Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Sep 2, 2012

Berat.

salam.

4 hari lagi aku bakal meninggalkan bumi Malaysia yang tercinta ni.  Tanpa disangka-sangka, cabaran yang paling hebat melanda keluarga kami hari ini. Tidak pernah sekalipun kami pernah diugut dan dicerca sebelum ini, lebih-lebih lagi daripada seorang lelaki yang dulunya datang ke rumah kononnya ikhlas untuk memetik bunga di taman kami, yang nampak saja bersopan-santun dan menghormati orang tua, tapi rupa-rupanya iblis yang bertopengkan manusia.

GERAM.

Isteri bukanlah bahan untuk melampiaskan kemarahan. Bukan untuk ditendang,ditumbuk dan dicaci sesuka hati.
Isteri bukanlah kuli yang dikerah tenaganya untuk menyara keluarga.
Isteri sepatutnya kedudukannya di hati, bukan di tapak kaki.

Ya, aku tahu kehidupan mereka agak daif sebab engkau tidak bekerja. Tapi dia isterimu, yang sepatutnya kau berikan nafkah pulak yang terpaksa mencari makan untuk perbelanjaan barang rumah, kereta, susu anak. Bagi aku, susah dan senang tu hadapilah bersama. Bukannya beban diletakkan sumanya dibahu isteri. Serious engkau dayus.

Dan bila difikirkan yang keluarganya pun tahu akan sikapnya tu, tapi masih juga mahu menjodohkannya dengan sepupuku yang jauh tarafnya darinya, memang bisa membuatkan darahku mendidih. Apa, engkau fikir perempuan di pulau kecil ni rendah sungguhkah martabatnya untuk dikahwinkan dengan seorang penagih dadah? Patutlah sepupumu tergelak sinis bila kuceritakan tentang perkahwinan mereka yang serba indah. Rupa-rupanya kami ditipu hidup-hidup! Dasar.

Buat kakak sepupuku yang sangat dila sayang,
Sungguh besar penderitaan dan pengorbananmu kak.Kakak cantik, berpelajaran dan menghormati orang tua, tapi dapat jodoh yang memang tidak sekufu dengan kakak. Dila berdoa sangat-sangat kakak akan dapat suami yang lebih baik dari dia dan ayah yang baik untuk caip. iA tidak akan putus doa dila buat kakak.

Dila betul nda tau cemana mau kestau kaka apa yang terbuku di hati dila bila dila berhadapan dengan kakak tadi. Jadi semuanya curahan hati dila, dila coretkan di sini. Dila takut umur dila nda panjang and i couldnt tell u all these.

I love you so much. And ketahuilah yang i'll support whatever decision u gonna take afterwards.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: