Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jun 18, 2012

:)

salam.

sori lama suda nda update. hari jumaat tu aku ada makan² ngan kawan² di lab, then kol 2 aku sda balik rumah, eskep nda pigi kerja petang tu ehee. baru beberapa jam merenung komputer,suda aku kebosanan tahap gaban. nasib bek budak² ni ajak minum petang di columbus. bagus betulla timing. aku pun pergila. and this is the first time ak rasa ak terlebih banyak cakap dari diorang sebab selalunya aku diam ja. ni mesti kes tensen pasal report. nasib bek hantar suda :D so lepas minum² tu pigi jalan² di parc du thabor :)


sabtu tu plak malamtu ada makan² ngan diorang. so petang tu sibukla aku masak sebab diorang ni bising² kunun ak xpenah masak pun untuk diorang. padahal selalu ja aku buat kek. ndapala. memandangkan ramai yang bakal pindah tahun depan so untuk kali ni jalah aku masak sedap².

lasagna + ayam masak lemak cili padi + udang butter :)

ahad plak time tengah syok² tengok drama korea tiba² fahmi msg. oh rupanya dia ada rennes, so dia ajak aku kuar. oleh sebab aku pun bosan jugak duk sorang², aku kuar la. ada drg ainaa and mimi skali. kitaorang g subway then g main game kinect ><  last² lepas 3 jam lebih baru sampai umah. sampai umah da malas mau masak. so macam besalah eh. makanan rutin aku la lagi jadi menu. then sambung tengok cerita korea. and last² aku xbuat pun slides untuk presentation aku miahhaa. ok patutnya aku kena sambung buat ni, tapi aku melencong sebab malas :p

oklaaa daa bai!



Jun 12, 2012

:)

buat mama and babah tercenta,


selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-24!!!!

dila sayangggggg sama kamu!! can't wait to see u both!! muahh

Jun 11, 2012

ehem.



cantik x aku lukis? heeeeeeeeeeee :D

 *mode bengong buat report lama²*

Jun 9, 2012

lain macam.

salam.

aku kat marseille skang ni (peaceee ^^ v) so bila da jumpa kawan lama mesti akan keluar cerita yang femes lagi sensasi yakni topik kahwin. biasala, umur sda 23 memangla masing² cakap pasal tu kan. summer ni pun ramai ja budak france yang kahwin. dari batch aku fp8 zul kahwin sebelum posa ni. then lepas raya ada gak dua orang  akhawat yang kahwin. tapi aku xpergi sebab da ada plan pergi cuti² ke luar negara :p apa² pun selamat pengantin barulah. semoga bahagia ke anak cucu :))

doakan aku bertemu dengan jodoh aku jugak. malas da carik. kalo suka orang pun mesti orang xsuka aku so skang ni aku just biarkan jodoh ak datang sendiri. rasanya macam budak² ni sumanya akan kahwin n ak ja yang tinggal sorang² nanti. nauzubillah. suka cakap bukan². iA, kena yakin mesti Allah sda tetapkan yang terbaik untuk kita.. :)

semoga aku tabah summer ni. amin.

p/s: sila kira brapa byk kali aku sebut word kahwin. lol fail kalo buat karangan bm :p

Jun 8, 2012

salam.

ehem.

selamat hari jumaat semua!!! wah hepi berabis kan aku harini. padahal report sama slides presentation belum siap lagi. oh well, yang pentingnya weekend mesti enjoy, xmau da tensen² :D but actually tadi pagi aku tensen. siap nangis² macam orang gila. sebabnya aku mau tukar tiket balik msia, tapi hajatku yang suci murni untuk menemui familyku dengan lebih awal xkesampaian.. 

kemarin baru dapat jadual untuk presentation. ça y est, aku present 25hb kol 2 petang. kiranya antara yang terawalla jugak. budak² ni topek ngan izyan dua²nya pass 26hb. so dengan semangat yang membara², aku pun kol mama mau tukar tix. mintak tolong tanyakan auntie ming (makcik aku yang kerja kat mas) cemana procedure dia. brapa penalty kena bayar etc. so bila dapat jawapan dari mama tadi pagi, memang badmood trus la. n aku termengamuk skali. ntah. sakit hati. aku betul² mau tinggalkan negara ni. malaisie me manque bcp.. (i know i'm being a spoiled brat mais bon, i am pun).

so dengan mood yang nda baik tu ak pun pergilah kerja. sepatutnya pagi ni aku akan discuss ngan cikgu pasal report aku, tapi last² dia cakap dia busy so hari isnin baru discuss. memandangkan aku memang da takda mood, nda sampai sejam pun di office aku pun blah. balik rumah then tidur. bangun² tu rasa best lak tengok awan biru. and serta-merta aku teringatkan esok!

ada apa dengan esok? jeng jeng jeng!!! 


i'm going to marseille wehoooo! kalini bukan trip besa² ja tau, sebab slalunya naik train 6 jam gitu baru sampai sakit punggung dok lama². kalini naik kapal terbang uuu haha sakan! so this is the first timenya aku akan pergi travelling dalam france naik kapal terbang. slalunya merayau naik train tapi harga lebih kurg ja kan baik ak ambil flite, satu jam setengah suda sampai. unfortunately ahad tu aku akan naik train so 6 jam gitu baru sampai rennes. mudah²an aku tabah. uhukuhuk.

lepasni mau pergi ke kedai (bandar) mau tengok wayang sorang² then pergi sephora then pergi mcd beli délifrapp then pergi beli barang rumah. kalo sempat malamni aku sambung buat slides n report. kena tdur awal ler. esok kol 5 pagi da kena gerak :D

till then, have a nice weekend everyone!! 

Jun 7, 2012

masa.

kebelakangan ni, aku selalu jadi emo bila tengok gambar baby.
bila tengok gambar kawan² aku yang bertunang or yang berkahwin.
sedih. aku pun mau jugak.
aku slalu cakap ngan diri aku, nanti masa ak akan tiba jugak.
tapi kdg² aku rasa macam aku nda dpt mengecapi saat² itu.
ka itu sekadar perasaan aku ja?
ntahlah. hanya Allah saja yang mengetahui segalanya.