Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Nov 13, 2011

nikmat.

salam.

cakap pasal nikmat ni, tiba² harini nikmat aku ditarik.leher + bahu aku sakit! ni bukan sakit men², ni sakit sampaikan kalo tergerak sket urat tu memang menyengat sampai nak nangisla. ni pun menaip dengan lemah lembut. huuu siyesly laa mouvement pun jadi limited.


risau ni. aku ada lab selasa ni and exam lab rabu ni. camna mau buat eksperimen kalo mau gerak pun susah? doakan aku cepat sembuh eh! lepasni xmau sda tidur ganas²!

till then.

Nov 11, 2011

xsukee.

salam.

aku cuti stat dari hari rabu lagi. tapi tapi tapiiii aku baru stat study harini hiihi jangan tanya apa aku buat 2 hari tu aku pun nda tau :D so bila dua hari sda bersenang-lenang, lepastu paksa plang study harini, menyerangla balik sakit kepala aku tuh. aish. kacau daunla.orang tengah semangat² mau study saja ja kacau cewah :p last² tutup nota and latihan, simpan suma dalam file. sekurang²nya 3 subjekla jugak aku study harini, lebih produktif dari 2 hari yang lepas uhuk².

belajar chemistry ni, macam² ko jumpa.kalo ikutkan aku, bukan semua benda aku suka pun hoho.contohnya aku nda suka thermo and complexe sebab thermo banyak kira² and complex plang kena pandai tengok 3D! pernah satu kali tu, time di IUT, aku meluahkan perasaan meluat aku ngan nad ngan complexe nih:

aku: aku nda sukala complexe. nda nampak cemana cikgu boleh dapat jawapan.
nad: yeke? aku suka. semua yang melibatkan kira² macam thermo cinetique complexe ni aku suka.
aku : huuu. suma subjek yang ko suka tu aku nda suka nad T.T

tapi tapi tapi, benda yang susah aku mau dapat tulah yang aku rasa mencabar sebenarnya. memangla awal² tu susah sebab benda ko nda suka, lepastu ko kena jugak bukak and try pahamkan walaupun ko nda paham gila gila.macam complexe time IUT tula, aku berabisla benci subjek tu, tapi paksa jugak kasi suka. last² tengok² time exam complexe markah aku paling tinggi :D and I was like, ok, lepasni kalo ada benda² yang susah kena jugak buat!yah yah!

kasi gambar yang berwarna-warni, barulah menarek kan kan :D

and sekarang ni,bila masuk Licence, campur lagi satu subjek aku nda suka; atomistique. siyesly berbeza dengan apa yang kami belajar time di IUT dulu. patutla cikgu cakap " ala senang ja yang kamu belajar ni, nanti bila sda belajar tahap tinggi baru kamu rasa yang apa yang kamu belajar sekarang ni kacang ja". tanyalah budak² msian sebatch ngan aku, suma pun nda suka atomistique. sebabnya:



sebabnyaaaa banyak bahasa purba!!!! I swear you, bukan ini ja, banyaakkk lagi bahasa purba dia. entahla asal drg excited sangat invent bahasa² purba camni. pening i :p ouh siyeslyyyyyy la aku kalo bukak nota and latihan atomistique mesti akan lost haha. tapi tula, sebab risau punya pasal, exam xlama lagi terpaksala membiasakan diri tengok bahasa² purba neh. and sekarang ni tengah try nak hadam suma. aku ndala mengharapkan sampai dapat markah tertinggi ka apa exam nanti, aku just harap aku leh jawab exam dengan gembiranya. sepa² yang  dapat jawab exam mesti terasakan nikmat dapat jawab exam tu? memang xboleh diungkapkan dengan kata² :D

okla itu sajeee.mau download moviela mau tengok malamni haha. nanti busan² aku membebel lagi. daaa :D

Nov 10, 2011

Amazon.

salam uolsss!

harini mau cakap pasal amazon. ni bukan amazon yang banyak ular tu aa, ni website untuk beli barang di tenet. aku start beli barang di amazon ni bulan 2 lepas time beli ipod aku. bila try, service dia sangat bagus sebab delivery dia memang speed. so lepastu aku continue guna amazon untuk beli buku, kamera, case untuk hp and even oven kemarin! cerita pasal oven ni, kemarin aku teringinnn sangat² mau makan poulet roti (ayam panggang) and cheese tart. tapi masalahnya, oven moulinex aku yang aku baru beli 2 bulan lepas and baru guna 2 kali ja sda rosak. mmg wth laa. 



so terpaksala beli oven baru, kali ni xmo sda beli jenama moulinex, konon ja jenama mahai tapi quality tarak!yaa anda sda diban dari hidup saya! survey² di amazon, kira ada promotionla, kalo beli sebelum 2 petang kemarin harini sda sampai. aku try jalah , kira mau testla service amazon ni cemana. dulu aku beli barang kecik² memangla delivery dia express, kalini kalo beli barang yang besaq² tengok service dia sama ka x. and jeng jeng jenggg, kol 10 setengah tadi oven aku sampai! siyesly, mantapla amazon! gua tabik sama lu!!


ouh btw hasrat mau buat poulet roti nda kesampaian, sebab aku terlupa beli ayam tadi. sakan beli barang² cheese tart kan apa nda. hihiih. till then, selamat bercuti kepada budak² france yang akan menyambut cuti besok and bon weekend kepada anda² suma! ;)

Nov 8, 2011

Study.

salam.

balik dari kelas kul 6 setengah tadi, time tengah terkejar² mau balik solat magrib, tiba² aku terpikir something.kenapa ya sekarang ni bila aku abis kelas petang kol 5 setengah or 6 setengah macam harini aku rasa macam penat gila²? bila dicari² jawapannya, barulah aku tau napa; sebab time ni aku dengar apa yang cikgu cakap, salin apa yang cikgu cakap, and try untuk pahamkan dan buat synthesis terus time cikgu mengajar. 4 perbuatan yang diulang²untuk 5 kelas macam kemarin and 2 untuk harini. and aku baru sedar yang 2 bulan aku yang fes di sini, ekceli aku macam budak² yang pegi ke sekolah ja, salin nota and then blah. xpaham apa² pun, zéro. kiranya memang terbuangla masa aku pergi ke kelas, sebab aku xprofite betul². sekarang barulah terasa rugi.hmm.

tapi bagusla kalo aku sedar apa yang aku buat dulu sia², sekurang²nya aku try untuk berubah. i feel like i'm on the right track skang ni, so i'm gonna do the best for my final exam sebulan lagi. doakan eh! :)


Nov 6, 2011

KAWAN.

aku pun nda taula napa, tapi aku rasa aku sangat pandai menyakitkan hati kawan.tapi siyesly, aku xsengaja...

aku, bila awal² berkawan,aku xbanyak cakap. tapi bila sda lama berkawan, sudah kenal hati budi suma, personaliti aku yang gedik² tu pun keluarla.tapi bukan itu saja, aku boleh lakukan apa ja untuk kawan aku tu, walaupun maybe benda tu menyusahkan aku ka, but yes, aku sanggup.and satu jalah yang aku minta, aku mahu dia pun begitu dengan aku. tapi bila apa yang aku cakap pun xdengar,apa² pandangan aku pun kau pandang enteng,mulalah aku terasa macam aku dipijak² kepala.so, bila macamtu, mulalah keluar perkataan² yang tidak enak didengar.tapi tapi tapi, aku just mau kau tau yang aku kecewa, cumanya mungkin aku xpandai mau convey apa yang aku rasa.jadi apa salahnya kalo ko just dengar apa yang aku rasa? tak salahkan? :)

ya, aku tau nda suma orang nda dapat terima cara aku, and aku pun, bila kali kedua aku buat ni, barulah aku rasa menyesal, sebab aku tau apa consequencenya bila aku buat macam tu dengan kawan baik aku dulu. sampai sekarang, langsung nda contact.and aku nda maula benda yang sama ni terjadi ngan buat kali kedua... hurm,jahat benarkah aku ni?

ntahla. down ngan diri sendiri.

Nov 3, 2011

ouh ouh ouh.

salam.

selepas seminggu nda update blog, baru harini ada mood mau update blog.bukan malaska apa, cumanya minggu lepas sebok bercuti + tengok drama + trying to study for exams 6 minggu lagi. malamni asal plang nda study? hihih. rehat kejap bhaaaa :p 

kalo ditengok post² aku tahun² lepas, tahun nilah yang post aku paling banyak. paling sikit tahun 2009 sebab almaklumla time tu suma crita kat ex so malasla mau crita di blog. so hipotesis kita boleh buat sini: semakin  aku teda kawan mau cerita, semakin banyakla aku membebel di blog ni :p aku ada ja kawan, tapi nda suma yang suka dengar aku membebel, lebih² lagi bila datang gedik aku memang suma pun geleng² jalah kepala nda tau mau cakap apa. nda pun, trus bagi kata² yang siyes² sebab aku ni sensitif, bila orang cakap mcmtu aku mulalah nda sedap hati, so aku pun akan stopla bergedik²an.lagipun aku tau ja sekarang ni kita bukan di tahap sekolah menengah lagi, ramai yang di tahap university, so mestila busykan, so gedik itu mesti dikurangkan! yah yah!ok cut all the merepekss plis.

4 tahun lebih sda aku di France ni, 2 tahun lebih lagi to go. ya memang mau abis sda study, tapi  bila datang mood aku rebelling nda mau study macam tadi mulalah aku fikir bukan² macam:
-apasal aku boleh terpikir mau ambil program 7 tahun ni dulu haaa??
-study study study. penatla!

tapi memang betulla, penat.kadang² tu aku paksa juga study walaupun hati aku kata nda mau, sampaikan mau nangis ja study sebab aku nda mau study tapi aku paksa and aku xpaham menatang apa pun nota aku and then I'll start feeling like I'm going to cry (tapi xnangis ye, harap maklum). macamtulah selalunya, tapi last² tu rasa srnok lak bila dah paham apa cikgu ajar, tu punnn berjam mau paham. n then bila datang balik perangai rebelling aku nda mau study tu memang payah la. mau paksa² pun aku nda mau. so last² buang masala buat ntah apa² sana. ouhhh siyesly selekeh.

ouh ya, tengokla drama ni best gila² kotttt!!! ni lah fes time yang aku memang jatuh hati betulla ngan drama. pelakon²nya memang berbakat! yalah kadang² ada ja drama yang heroin dia buat suara or muka comel, hero dia prasan kacak, yang tu memang aku trus rejectla. haha suka ati ja. kalo bosan² tengokla. guarantee best! :)


Bu bu jing xin

till then :)