Salam.
Alhamdulillah.Exam da habis!sekarang ni free sda.so ambil peluang ni untuk baca sikit pasal tokoh2 yang ada dalam ISK.Baru habis baca haritu sekali,tapi baca edition yang simple ja,so sekejap jalah habis(entah ingat lagi ka x.kena baca balik huhu)
Dalam banyak2 tokoh dalam ISK yang saya baca tersangat suka sorang tokoh ni.Nama dia Tariq bin Ziyad.Haaa..sapa tau sapa dia ni?hehe.ekceli dia ni salah seorang pahlawan islam yang telah menakluk bumi Andalus suatu ketika dahulu.Sebab suka dia?sebab dia ni mulanya hanyalah seorang budak barbar(kaum dari afrika) yang biasa dan lepas tu berubah menjadi seorang yang luar biasa,seorang pahlawan yang sangat hebat di zaman Umayyah.
Saya sangat suka sejarah.Meh2 mau cerita nih=)
Sebelum kedatangan Islam di bumi Sepanyol,Sepanyol ditakluki oleh seorang raja yang kejam.Nama dia Raja Gotik.Ramai wanita yang dirogol,petani dikenakan cukai yang tinggi dan banyak lagi perkara-perkara tidak berperikemanusiaan yang berlaku.So sebahagian daripada penduduk Sepanyol(yahudi dan kristian) pergi ke Afrika Utara yang ketika itu diperintah oleh Musa bin Umair untuk meminta memerdekakan negara mereka daripada raja yang zalim itu.Musa kemudiannya melakukan pengintipan di persisiran pantai Sepanyol.Pada 711 M,Tariq Bin Ziyad memimpin 12,00 tentera islam untuk menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah untuk ke Sepanyol.
Bila kapal-kapal mereka sampai di eropah,Tariq mengarahkan tentera-tenteranya untuk membakar kesemua kapal tersebut.Dia berseru,"Kita datang ke sini bukan untuk kembali.Kita punya 2 pilihan,sama ada menakluki negara ini dan menetap di sini atau pun syahid".Ramai antara mereka yang beranggapan bahawa tindakan Tariq tu kurang bijak tapi sebenarnya,perlakuan beliau membakar kesemua kapal itu telah berjaya menaikkan semangat tentera-tentera islam untuk menentang 100 000 orang tentera Gotik.menakjubkan,kan?
Tariq juga membahagikan kumpulan kepada 4 kelompok dan mengarahkan mereka ke Kordoba,Malaga,Granada dan Toledo.Semua kota-kota menyerah dengan rela hati.Tyme tu,kedatangan orang2 islam ke sana sangat-sangatlah di alu-alukan oleh penduduk-penduduk di sana sebab mereka sangat tertekan dengan penjajahan bangsa Gotik.Perilaku mulia yang ditunjukkan oleh orang-orang islam juga telah menyebabkan mereka disenangi dan disayangi oleh penduduk-penduduk di sana.
masjid cordoba di sepanyol
#kebebasan beragama betul-betul diakui.Penganiyaan yang banyak berlaku sebelum-sebelumnya digantikan dengan toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa.
#keadilan dijalankan dengan sebaik-baiknya.Sesiapa yang bersalah akan dihukum tanpa mengira pangkat dan keturunan.
#Kordoba menjadi pusat pengetahuan dan peradaban sedangkan eropah pada zaman itu berada dalam zaman kegelapan.
Sebenarnya,Tariq hendak menakluk keseluruh Eropah,tapi dipanggil balik oleh Khalifah ke Damaskus.Beliau kemudiannya wafat di sana.
voila2.
sumber rujukan,
'Tariq Bin Ziyad Mengukir Karang Dengan Namanya'http://kisahislam.wordpress.com/2007/05/28/tariq-bin-ziyad-mengukir-karang-dengan-namanya/
Kalo ada salah dan silap,tolong betulkan ya=)
to cik ipeyn,selamat menyambut hari jadi.tau ada setengah jam lagi mau pukul 12,tapi sama jakan.hehe:)
salam.:)
3 comments:
sbb raja kat spain tu ke wujud aliran gothic ni?:D
dari tenet yg aku dapat,
gothic ni ada 3 maksud:
1)style untuk painting
2)architecture castle2 or cathedrale2
3)untuk describe sumthing yg mysterieux n strange dkt tmpt2 yg gelap n sunyi.
so maybe aliran gothic tu wujud sbb mau tnjk btapa strangenya drg kot.huhu sori.xtau.just opinion aku ja.
Ekceli gotik ni adalah salah satu bangsa di german.dorang menceroboh italy dan menjatuhkan Roman Empire.Orang2 Italy yang xpuas hati pun letak nama art2 tyme Middle Age yg dorang hasilkan sebagai `Gothic'(seolah2 menyalahkan org2 gothic yg telah menjatuhkan tamadun mereka).Renaissance,art gotik ni byk diguna pki untuk bina castle n cathedrale.so sbb tula gotik ni femes.huhu.
voila2 sikit yg ak dpt.maybe raja gotik tu daripada bangsa gotik di german gak kot.wallahuallam.:)
ak pn ska bha smangat tariq nih..
mari jadi bersemangat!!
Post a Comment