Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Sep 12, 2011

murah rezeki ;)

salam.


Aku bersyukur sangat harini sebab aku ada claim yuran pendaftaran dengan elaun pindah weekend tu.. tengok² tadi kena balas:


J’ai le plaisir de vous informer que vous allez bientôt recevoir un virement sur votre compte bancaire en remboursement de vos frais d’inscription universitaire- Sylvie

Untuk elaun perpindahan, akak akan proceed hari ni ke bahagian akaun. Untuk makluman nurul, untuk elaun pengangkutan pelajar x boleh mohon kerana elaun perpindahan dah termasuk dengan pengangkutan.so akak akan bayar 967.36 sahaja- kak Jurina (JPA)



murah rezeki nampaknya bulan ni. hee alhamdulillah! ;)

Sep 11, 2011

jangan malas bha~~

salam.

harini hari ahad. so seperti yang selalu aku buat time aku diploma dulu, ahad nilah masanya untuk aku study betul² apa yang diajar dalam minggu tu (kalo aku malas mau buat revision time malam weekdays).untuk first week's punya revision ni aku agak liat sket mau belajar.aku memang ada buat list apa mau revise cours tahun² lepas harini supaya nanti aku xble bila cikgu ajar minggu depan, tapi tulah, lambat sangat gerak ntah bilalaaa mau abis.

mula² tadi belajar atomistique dengan configuration électronique dia and etc. stat kol 11 abis kol 4 petang.haha. padahal bukannya banyak mana pun kena belajar, cumanya aku asyik mau berfacebook then bila baca nota tu mulalah pegi merayau bukan web mana² ntah.(ouh betulla kata encik khuzairi tu facebook memang musuh pertama pelajar! :p) last² tadi the final hours tu barula study betul², try fahamkan apa yang aku sda baca and try buat balik peta minda apa yang aku faham. walaupun ndala betul² masuk ke hati tapi okla asalkan kita mencuba, nothing to lose pun ;)

cours atomistique :)

so sekarang ni tinggal mau belajar cristallins and thermo kalo sempat. aku pun xpahamla cemana aku boleh paham and boleh jawab exam critallins ni dulu sebab bila aku try mau baca balik aku LOST haha.jadi bayangkanlah apa jadi dengan thermo yang memang aku xberapa paham dulu and then aku kena baca balik sekarang ni mesti aku lagi LOST kan? ndapalah, tabah saja, adat belajar, xsemestinya baca sekali terus pahamkan? (kecuali orang yang pandai and geniuslah, aku bukannya pandai pon :p ) 

nampak susah, tapi paling bestla ni bila sda paham!

oklah, mau start study cristallins.let's begin this long and sturdy journey! take care kamu suma² and selamat kembali ke kelas esok! ;)

Sep 10, 2011

selekehla awak ni!

salam.


aku terasa sangat selekeh harini. apa nda, semalam time aku tengah install driver untuk printer aku, aku boleh tertidur (mentang²la bertenet atas katil siap berselimut²kan)T.T sudahlah xberus gigi and xpakai retainer braces aku (habeslaaa janji sda sama mama mau pakai malam² uhuk²) , lepastu tidur dengan gatang besi (sengkam eh orang semenanjung panggil? hahah hentam ja :p) yang Nana kasi aku tu, nasib bek xtercucuk time tidur kalo x wallahualamla jawabnya.

bangun² pagi tengok² kat bawah sda ada cahaya dari tingkap aku. terus kelam-kabut bangun fikir arini ada kelas.but then bila teringat harini hari sabtu terus tarik selimut balik haha (nasib bek cuti ABC kalo xmemang hampesla burn subuh aku). 

ni baru ja lepas hantar emel dekat sylvie claim duit yuran uni yang aku bayar kemarin. mau claim elaun pindah tapi aritu aku bagi emel kat encik Faris dia xbalas pun :( so mau emel dekat Cik Jurina ni la plang tapi dari tadi xtau mau tulis apa haha. lama gila sda xtulis benda alah formal² ni so bila kena tulis tu rasa macam janggal sket.tadi pun time mau tulis habis terkeluar bahasa² and singkatan² yang besa aku guna time tulis blog ni.adeiiii fail BM laa aku ni~~

mau g merayau pegi CV(bandar) lepasni hee.mau lawat shopping complex dia yang ada di CV hee. take care all! :)


Sep 9, 2011

Anak angkat.

Salam.

finally after months of waiting, aku dapat file anak angkat aku! I wonder sepala yang bertuah dapat aku ni jadi mama angkat hee (perasan) :p

taraaa~~nilah Tarmizi Insya, my anak angkat! ^^

kalo ada sepa² yang berminat mau ambil anak angkat, bolehla pegi ke:
http://www.muslimhands.org/en/gb/ (UK)
http://www2.muslimhands.fr/(FRANCE)

p/s : kecohkan aku nih? pasal anak angkat pun lipus² mau cerita sama orang.aku dapat rasakan nanti kalo aku ada anak jumpa kawan ja mesti bising cerita pasal anak. haha! :p

till then, take care and have a nice weekend! :D

Sep 8, 2011

this time




love this song apart of "someone like you" sang by Adele. hehe enjoy! ^^

Sep 7, 2011

Rennes :)

salam.

akhirnya, balik jugak aku ke France. mula² tu memang sedih. nilah the first timenya aku nangis sampai tersedu² dalam kapal time mau fly dari Labuan ke KL, sebabnya aku tahu yang tahun ni aku akan ke tempat baru and aku macam rasakan bila aku balik ni memang akan banyak kesusahan or cabaran yang akan aku tempuh keseorangan di sini nanti.

tapi Alhamdulillah, so far semuanya dipermudahkan. bermula dengan di airport CDG yang mana aku ada terjumpa sorang makcik Singapore ni yang sangat baik hati, then dengan cours (kuliah) yang xla pack mana pun (sebabnya banyak yang kena kensel ehhehe :D). isnin tu memang dari kol 8 pagi sampai kol 5h45 petangla cours, tapi besa sudah sebab di IUT dulu pun jadual memang macam ni pun. selasa, aku just ada cours kol 5, harini and esok plang teda kelas! haha heaven~~

tadi aku ke la poste, mau ambil perabot yang aku beli di IKEA di tenet.haritu dia ada hantar di rumah, tapi time tu aku di Labuan masih so dia simpan di La Poste Cesson Sévigné la ( sebab rumah aku di Cesson Sévigné, sempadan jak ngan Rennes :D ) and bila sampai sana tengok² dua² kotak besar and berat. makcik tu plak kata kalo teda kereta memang presque impossible la aku mau angkut nek bus. ahaa. cabaran betul. peningla aku pikir cemana mau angkut. alhamdulillah, kol 11h40 ada orang la poste kol, dia cakap dia mau hantar barang aku ke rumah. ya Allah siyes aku rasa bersyukur gila. terus aku rasa hari aku macam berseri² hehe.

yang pentingnya, I'm very very very happy to be here.dulu maybe aku sedih sebab xdapat rumah yang aku mau tu, tapi sekarang ni aku memang bersyukur sebab Allah gerakkan hati aku untuk pilih rumah ni. di sebelah kiri rumah aku, jalan kaki ke Université 5 minit sda sampai kelas, bus stop depan pintu masuk université tu jak untuk ke bandar Rennes, which is xjauh, just 10 minutes jak (memang selalula aku ke bandar ni merayau uhuk² ). ke kanan aku plang is kawasan Cesson Sévigné yang aku rasa persekitaran dia campur² antara moden and "kampung". rumah dia banyak yang moden, tapi bila jalan² rasa tenang ja sebab xramai orang. siyes macam rasa di kampung. sikit² mengingatkan aku ngan Béthune dulu :)

view from my house! ^^

sepanjang aku pindah ni, aku rasa memang aku banyak buat KMT. katil, meja study, kerusi study and rak buku sumanya aku yang pasang.yeah, I'm proud with myself :D ekceli awal² buat tu memang rasa macam impossible saja, contohnya macam meja study tu, sepatutnya buat 2 orang and kena guna tenaga LELAKI. walaupun xla secantik and sekemas tenaga 2 orang laki yang buat, tapi akhirnya jadi jugakla meja study aku.this proves that nothing is impossible hoyeah!

okla, mau mandi then cuci baju! sakai ni first time mau pakai washing machine.first tryla ni kiranya eheh. till then~~