Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jan 19, 2010

Al-Fatihah

Salam.

Baru sahaja menerima berita yang Kamal(my senior di SMSL n di France)meninggal dunia.
Masih lagi terkejut.Sungguh kematian ini sangat memberi tamparan yang besar kepada Dila.Napa?

->kita xtau bila kita mati.cukup sdakah amal-amal sbelum ni?rasanya hari2 pon bt dosa.huhu
->kita xtau mungkin tyme balik summer tulah kita akan balik dalam keadaan 'hidup' untuk berjumpaa dengan family kita.
->Sudah terlaksanakah tanggungjawab yang Allah kasi selama ni?Betul2 buat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kah?
->Bagaimana dengan tanggungjawab kita dengan ibu bapa?selama hidup,pernahkah kita betul2 berbakti dengan drg?

Sungguh,kematian ini sangat memberi pengajaran kepada Dila.semalam,kami buat T&T.Dila yang menjadi MC,so it's me yang pilih ayat untuk ditadabburkan bersama.

ayatnya berbunyi:
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya(31:34)

Subhannallah,sekarang baru terasa betul2 rasa akan sense ayat tu bila Allah tunjukkan contoh di depan mata.Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham,semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.

2 comments:

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

al fatihah untuk sahabat kita..semoga roh kalian dicucuri rahmat..=(

shinichi said...

takut pulak baca post ni.huhu kenapa nak 'takut' mati je? no action taken? hmm good point to hold.