Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Sep 23, 2013

speechless.

Mau cek jadual waktu kat tenet. Tertekan result. Terkedu.


Xsangka apa yang aku impi²kan selama ni menjadi kenyataan. Rupa²nya tahun lepas aku di antara top 10 dalam batch aku.. ya Allah.. siyes speechless. thank you Allah.

Tahun ni kenalah kerja lebih kuat lagi.. nda boleh lalai and bangga dengan result ni. huhu. doakan aku :)

till then. xoxo.

Aug 23, 2013

like

orang kata, jangan gaduh sangat nanti lama² boleh jatuh suka.

dulu dengan ex, dia memang musuh time prepa di INTEC. gaduh ja kerja, tengok² jadi bf and betul² jatuh sayang. and then susah betul mau lupakan dia.

sekarang ni, benda tu jadi balik dekat aku. masalahnya orang tu suda ada gf for god sake. gila kan aku ni?

aku rasa aku ni kepala otak nda betul kali suda. nampak kawan² kahwin mulala ni jadi bengong. haih.

doakan aku cepat² hapuskan perasaan nih. amin.

till then, xoxo.

Aug 18, 2013

ehem.

Salam..

First of all selamat hari raya kamu² suma.. mintak maaf kalo ada salah dan silap. manalah tau ada terkasar bahasa and ada terbuat salah yang menyakitkan hati kamu suma. 0-0 la aa :D


nda lama lagi mau balik France and sambung balik perjuangan yang bakal selesai tahun depan, iA. macam² perasaan ada. malas. takut. bimbang. tp sekarang ni ndala nervous berabis pun, tunggulah nanti bila esoknya mau balik Fr, mesti berdebar² jak rasa. kompom 100% XD yang penting sekarang ni mau enjoy dulu sebelum bergelumang dengan formula² organic chemistry tahun depan. fuhh. nda pecaya aku bole amek kos yang bagi aku paling susah dalam chemistry ni. kononnya mau cabar diri. harapnya nda tersalah ambil kos la. hihi.

till then. xoxo XD

Jul 15, 2013

update

salam.

alhamdulillah seminggu suda aku di Labuan nih. 7/7 haritu, hari bila aku bakal berlepas balik ke Malaysia aku dapat perkhabaran sedih dari Labuan. Cakah mati.... ya rabbi. memang terus teda semangat ni mau balik. mata pun jadi mata panda suda nangis². si Cakah ni lah yang paling manja sama aku. kalo aku duduk² di beranda depan or belakang rumah adala tu ya datang lenggang² n duduk atas peha minta manja. bila dengar news tu memang rasa macam kehilangan anak.. macam terbayang muka innocent dia tu. tapi bila tengok kubur dia rasa macam nda percaya lagi ya mati. reality really bites, kan? :(

apa² pun bila balik rumah mestila best kan, eventhough without his presence. ada baby baru (si Sa'e yang bulat double chin hehe), kalo bosan² bole kacau orang, makanan sedap, and believe or not, sejak aku balik memang aku kena sumbat ngan durian, tarap and mangga oleh parents, makcik and pakcik aku. coz they knew these 3 are my favourite fruits ^^ tambah lagi ngan makanan msia ni kan. macam nda tau, heaven gilaa. nda lama memang gemukla aku ni haha :p

let's get to the main update. I've finally received my results just now. and the result is;


M1 passed with 2nd Class Honours yehuuuu! alhamdulillah ^^

ekceli haritu selepas aku abis degree kekawan aku suruh aku pindah dari Rennes. alasannya sebab bebudak Rennes ni agak 'social'. aku tahu niat baik diorang tu, diorang nda mau aku terpengaruh dengan diorang and in the same time menjejaskan prestasi aku; but in the same time aku betul mau buktikan, persekitaran aku nda akan mengganggu pelajaran aku and walaupun diorang nampak cam social; tapi bila berkawan dengan diorang aku bole mantapkan lagi result aku. 

walaupun pada dasarnya Rennais nampak cam social, dioranglah peneman aku bila aku kesunyian. dioranglah yang selalu ajak aku keluar makan², men gem or tengok movie time weekend. kalaulah tanpa diorang, aku xrasa aku bole survive duduk sorang² di Rennes tu. have I told you before that Uni Rennes is one of the best unis in France? and believe or not sem 1 aritu only 30% dari batch aku yang lulus. so bayangkanlah kan cemana stressnya mau study untuk exam kalo aku duduk sorang²? memang gila aku. kompom 130%.

so moral of the story; don't judge a book by it's cover and kalau tak kenal maka tak cinta. wahh gitu. 

Selamat berpuasa semua. yang bercuti summer tu, happy hols!!! :D

till then.
xoxo


Jun 27, 2013

it's always hard to say goodbye...

salam.

minggu ni minggu terakhir aku di Durham. minggu last baru berani bocorkan tempat ai buat practical takut pihak² tertentu tahu (evil grin). sebab aku mau abis suda selasa depan isnin tu ada budak baru masuk. so kononnya aku jadi coordinatorla, ajar dia cemana guna Schlenk Line, guna glove box, guna Mestrenova, guna Scifinder untuk cari publication..and the hard thing is that, aku kena pk untuk sentiasa ada benda kasi budak tu kerja and kasi bizehkan dia. susah jugala sbnrnya jadi cikgu nih. not my thing laa XD

lepastu kemarin time group meeting aku buat presentation. kiranya cam latihan la untuk presentation aka soutenance aku di france insyaAllah khamis depan. bila Corinna, my supervisor tanya aku soklan² inorganic and theoretical chemistry alhamdulillah aku boleh jawab. walaupun aku rasa cam nanti bila soutenance aku bole jawab kira² 70% soklan profs tapi aku rasa betterla jugak kalo ak tengok² balik nota manala tau drg kasi soklan kaw² yang susah punya. huu.

 3 copies of my report yang kena dihantar ke France guna post which actually costs me 35£ :/ ya, uni Rennes mmg ngada, xble hantar pakai emel kunun. isk.


bila report suda dihantar, slides suda siap, sekarang barulah rasa lega sket. tapi in the same time sedih juga mau tinggalkan tempat ni. nilah yang first time nya aku memang bercampur dengan kekawan kerja aku. diorang sangat baik and helpful, and memang bole jd geng gosip yang terbaek haha. 

apa yang aku dapat dari practical training ni is that tidak semua eksperimen tu akan menjadi macam time practical lab di sekolah dulu. mau buat eksperimen tu terpaksa la menjulingkan mata mencari and membaca publications yang berlambak. then kalo first time eksperimen nda menjadi terpaksa cari condition lain, solvent apa mau pakai, berapa lama mau biarkan reaction tu, treatment dia lepastu cemana.. lepas stage ni baru aku tau kena kena buat camni and camtu. kalo dulu men ikut instruction jalah. kat sini, u need to try it urself girl. sebab tida pernah lagi orang buat compound  ni. gitulah kehidupan sebagai researcher sebenarnya :)

Belakang dari kiri: Emma, Stacey, Elin, Muhammad;  Depan: me and Corinna

tadi aku tanya prof aku, aku kena masuk kerja ka selasa depan. dia cakap, ask emma, she might want you to come.

so tadi kebetulan emma cakap dia mau balik sama aku sebab dia lalu jalan sama ngan aku untuk ke parking lot dia. aku tanyala, napa Corinna suruh aku tanya dia pasal Selasa tu?

marah si Emma. siap cakap Corinna ni stupid lagi tu. lol. sebabnya Selasa depan diorang suda book di restaurant untuk buat farewell lunch ngan aku sebelum aku leaving. dia marah sebab si Corinnala dia kena bocorkan pasal surprise tu dekat aku.

terharu okehhh. drg mmg baik, kan? :)

till then. xoxo.

Jun 22, 2013

2 3.

If you are single:
1. You are either talking to someone.
2. Stuck on an ex/crush.
3. Chasing someone who is taken.
4. Ignoring someone who wants you.
5. You are afraid of love vs hurt.
6. You are not ready for any commitment.
7. You are player.