Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jun 27, 2013

it's always hard to say goodbye...

salam.

minggu ni minggu terakhir aku di Durham. minggu last baru berani bocorkan tempat ai buat practical takut pihak² tertentu tahu (evil grin). sebab aku mau abis suda selasa depan isnin tu ada budak baru masuk. so kononnya aku jadi coordinatorla, ajar dia cemana guna Schlenk Line, guna glove box, guna Mestrenova, guna Scifinder untuk cari publication..and the hard thing is that, aku kena pk untuk sentiasa ada benda kasi budak tu kerja and kasi bizehkan dia. susah jugala sbnrnya jadi cikgu nih. not my thing laa XD

lepastu kemarin time group meeting aku buat presentation. kiranya cam latihan la untuk presentation aka soutenance aku di france insyaAllah khamis depan. bila Corinna, my supervisor tanya aku soklan² inorganic and theoretical chemistry alhamdulillah aku boleh jawab. walaupun aku rasa cam nanti bila soutenance aku bole jawab kira² 70% soklan profs tapi aku rasa betterla jugak kalo ak tengok² balik nota manala tau drg kasi soklan kaw² yang susah punya. huu.

 3 copies of my report yang kena dihantar ke France guna post which actually costs me 35£ :/ ya, uni Rennes mmg ngada, xble hantar pakai emel kunun. isk.


bila report suda dihantar, slides suda siap, sekarang barulah rasa lega sket. tapi in the same time sedih juga mau tinggalkan tempat ni. nilah yang first time nya aku memang bercampur dengan kekawan kerja aku. diorang sangat baik and helpful, and memang bole jd geng gosip yang terbaek haha. 

apa yang aku dapat dari practical training ni is that tidak semua eksperimen tu akan menjadi macam time practical lab di sekolah dulu. mau buat eksperimen tu terpaksa la menjulingkan mata mencari and membaca publications yang berlambak. then kalo first time eksperimen nda menjadi terpaksa cari condition lain, solvent apa mau pakai, berapa lama mau biarkan reaction tu, treatment dia lepastu cemana.. lepas stage ni baru aku tau kena kena buat camni and camtu. kalo dulu men ikut instruction jalah. kat sini, u need to try it urself girl. sebab tida pernah lagi orang buat compound  ni. gitulah kehidupan sebagai researcher sebenarnya :)

Belakang dari kiri: Emma, Stacey, Elin, Muhammad;  Depan: me and Corinna

tadi aku tanya prof aku, aku kena masuk kerja ka selasa depan. dia cakap, ask emma, she might want you to come.

so tadi kebetulan emma cakap dia mau balik sama aku sebab dia lalu jalan sama ngan aku untuk ke parking lot dia. aku tanyala, napa Corinna suruh aku tanya dia pasal Selasa tu?

marah si Emma. siap cakap Corinna ni stupid lagi tu. lol. sebabnya Selasa depan diorang suda book di restaurant untuk buat farewell lunch ngan aku sebelum aku leaving. dia marah sebab si Corinnala dia kena bocorkan pasal surprise tu dekat aku.

terharu okehhh. drg mmg baik, kan? :)

till then. xoxo.

2 comments:

oshn said...

best la dila...
mau jadi macam tu juga. aku ni teperuk dalam lab aku ni jak la....

Unknown said...

sweetnye mereka nie..hehehhe