Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Oct 5, 2012

sibuk.

ko da penah kapel?
dengan sepa ko kapel?
asal putus?
skang ni ko suka sepa?
budak rennes ka?

heran aku. napa bila personal life aku diorang ni sibuk mau tau aa? aku xsibuk pun mau tau kamu punya. ka memang ekceli budak laki ni terlebih gosip dari budak perempuan? je commence en a avoir marre là. plis la stop. nanti aku main kasar kang ada yang terasa hati kang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Oct 2, 2012

Allah..

salam.

tadi pagi mama kol. walaupun perbualan kami singkat, tapi berita yang mama khabarkan kepada aku bisa membuatkan aku tidak tenang sepanjang harini.

kak *** and kak **** mengandung.

tapi, kak *** mengandung di luar rahim. then ada sumthing yang pecah sampaikan kak *** nda bole bernafas. baru saja operate minggu lepas and mama cakap darah daripada kandungannya yang pecah tu banyak sangat..

manakala kak **** pula mengandung normal, tapi, ada cerita di sebalik tu yang membuat aku sesak nafas. dan benci. dan sakit hati. dan bole membuatkan aku rasa mau menangis bila aku fikir²kan.

selama ni, aku fikir apa yang aku lalui ni sudah cukup susah and mencabar. aku suka merungut hidup aku bosan, terpaksa study, terpaksa melalui persepsi orang² tempatan di sini yang memenatkan aku mentally and fizikally,tapi cabaran yang mereka lalui lagilah getir, lagi hebat.

ya Allah, kuatkanlah semangat mereka untuk menempuhi ujianMu ya Allah. Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang.

aci dila rindu :(

Sep 22, 2012

rayer.

salam :))

harini kitaorang sambut 'raya' rennais. ekceli mau buat minggu lepas, tapi sebab ramai yang xrespon proposition aku, so buatlah minggu depannya yakni harini.. best memang best dapat jumpa rennais lain. tahun ni ramai yang teda, tapi ada jugak 4 orang budak baru masuk sini. as for me, alhamdulillah, aku da boleh bercampur dengan budak² ni. kalo mau dibandingkan sambutan raya tahun lepas dengan sambutan raya tahun ni, memang jauh beza kut. dulu segan, cakap pun bila perlu ja. sebab bila cakap ja terus diorang imitate aku cakap sabah >< tahun ni, men hentam ja cakap. diorang imitate pun ikut gelak ja (memang da jadi bengong campur ngan budak² nih :p)






taraa taraa!

bon weekend peeps! ;)

Sep 17, 2012

bebel².

salam uolsss!

huarghh. aku tengah nda betul ni so memang banyak benda aku mau cerita harini. ok ayat pun da tunggang-langgang. silalah bersabar dengan sayer yer hiks. minggu lepas, yakni hari isnin 14/9 secara officially bermulalah sem uni yang baru. aku kini bergelar pelajar master dalam bidang kimia (wahh glemer gitu :p ). alhamdulillah, nda sangka bole lepas satu tahun licence (degree) yang serba mencabar tahun lepas. and nda sangka bole dapat mention assez bien (2nd class honours).  syukurrr sangat! :)

jadi budak master nda senang. fin, memangla lagi susah dari degree kan aku merepek apa ni huargh. what i mean is that, theory banyak gila babeng, cikgu cakap and tulis lajuuu gila babeng semua pun babeng. hiks. oh kitaorang kat sini jarang pakai slides or buku, sumanya salin jer so lepas satu kelas tu memangg rasa penat 
>< apa² pun aku kagum dengan cikgu aku. kebanyakannya terdiri daripada lecturer and researcher yang memang berpengalaman, so jarangla mau jumpa cikgu yang muda². tapi tapi tapiii bila mengajar semangat gila. mengajar tak tengok nota ok. lepastu tulis laju pulak tu. memang mantopsss.

selain daripada theory yang manyak, tahun ni manyak eksperimen jugak (TP).  sila tengok jadual waktu di bawah:


aku tau ni realiti bagi seorang chemist. huu. bermula bulan depan, bermulalah session eksperimen 4 hari dalam seminggu, dari kol 8 pagi hingga 6 petang selama sebulan. aku just mau cakap ja, bukan mau tunjukkan yang kos chemistry ni lagi susah dari kos lain. so xpayah bandingkan kos aku ngan korang, aku paham. just saying, no offense keh :)

and then ada internship jugak. yang nilah yang membuatkan aku pening. da 2 tahun berturut² aku buat internship aku di France. cukup²lah kut. lagipun duration intern aku 3-6 bulan, which is why possibility aku mau dapat intern di France ni lagi berkurang. sebabnya ada law baru di Fr yang cakap kalo intern lebih dari 2 bulan kena bayar, dalam 436 euros sebulan gitu. so company/lab memang pilih orang betul² untuk kerja ngan diorang sebab berbayar. sedangkan time diploma dulu yang duration internnya hanyalah sebulan lebih (meaning xberbayar) aku apply intern dekat 20+ tempat pun suma kena reject, so kali ni hantar 40 pun aku nda rasa aku dapat offer. lagi² bila nampak gambar aku pakai tudung kan, lagilaaa awal² lagi kena reject (this is the truth, i'm not being a pessimist).

so solutionnya, buatlah intern dekat foreign countries!! meowww. kuat betul hati aku mau buat di UK. kempunan study sanakan, dapat buat intern di sana sekejap pun jadila :p ada jugak cikgu propose intern kat University of Durham. aku berminat, tapi bila dapat tau yang uni ni antara top uni yang buat research di UK terus aku macam takut. tapi cikgu cakap Uni Rennes 1 pun top di Fr jugak, so xpayahla takut. so aku try untuk apply buat di sana. doakan untuk aku keh. by this pertengahan october ada jawapan dia. kalo da dapat nda payahla aku pening² mau cari intern lagi heee :D lepastu ada juga proposition intern di Swiss, German, Australia and India. aku try apply ja semua mana tau yang Durham ni nda dapatkan. so sekarang ni aku tengah kumpul duit sebab kalo mau intern di overc kena pakai duit sendiri. of course bole mintak scholar dari uni tapi tarikh tutup application dia krismas nih. so aku pun nda taulah sempat or nda. kalo ditakdirkan aku dapat tempat lain and aku dapat jawapan lepas krismas, terpaksala aku guna duit aku sendiri. ndapala kan, bila lagi mau dapat pengalaman. itu yang mahal tuh ^^

ok da abes membebel. aku baru balik dari kelas sebenarnya. malasnyaaa mau masak. matai. doakan aku dapat intern di Durham tu tau tauuu. hee take care daa! 

Sep 14, 2012

testing.

me playing Hansel and Gretel. I'm merely a débutante, so kalo xsedap mintak maafla yee :)


aku baru balik dari dinner ngan lesley, hie ming and kessler. balik² trus main keyboard. alang² tudung xtanggal lagi bek amek video. biasalah, orang forever alonekan, faham² la :p

btw lampu ruang tamu aku memang gelap. kalo dalam vid ni nampak kuning. memang macam lampu tidur. esok pagi pergi intermarché mau cari lampu warna putih. kalo guna lampu ni untuk study alamatnya tido la i ~~

bon weekend! ;)

Sep 9, 2012

*sigh*

salam.

lampu ruang tamu mati. mau tuka tapi tinggi.
lampu kamar mandi mati. mau tuka tapi xreti mau bukak lid dia.
tali 'langsir' aku putus.
tiap kali mandi air mesti keluar dari hose shower head aku. huuu.

sabar jalah. karang terpaksala kol landlord aku suh datang baiki suma² nih.