapi, kak *** mengandung di luar rahim. then ada sumthing yang pecah sampaikan kak *** nda bole bernafas. baru saja operate minggu lepas and mama cakap darah daripada kandungannya yang pecah tu banyak sangat..

manakala kak **** pula mengandung normal, tapi, ada cerita di sebalik tu yang membuat aku sesak nafas. dan benci. dan sakit hati. dan bole membuatkan aku rasa mau menangis bila aku fikir²kan.

selama ni, aku fikir apa yang aku lalui ni sudah cukup susah and mencabar. aku suka merungut hidup aku bosan, terpaksa study, terpaksa melalui persepsi orang² tempatan di sini yang memenatkan aku mentally and fizikally,tapi cabaran yang mereka lalui lagilah getir, lagi hebat.

ya Allah, kuatkanlah semangat mereka untuk menempuhi ujianMu ya Allah. Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang.

aci dila rindu :(