Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jan 8, 2013

marah.

salam.

harini aku puasa ganti. memang macam badmood sikit, ntahla. pms kut. tapi ada jalah manusia yang buatkan hati aku mendidih.

ada sorang manusia ni. dulu time sem 1 dia kira rapat ngan aku. haritu dia pinjam report lab aku, kononnya mau buat rujukan. tapi rupa²nya dia pergi copy paste. sakit hati jangan cakapla. mulai haritu aku memang mengelak mau cakap ngan dia. kalo dia sms pon aku buat² bz. sebab aku rasa dia berkawan dengan aku sebab ada udang di sebalik batu.

sem 2 ni kami kena pilih option apa yang kami mau specialise untuk master 2 nanti. skalinya aku sekelas ngan dia. kalo dia bawa aku bercakap tu, aku balas jalah. tapi bila dia da mula buat macam aku ni 'gf ' dia, tanya do you miss me? lepastu cucuk² pinggang, memang nak rasa penamparla. da banyak kali dia buat tapi aku marah dia buat dek ja. tadi aku marah skali dia cakap, 'relaxla, bukan aku mau rape ko pon'. mais QUAND MEME! t'es même pas mon mari quoi! qui es-tu dans ma vie??? lepastu memang kena marahla ngan aku. kena yang kaw² sampai last² dia cakap, 'd'acc, j'ai compris'. harapnya lepasni nda berulang lagi. 

balik umah rasa was² lak. aku da termarah orang tadi!! batalla puasa aku! :( then search kat tenet jumpa ni:

Soalan:
Maaf jika soalan ulangan, dah cari thread tp x jumpa.
Anggapan umum bhw MARAH ketika berpuasa (atau buat orang yang berpuasa marah) boleh membatalkan puasanya sendiri. Apa dalilnya?
Jawapan:
Setakat apa yg ana tahu dari pembacaan yg sedikit, tidak pernah ana bertemu ada ulama menyebut MARAH membatalkan puasa. Lebih-lebih lagi MARAH itu sendiri bukanlah satu dosa. Ia adalah perasaan semulajadi yg boleh berlaku pada mana-mana manusia. Malahan, ada marah yang dituntut oleh syarak, iaitu marah kerana ALLAH.
Cuma ada sedikit khilaf di kalangan ulama dahulu, berkenaan BERCAKAP DAN MELAKUKAN PERKARA HARAM spt mengumpat, adakah ia membatalkan puasa atau tidak?
Jumhur ulama, malahan hampir keseluruhan ulama mengatakan maksiat2 itu TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Malahan ada ulama menukilkan IJMAK.
Imam Auzai mengatakan ia MEMBATALKAN PUASA. Beliau berdalilkan kepada zahir larangan puasawan daripada mencarut dan membuat perkerjaan2 jahil. Antaranya:
1) Hadis “Apabila salah seorang kamu berpuasa, maka janganlah mencarut dan melakukan pekerjaan jahil, Jika ada orang menyerang kamu, katakan: Aku bepuasa”. HR Bukhari (no: 1805) dan Muslim (no: 1151).
2) Hadis “Siapa yg tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya, maka tiadalah hajat bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minumnya”. HR Bukhari (no: 1804).
-Imam Nawawi menjawab: yang dimaksudkan dalam hadis2 itu ialah: kesempurnaan dan kelebihan puasa akan tercapai dengan cara menjaga diri daripada perkara2 lagho dan percakapan yang kotor. Bukan bermaksud ia membatalkan puasa.
-Syiekh uthaimin menjawab: Perbuatan maksiat dilarang samada puasa atau tidak puasa. Kaedah: Larangan umum dalam ibadah, tidak merosakkan ibadah. Yg merosakkan ialah larangan khas.

sumber

ok sekarang aku mau kasi sejuk² ni hati. bai.

No comments: