Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Feb 7, 2012

menghitung hari.


this picture was taken time summer 2008. in 10 days lagi jumpa balik selepas hampir 4 tahun xbertemu. perasan? excited! ^^ 

to cik oshn, get well soon! rehat cukup², jalan dari jipun ke europe, aku tau mesti penat gila tu nanti >< tapi ndapa, nanti berabis kita jalan² keh! eheh. and silalah terharu sebab aku buat post ni khas untuk ko :p

ps: comotnya aku time niiiii uhuk uhukk

Feb 6, 2012

Yang Maha Mendengar.

salam.

tersebutlah kisah satu haritu, datangla bad mood aku, rasa sunyi and tensen² ngan sekolah. oleh sebab rasa macam terkurung di rumah, aku pun keluarla makan kebab sorang². time tu malam sda, tapi xrasa takut pun, ntah. bengong sdala tu agaknya sampai berani sangat kuar malam²...

dalam perjalanan balik, aku bermonolog sendirian, napa aku rasa selalu sangat keseorangan eh? padahal di sini ramai malaysian. boleh hang out sama².. but still, napa rasa macam aku teda kawan? and napa aku pilih untuk pergi ke Rennes ni sebenarnya?

so aku pun pandangla ke luar tingkap. ada sungai. siyes cantik dengan bulan yang mengambang. tiba² aku teringat impian aku time di Béthune dulu. nanti 3 final years aku mau rumah yang dekat ngan sungai. boleh pergi jalan² time tensen . rupa²nya tanpa aku sedar selama ni rumah aku dekat ja sebenarnya dengan sungai... subhanallah. siyes. aku terkedu. Dia mendengar apa yang aku minta selama ni, sedangkan benda kecik macam ni pun Dia boleh tunaikan, so mesti ada hikmah tersembunyi napa aku dicampakkan di sini.


Senyum lebar-lebar lepastu. Because I know that He's always there for me. All the time :)


Feb 5, 2012

wikeng

salam.

wikeng hampir habis. oh my can u believe that? and aku nda rasa aku produktif mana pun weekend ni. main ja banyak. oh my lagi skali ><

harini maulidur rasul. percaya or nda 6 tahun lalu hari kebesaran ni jatuh pada tarikh sama ngan birthday aku, which  is sangat special la bagi aku tula aku ingat sampai sekarang :)

quoted daripada halaqah aku minggu lepas:
Rasullullah SAW bersabda: Bertuahlah umatku yang dapat melihatku dan beriman kepadaku.. Tapi lagi bertuah, bertuah,bertuahlah umatku yang tidak dapat melihatku tetapi beriman kepadaku"

sweet nda rasa? :)




mode pasang video ni supaya sedar diri sket huhu.

Feb 4, 2012

matang.

salam.

semalam, ada orang tanya umur aku berapa. peliknya diorang terkejut bila mendapat tahu aku muda setahun dari diorang. aku pun secara berseloroh cakapla, "asal korang pelik? muka aku awet muda eh? "

seorang beliau ni pun balas, " xdela. sebab ko xmatang".

am I?

Feb 2, 2012

nda tahan.

salam.

tadi kelas sampai kol 9 setengah ja. so plannya mau ke UEB jap ambil recipissé then ke CV tengok buku and jacket mama. terjumpa Hisham, so kitaorang pun jalanla sama². tengah hari tu aku terpaksa balik sebab ada rdv ngan mentor aku. sampai kat bilik dia kol 13h12, rdv kol 13h15. tunggu punya tunggu teda plang ya. ketukla pintu. tanya prof dalam tu Mr Calvez ada ka x, dia kata dia pun nda tau.oleh sebab aku rasa sangat penat aku pun baliklah. balik² tu tidur. sedar nda sedar bangun kol 4. terbaiklah. konon mau tidur sekejap ja skalinya sampai terbabas zuhur >< 

tadi baru ja terima emel dari mentor aku tu.


Bonjour,

Je suis désolé, j'étais dans la pièce en face de mon bureau et n'ai pas vu l'heure.
Pourriez vous m'indiquer à quelle date et heure, vous pourriez repasser. Merci.

Cordialement,

Laurent Calvez

tiba² rasa mau nangis baca emel dia. boleh x? ntahla. sesak ngan diri aku yang cepat sangat nak nangis, cepat penat and emosi yang bertukar². wahai cik yang ditunggu², silalah datang cepat. sebab aku nda tahan suda. and nda paham napa aku boleh jadi minta puji gila macam ni. rasa macam mau sekeh ja diri sendiri.

till then.

Feb 1, 2012

dilaté.

salam.

tadi TP (lab) electrochimie. aku group sama juliette and josé. time tengah² menjawab soklan TP..
josé : tiens Dila.
juliette : mais pourquoi tu l'appelles Dila? 
me: ben c'est parce que j'ai 2 prénoms, Nurul et Fadhilah. puisque Fadhilah est trop longue donc tu pourrais m'appeler Dila, c'est plus court et pratique.
juliette : moi j'aime bien Nurul que Dila =)
josé: (en regardant Romain) hé Romain, fais un mot avec le mot Dila
romain: DILATE.

bahahhahahhahahhaha! kureng!ketawa nda ingat dunia terus!

translation:

josé : nah Dila.
juliette : napa ko panggil dia Dila? 
me: (nyebok) sebab nama aku Nurul and Fadhilah. tapi oleh sebab Fadhilah panjang sangat, panggil ja dila sebab lagi pendek and cepat.
juliette : kalo aku, aku lagi suka nama Nurul dari Dila =)
josé: (sambil tengok Romain) weh Romain, buat satu perkataan dari word Dila
romain: DILATE (mengembang)


pahamkah lawak ini?:p apa² pun it was fun buat TP ngan diorang. merepek ja banyak muehehhe. till then!