Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Jan 30, 2012

suri rumah.

salam.

baru lepas tengok movie Julie & Julia. dua orang wanita dalam cerita ni bekerjaya, tapi suka memasak. ada husband yang loving and memang support apa ja yang diorang buat. tiba² aku terasa mau jadi suri rumah sepenuh masa and masak sedap² ja untuk my husband and my children in the future.. possible tak rasanya?

Jan 27, 2012

Isteri.

me: mlat aku rasa mau kawinlaaaaa

mlat: haaa kawinla

me : susahla mau cari.aku ni cerewet.aku hanya akan terima lelaki tu kalo aku respect dia and percaya dia boleh bimbing aku,ko tau jugakkan aku ni cemana.macam dalam filem KCB,dia cakap pilih suami kenalah pilih bagus2,sebab melalui suamilah kita masuk syurga.then lepastu kalo nda silap ak ustaz azhar idrus ada cakap,kalo perempuan better cari laki yang boleh membimbing,nanti dengan dia2 skali terikut2 laki dia lost.

mlat : tapi aku tak setuju sangat. Bagi aku perempuan ni ada influence yang besar gak kepada suami dia. Kalo suami dia nampak dia solat,walaupun dia tak solat nanti dia solat sebab nak jadi baik macam isteri dia. So tak semestinya kalo dapat suami yang xbaik tu kita pun akan terjebak.

me : tapi tu pun kalo laki dia sayangkan bini diala.kalo dia xsayang mana dia nak ikot.

mlat : haah tulah..


So..

Pendapat kamu pula macam mana?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jan 24, 2012

Result exam.

salam.

akhirnya setelah dari minggu lepas lagi menunggu, harini keluar jugak result exam final sem 5 bulan 12 haritu. guess what? kali ni result aku xla seperti yang aku jangkakan. voilà result saya sem lepas:


alhamdulillah sem 5 lulus.. bersyukur, walaupun sedih bila tengok subjek kegemaran, atomistique dapat 10, chimie orga and séparation yang confident jawab time exam dapat 10.

kecewa. try untuk xnangis, walaupun rasa hati tu rasa sedih sangat.so tegur seorang kawan di skype, cerita betapa xpuas atinya aku ngan result aku. sedang aku tengah ss nangis sorang², tiba² dia cakap macamni:

sungguh la x bole tenang kwn ak
ape la big deal sgt
huhuhu
maaf, tu dlm kepala ak berkata
kepuasan ku belajar subjek tak terletak pd exm
barangkali, tu psl ak x kesah sgt markah exm bila msuk uni

terasa macam kena tampar² ja muka tu bila kena cakap mcmtu. ahaks.thanks kawan atas sindiran membinamu itu :)

back to work! 

Jan 18, 2012

speechless.

Salam.

tadi macam besalah tengok news feed kat facebook, tiba² tertarik pasal berita bakal isteri ally iskandar. yang paling catchy pastinya nama bakal isteri dia. dalam hati aku, " napa aku macam pernah nampak ja eh nama bakal bini dia ni? study di korea? hurmm"

aku pun dengan perasaan ingin tahu @ menyebok pon bukak la link yang di kasi tu. pandang lama² muka perempuan tu. cantik. comel. siyesss macam pernah tengok. so taipla nama dia di facebook. profile picnya bertulis AF,ally and farah, macam kad kahwin jugak bila diteliti lama². 22 mutual friends? mesti aku kenal ni.

so aku pun bangunla pegi cuci pinggan bekas sungkai tadi. tiba² terlayar di mata aku wajah perempuan tu dengan hanbok. ya, aku kenal dia. dia sama² preparation ngan aku di INTEC dulu! and aku pernah tengok dia dari dekat time dia menggayakan hanbok masa Intec Games 2007. masyaAllah..speechless dengan memori diri sendiri..speechless jugak bila fikir betapa keciknya dunia ni...


apa² pun aku doakan yang terbaik untuk pasangan ni. semoga berbahagia hendaknya :)

p/s: berharap agar nda ditimbak oleh budak² lelaki yang rapat ngan geng² "korea" hihii

Jan 17, 2012

Geram.

salam.

harini bolehlah di katakan sebagai hari yang malang untuk aku.. start pagi tadi dengan terbangun lambat sebab hp habis bateri so alarm ndala berbunyi. tengok jam kol 7h35, kelas pukul 8 pagi! first timelah kena macam tu, paling lambat pun aku terbangun 7h15.tapi ni.. try sabarkan hati walaupun adalah juga rasa gatal tangan tu mau humban hp tu dari tingkap bilik aku ni sampai ke bawah time tu jugak!

lepas kelas tengah hari tadi, kira mau ambil titre de sejour (tds) @ ic. pergi ke ueb ( université européenne de bretagne), sebab aku buat tds dari sana.. tunjuklah récipicée ( ic temporary) kat makcik ueb dengan harapan dia bolehlah bantu aku. then makcik tu pun cakap sambil tengok récipicée, " kamu dari Arras eh? kalo kamu dari region lain memang lambat dapat. sebab nak pindah²kan file tu yang lambat. nanti kamu pergi ke prefecture (imegresen), and cakap nak sambung balik tempoh recipicée kamu ni eh. kamu pergi minta haritu pun boleh dapat".

buat seketika, aku lega bila makcik tu cakap yang benda alah tu akan siap haritu jugak kalo aku mintak. bolehla aku melancong dengan tenangnya bulan 2 ni. tapi, how about my CAF?? dari bulan 7 lagi nda masuk² duit, sekarang sudah bulan 1. nampaknya lambat lagilah mau masuk ni :(  ya, service di france ni memang macam SIPUT. yang lagi worsenya, ic tu setiap tahun kena renew. contohnya ic aku habis tempoh 30 sept haritu yang aku renew tapi sampai sekarang nda dapat². jangan² bulan 2 ni baru dapat. bayangkan 5 BULAN menunggu. then bulan 9 nanti kena renew lagi. memang sakit ati lahhhh aku ngan france nih! 

okie. cool. lepastu sncf (syarikat train) ni pulak yang cari pasal ngan aku. huuu. rasa nak nangisla. siyes macam urghh!!

kbai.

Jan 14, 2012

Dekat.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).