Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku
sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku
ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat
ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada
ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Derita sungguh. Nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang,,
mengucap... ... .. Asyhaduallailahaillallah... ... ... "ucapan itu di
bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia
yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan
nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang
pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara
itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat" ,jawab
doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada
takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,
kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin
berbicara denganmu. Datanglah... ..
Tapi mataku... ... . semakin gelap. Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah
dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang
aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu
ini. Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayap kedengaran
suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya
mampu menangis saja. Dan bila tiba saatnya, Kita akan berpisah.
Tapi,ibu... .. aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan
lah daku.
"Yassin... ... " bacaan yassin terngiyang-ngiyang di
telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan
dengan suara itu.Apakah aku
sudah menghampiri maut?
Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail
datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...
... Aku semakin tegang dan demakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku
tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi
yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku
tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung
resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan
"Panas,dahaga,haus,panas... ... ..". tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek... ... ... ..". "Kau dahaga cu, kau
lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk
syurga,minum air ini".
"Ibu... ... ". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah
susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam,
matilah dalam agama yahudi... ..".
Ayah... ... .kau datang ayah... ... .". "Matilah dalam agama
yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu
kau masuk ke syurga".
"Nenek... .ibu... ..ayah... ... suara kau kah tadi?? Kenapa
kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang, mengucap.
Asyhaduallailahaillallah... ... ". Ucapan itu di ajukan sekali lagi ke
telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami".
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung
hijau,katanya"Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam.
Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini,apa ini?. Akulah
sakaratul maut... ... .!!!!!!". Kedinginan menjalar, merayap
perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku
di selimuti sejuk.
Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan
Allah... ... .".Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun... .
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk
menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk
ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya,
hanyirnya, hancingnya... ... ".
"Assalamualaikum... ... ".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda?".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang
yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.Rambutnya yang tidak
terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning,coklat dan entah
apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat
nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya... ... jijik, loya,
aku rasa... ... ..teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?"
"Tidak!" jawabku tegas. "Mana mungkin aku kenal kau
sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni
wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari
sini".
"Akulah amalanmu yang keji... ... ... .".
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya!
aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.
Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan
dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti. Oh Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa
dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan
bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun
tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk
bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat
kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata
abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini??
"Tolong... .sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan
tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku
Aku malu... ..malu...
..malu... ... !!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih
dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di
bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan
kain itu.
"Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua
buat aku macam ini? Tolong rimas... . panas... ... ..". Kemudian aku
diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam
menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah
kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah
tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku
di usung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.
Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.
Tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana, kelihatan tanah
perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku
takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang
besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke
dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam
memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku
berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan
tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi
tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun... ... . Dari Allah kita
datang,
dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya
mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga
an neraka itu jua benar... ... ..".Sayup sayap aku terdengar tok imam
terus embaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin
lama, akin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di
timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.
Terasa semakin gelap dan ... ... . aku kini keseorangan.
"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan
tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!
Aaaaaaaaa!!!!"
No comments:
Post a Comment