Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Dec 27, 2012

Istanbul: Day 1.

salam.

alhamdulillah harini kami berpeluang untuk melawat princes islands or Ardara. Daripada 4 per 9 pulau yang berpenghuni, kami sempat melawat 2 sahaja, yakni Buyukada and Hebyeliada. apa istimewanya islands ni? Dulunya di sinilah kononnya golongan royalty kena buang negeri supaya tidak berlakunya perebutan kuasa. Sekarang ni pulau ni biasanya didiami oleh kawasan orang kaya, u got to see their houses, skali buat rumah bukan alang-alang, buat sampai 3 tingkat you! tapi biasanya diorang datang sini pun time summer saja, winter ni dibiarkan kosong. Istimewanya pulau ni dari kawasan darat Istanbul ialah ianya sangatlah peaceful,udaranya sangat segar and and and boleh dikatakan kenderaan agak susah dilihat di kedua2 pulau ni. Selalunya diorang naik basikal or kereta kuda sahaja! mantopkan?

Seawal pukul 8 pagi kami sudah bergerak ke port Kabatas untuk ambil ferry ke Buyukada. Perjalanan mengambil masa 1:15 minit. Sampai ja sana pergi sewa kereta kuda round pulau, harga dalam 70 TL (Turkish Lira). Sebenarnya kami rasa macam kami kena scam. Normally untuk 4 orang harga 45 TL tapi sebelum naik tu kawan pakcik tu cakap harga untuk 5 orang 50 TL tapi bila bayar pakcik tu mintak lebih pulak. Oleh sebab masalah komunikasi so kami pun mengalah.

Pukul 12:40 tengah hari kami pon bertolak ke Heybeliada. Yang tak bestnya harga tix mau ke sebelah pulau tu sama dengan harga tix one way dari Kabatas- Buyukada yakni 5 TL. agak nda mesra pelanggan di situ yer. Sampai di situ kami carilah restaurant seafood, mau terai makan ikan and memang sedap! Rasanya dia grill ikan tu, tulah rasa dia lain and sedap. hihu. Lepas solat di masjid dia, kami pon menyesatkan diri naik ke atas bukit mau cari monastery yang menjadi tarikan pelancong di pulau tu. Yang bestnya dalam perjalanan mencari monastery tu kami terjumpa dengan seorang makcik ni. Sangat baik ok, sanggup jalan naik atasss bukit berkm jauhnya just nak temankan kami. And yang jadi teman bercerita dia ialah encik Bucks and cik Angosh yang paham bahasa german sebab makcik tu berkomunikasi dalam bahasa german. At 5:15, kami pon ambil ferry direct pulang ke Katabas selepas incident lucu dengan anjing di pulau tuh. Biarlah menjadi rahsia antara kami sahaja. hihu.

Sampai2 ja di Katabas ngam2 azan isyak berkumandang. Subhanallah, nda boleh digambarkan dengan kata-kata macam mana rasa indah dan tenangnya dapat dengar azan secara live. Then kami decide untuk solat di masjid tu yakni Domabahce Mosque. Siyes this is the first time aku rasa suka sangat solat kat masjid. tandas and tempat ambil wuduk dia bersih and cantik, ruang solat dia harum and bila solat rasa karpet tu warm. Esok iA kalo berpeluang mau try solat di Blue Mosque pula :)

Lepas solat tu jalan2 di kawasan Taksim and menyelusuri Iksidal Steet sejauh 3km yang penuh dengan kedai yang best2. Tahan hati sajalahkan daripada terbeli.hihi. Sampai hotel ja suma orang rasa longlai sebab banyak gila berjalan today. yer aku jalah yang semangat mengupdate blog nih. hihu. kla nite nite :D

p/s: gambar di ambil di Buyukada berhadapan dengan Turki bahagian asia :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

1 comment:

sab prague said...

menarik dila :)