Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Sep 17, 2012

bebel².

salam uolsss!

huarghh. aku tengah nda betul ni so memang banyak benda aku mau cerita harini. ok ayat pun da tunggang-langgang. silalah bersabar dengan sayer yer hiks. minggu lepas, yakni hari isnin 14/9 secara officially bermulalah sem uni yang baru. aku kini bergelar pelajar master dalam bidang kimia (wahh glemer gitu :p ). alhamdulillah, nda sangka bole lepas satu tahun licence (degree) yang serba mencabar tahun lepas. and nda sangka bole dapat mention assez bien (2nd class honours).  syukurrr sangat! :)

jadi budak master nda senang. fin, memangla lagi susah dari degree kan aku merepek apa ni huargh. what i mean is that, theory banyak gila babeng, cikgu cakap and tulis lajuuu gila babeng semua pun babeng. hiks. oh kitaorang kat sini jarang pakai slides or buku, sumanya salin jer so lepas satu kelas tu memangg rasa penat 
>< apa² pun aku kagum dengan cikgu aku. kebanyakannya terdiri daripada lecturer and researcher yang memang berpengalaman, so jarangla mau jumpa cikgu yang muda². tapi tapi tapiii bila mengajar semangat gila. mengajar tak tengok nota ok. lepastu tulis laju pulak tu. memang mantopsss.

selain daripada theory yang manyak, tahun ni manyak eksperimen jugak (TP).  sila tengok jadual waktu di bawah:


aku tau ni realiti bagi seorang chemist. huu. bermula bulan depan, bermulalah session eksperimen 4 hari dalam seminggu, dari kol 8 pagi hingga 6 petang selama sebulan. aku just mau cakap ja, bukan mau tunjukkan yang kos chemistry ni lagi susah dari kos lain. so xpayah bandingkan kos aku ngan korang, aku paham. just saying, no offense keh :)

and then ada internship jugak. yang nilah yang membuatkan aku pening. da 2 tahun berturut² aku buat internship aku di France. cukup²lah kut. lagipun duration intern aku 3-6 bulan, which is why possibility aku mau dapat intern di France ni lagi berkurang. sebabnya ada law baru di Fr yang cakap kalo intern lebih dari 2 bulan kena bayar, dalam 436 euros sebulan gitu. so company/lab memang pilih orang betul² untuk kerja ngan diorang sebab berbayar. sedangkan time diploma dulu yang duration internnya hanyalah sebulan lebih (meaning xberbayar) aku apply intern dekat 20+ tempat pun suma kena reject, so kali ni hantar 40 pun aku nda rasa aku dapat offer. lagi² bila nampak gambar aku pakai tudung kan, lagilaaa awal² lagi kena reject (this is the truth, i'm not being a pessimist).

so solutionnya, buatlah intern dekat foreign countries!! meowww. kuat betul hati aku mau buat di UK. kempunan study sanakan, dapat buat intern di sana sekejap pun jadila :p ada jugak cikgu propose intern kat University of Durham. aku berminat, tapi bila dapat tau yang uni ni antara top uni yang buat research di UK terus aku macam takut. tapi cikgu cakap Uni Rennes 1 pun top di Fr jugak, so xpayahla takut. so aku try untuk apply buat di sana. doakan untuk aku keh. by this pertengahan october ada jawapan dia. kalo da dapat nda payahla aku pening² mau cari intern lagi heee :D lepastu ada juga proposition intern di Swiss, German, Australia and India. aku try apply ja semua mana tau yang Durham ni nda dapatkan. so sekarang ni aku tengah kumpul duit sebab kalo mau intern di overc kena pakai duit sendiri. of course bole mintak scholar dari uni tapi tarikh tutup application dia krismas nih. so aku pun nda taulah sempat or nda. kalo ditakdirkan aku dapat tempat lain and aku dapat jawapan lepas krismas, terpaksala aku guna duit aku sendiri. ndapala kan, bila lagi mau dapat pengalaman. itu yang mahal tuh ^^

ok da abes membebel. aku baru balik dari kelas sebenarnya. malasnyaaa mau masak. matai. doakan aku dapat intern di Durham tu tau tauuu. hee take care daa! 

No comments: