Rennais 2013-2014

Rennais 2013-2014

Feb 3, 2010

New semester

semester baru=xbanyak kelas=xbanyak exam=I LOVE NEW SEMESTER!:p

Jan 19, 2010

Al-Fatihah

Salam.

Baru sahaja menerima berita yang Kamal(my senior di SMSL n di France)meninggal dunia.
Masih lagi terkejut.Sungguh kematian ini sangat memberi tamparan yang besar kepada Dila.Napa?

->kita xtau bila kita mati.cukup sdakah amal-amal sbelum ni?rasanya hari2 pon bt dosa.huhu
->kita xtau mungkin tyme balik summer tulah kita akan balik dalam keadaan 'hidup' untuk berjumpaa dengan family kita.
->Sudah terlaksanakah tanggungjawab yang Allah kasi selama ni?Betul2 buat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kah?
->Bagaimana dengan tanggungjawab kita dengan ibu bapa?selama hidup,pernahkah kita betul2 berbakti dengan drg?

Sungguh,kematian ini sangat memberi pengajaran kepada Dila.semalam,kami buat T&T.Dila yang menjadi MC,so it's me yang pilih ayat untuk ditadabburkan bersama.

ayatnya berbunyi:
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya(31:34)

Subhannallah,sekarang baru terasa betul2 rasa akan sense ayat tu bila Allah tunjukkan contoh di depan mata.Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham,semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.

Dec 5, 2009

updated.

salam.

fuh fuhhh..berhabuk2 sda blog ni.hehe.sowie la.malas mau mengupdate.alhamdulillah masih lagi bernyawa,masih lagi dapat kacau2 orang,tengok2 alam ni.sekarang ni musim autumn di France.I bet u,angin di sini kuattttt...kadang2 rasa macam mau melayang pon ada.nasib baiklah xterbang betol2 hehe.n then,selalu ja hujan.tula takut juga kalo jatuh sakit kan.yala,selama 2 tahun di Tours xpenah la plang demam,tapi once demam,mesti terlantar sampai xboleh bangun nih.eh sorila intro terpanjang lakss.


napa tiba2 terasa macam mau menulis di blog ni plang harini?jeng jeng jeng.tedala.sebenarnya kan,harini barulah tersedar yang sebenarnya dila ni sda tua.umo sda masuk 20 tahun.tapi bila fikir,apa ja yang dila buat sepanjang 20 tahun ni aaa?kamu semua ada terfikir x?bila2 masa pon kita boleh mati.tapi cukup sdakah amal ibadat kita?kalo dila,dila akan cakap mmg xcukup.dosa jalah yang berlambak2.tula.insyaAllah sekarang masih dalam proses membaiki diri sendiri menjadi org yg lagi baik,walaupun sebenarnya sangat2 la susah untuk berubah sebab benda tu sda sebati ngan diri kita.chaiyok to me!!!

bila cakap pasal mati ni,orang yang study di overseas ni sebenarnya amek risiko yang besar.bayangkanla,kalola tgh2 kita belajar tu,adalah orang2 tersayang kita mati,mesti rasa sedih jugak.kalo ada balik tyme summer tu ok jgk.kalo sda bertahun xbalik?xka naya.lepastu,kalolah ditakdirkan kita mati dibumi yang asing ni,xka sedih ibu bapa kita?oh ni just fikiran dila.tapi janganla sebabkan itu kita down plang xmau teruskan study di cni kan?semua nikmat yang Allah kasik ni gunakanlah sebaiknya..

okiaklaaaa..banyak lagi kerja menanti.homeworks pon xbuat lagi.tulah asyik bertenet ja...apa mau jadiiiiiiiiiii...kata mau berubah,perangai sama jugak.aish aish><

okai,jaga diri!salam~

Oct 18, 2009

kongsi2

salam.

bangun2 pagi di pagi ahad yang sunyi ni,banyak membuatkan dila berfikir.kebelakangan 2 minggu ni,memang dila dihantui dilemma yang amat sangat.sebabnya:just because dila dapat the highest marks in chimie general.dila tau,itu adalah satu anugerah yang tidak pernah sekalipun dila dapat selama dila belajar di france ni.tapi sebenarnya,itu juga adalah satu dugaan daripada Allah.kenapa?

Teringat time dila di Tours setahun yang lalu.Situasi yang hampir sama.Dila dapat markah yang bagus dalam math.Tapi lepas tu,penyakit riak dan malas mula bermaharalela di hati.Konon2nya sda pandai,jadi xpayah stadi.2 bulan lepas tu,hasilnya,markah untuk suma subjek dila jatuh merundum dan dila menghadapi stress yang amat sangat.Oleh sebab stress yang xdapat dibendung2,akhirnya dila mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia time cuti februari walaupun cuti hanya 2 minggu,dan walaupun time tu dila sda pun membeli tiket ke Ireland untuk program nisa.

Sebenarnya,itulah yang cuba dila elakkan.selama seminggu,dila cuba melawan perasaan riak yang cuba mendapat tempat di hati,sehinggalah satu hari,dila rasa xdapat dikawal lagi.subhanallah,sesungguhnya Allah Maha Mendengar.Bila dila bukak al-quran,Allah memberikan teguran yang tersangat2lah lembut yang berbunyi:

[39]
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
[40]
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
[41]
Kemudian
usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
[42]

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
[43]
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
(surah 53,an-najm)

Kemudian Allah sampaikan pula ayat yang lain,yang berbunyi:

[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

(surah 56,al-waqiah)

subhanallah.sungguh,Allah itu maha mendengar dan mengetahui.Thank you Allah.Thank you Allah.sesungguhnya,kita hanya mampu berusaha,dan Allahlah yang menentukan hasilnya.Tidak guna kita berbangga dengan hasil yang kita dapat,kerana sesungguhnya,semuanya datang daripada Allah.

Voila.Pengajarannya,janganlah diikutkan hati yang malas untuk berusaha,dan apabila sudah dapat apa yang diusahakan,jangan pula cepat melatah,jangan riak.Elakkan daripada terkena penyakit HATI ini.Apabila terkena,mintalah pertolongan daripada Allah.Kepada Allahla tempat kita bergantung.Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran.Dila kongsi dengan kamu suma pun untuk mengingatkan diri dila sendiri jugak,kerana manusia itu kan makhluk yang cepat lupa.so..

SAY NO MALAS!

salam!=)




Oct 9, 2009

Sep 22, 2009

Selamat hari raya!!!!

salam.

di kesempatan ni,Dila mau mintak maaf dengan suma orang kalo ada tersilap salah,terkasar bahasa and suma yang ter ter lah.eheh.0-0 ya..:)

Raya leklok:)

Dila,Béthune.