Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jan 14, 2013

omong kosong.

salam uols!

harini macam besa kelas satu hari. start dengan produits naturels, blaja balik pasal glucides macam dekat Béthune dulu. walaupun banyak benda kena ingat, but I still get this tingling feeling whenever aku blaja produits naturels. subjek feveretla tu kuts :p then sambung electrochimie. petang lak chimie organique dari kol 2 sampai kol 5:15 petang.. cikgu kestau tadi ada 29 orang dalam batch yang dapat 5/20 untuk exam lepas, 20 orang ja yang dapat 10 ke atas. ertinya 2/3 daripada batch aku gagal sebab dapat markah bawah 10... Allah. takut betul aku rasa. aku just mengharapkan aku dapat lebih 10, sebab aku betul suda buat yang terbaik, daripada berbelas soklan haritu ada 2 ja yang aku nda confident jawab. walaupun yang len tu aku dapat jawab and rasa betul, tapi aku tau ada ja possibility apa yang aku jawab tu salah kan. yang pentingnya, kalo aku dapat 10 pun aku bersyukur suda. aku nda mau resit paper. siyes nda mau. banyak gila reactions, mecanismes, reactifs kena ingat. aku nda sanggup melalui semua tu lagi.


nilah jadual waktu aku minggu ni.cantikkan berwarna-warni? nampak macam pack ja kan, in reality, kelas aku macam di bawah ni ja :p kecuali Khamis pagi tu I got English class and petang jumaat tu I still got lab kol 2 petang, dun know napa dia xdetect. still, minggu ni nda banyak kelas. as for tomorrow, lab petang tu kensel, stat minggu depan :D so esok petang I fweeee! sukeeee laaaa!!


sekarang ni banyak betul benda kena urus. internship, reunion bulan 2 ni, trip family bulan 4 ni, then risau lagi fikir pasal result yang maybe keluar minggu depan. aku takut. tahun lepas diorang cakap untuk sem 1 30% ja yang lulus. memang master 1 susah. tapi aku suda buat yang terbaik. aku just berdoa semuanya akan baik² aja.. sebab risaukan semua ni, aku rasa aku ter'stress' juga kut and consequence nya, aku lambat cuti abc lagi. semalam aku tengok calendar baru aku sedar lambat seminggu. aku betul nda mau jadi macam tahun lepas, 2 bulan aku x cuti. sebab stress fikir internship + exams. rasa nda normal betul. and last² aku pigi nangis sampai bengkak² mata sana. ntah. nda suka. sedih. I just can't help it.

haritu borak ngan budak² ni. macam biasa soklan diorang mesti nda lari dari cari bf baru. I hate it when diorang cakap, 'aik belum jumpa yang baru LAGI?' erm. kalo aku desperate sangat mau berbf lepas aku breakup tu aku bole ja cari yang baru. tapi sampai sekarang aku masih sendiri. aku nda mau buang masa dengan orang yang salah,nda mau benda dulu berlaku lagi. cukuplah sekali. ntahla, aku rasa aku suda lupakan benda lalu, tapi bila tertengok drama or baca cerita yang lebih kurang macam apa yang aku lalui dulu, sedar nda sedar aku nangis juga. nda sangka, rupanya luka dulu masih belum sembuh sepenuhnya... tapi apa pun aku rasa aku da ok dari dulu. alhamdulillah, walaupun aku nda contact sangat dia, tapi sekarang ni bole la dikatakan hubungan kami da semakin baik. bukan lagi macam musuh. itu pun suda cukup. apa² pun aku harap dia akan jumpa perempuan yang baik secocok dengan dirinya.

k mau sambung baca nota la untuk esok. nite kengkawan :)

No comments: