bangun2 pagi di pagi ahad yang sunyi ni,banyak membuatkan dila berfikir.kebelakangan 2 minggu ni,memang dila dihantui dilemma yang amat sangat.sebabnya:just because dila dapat the highest marks in chimie general.dila tau,itu adalah satu anugerah yang tidak pernah sekalipun dila dapat selama dila belajar di france ni.tapi sebenarnya,itu juga adalah satu dugaan daripada Allah.kenapa?
Teringat time dila di Tours setahun yang lalu.Situasi yang hampir sama.Dila dapat markah yang bagus dalam math.Tapi lepas tu,penyakit riak dan malas mula bermaharalela di hati.Konon2nya sda pandai,jadi xpayah stadi.2 bulan lepas tu,hasilnya,markah untuk suma subjek dila jatuh merundum dan dila menghadapi stress yang amat sangat.Oleh sebab stress yang xdapat dibendung2,akhirnya dila mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia time cuti februari walaupun cuti hanya 2 minggu,dan walaupun time tu dila sda pun membeli tiket ke Ireland untuk program nisa.
Sebenarnya,itulah yang cuba dila elakkan.selama seminggu,dila cuba melawan perasaan riak yang cuba mendapat tempat di hati,sehinggalah satu hari,dila rasa xdapat dikawal lagi.subhanallah,sesungguhnya Allah Maha Mendengar.Bila dila bukak al-quran,Allah memberikan teguran yang tersangat2lah lembut yang berbunyi:
[39]
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
[40]
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
[41]
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
[42]
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
[43]
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
(surah 53,an-najm)
Kemudian Allah sampaikan pula ayat yang lain,yang berbunyi:
[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
(surah 56,al-waqiah)
subhanallah.sungguh,Allah itu maha mendengar dan mengetahui.Thank you Allah.Thank you Allah.sesungguhnya,kita hanya mampu berusaha,dan Allahlah yang menentukan hasilnya.Tidak guna kita berbangga dengan hasil yang kita dapat,kerana sesungguhnya,semuanya datang daripada Allah.
Voila.Pengajarannya,janganlah diikutkan hati yang malas untuk berusaha,dan apabila sudah dapat apa yang diusahakan,jangan pula cepat melatah,jangan riak.Elakkan daripada terkena penyakit HATI ini.Apabila terkena,mintalah pertolongan daripada Allah.Kepada Allahla tempat kita bergantung.Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran.Dila kongsi dengan kamu suma pun untuk mengingatkan diri dila sendiri jugak,kerana manusia itu kan makhluk yang cepat lupa.so..
SAY NO MALAS!
salam!=)